Thursday, December 8, 2011

Puji

Kenapa kadang-kadang kita takut nak memuji ALLAH? Bukankah itu yang ALLAH sukai?
Subhanallah , Alhamdulillah , Allahuakbar =D

Terima Kasih

Alhamdulillah , pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH kerana telah menemukan kita. Saya tidak memilih untuk bertemu anda , dan anda juga tidak memilih untuk bertemu saya. Tetapi ALLAH lah yang memilih agar kita bertemu. Dalam ramai-ramai manusia. =)
Terima kasih kerana menjadikan saya kawan anda dan menerima kekurangan diri saya. Terima kasih juga kerana telah menambahkan makna dalam kehidupan saya , menghiasi hari-hari saya. Semoga anda gembira sentiasa. =) aamiiin.

Tuesday, November 29, 2011

Removing the fear factor ..

Everyone have their own fear , successful person acknowledge their fear and overcome it. =)


Monday, November 28, 2011

Happy new year 1433 Hijrah !!

Assalamualaikum w.b.t dear brothers and sisters.

How are you? May all of you are in the best of health Iman. It's 3rd Muharram 1433H.
What do you plan to achieve this year? Congratulation to anyone who have made your plans... Alhamdulillah.. hehe I have not decided mine in specific yet. But in general, InsyaALLAH I wish to become a better muslimah and practice Islam as my Din , using the best of what ALLAH gave me to excel in both my fardhu ain and fardhu kifayah. Aamiiin.

And my dear friends.. Good luck for our future .. in this life and hereafter.. Allahumma solli 'ala muhammad , wa 'ala alihi wa sohbihi wassallam.

Friday, October 28, 2011

Sleep

I sleep when I feel sad. Sleeping always makes me feel better. =)

Friday, September 9, 2011

hey you.. yeh you...no time for negative feelings here.... you can do it .. this is the best time.. the best time the best time... focus!!

Thursday, August 18, 2011

Amiin..

Ya Allah , kurniakanlah kami kekuatan untuk menjalani hidup ini . Semoga kami sentiasa tabah dan sabar dalam segala perkara yang berlaku. Ya ALLAH , semoga keimanan kami kepadamu sentiasa terpelihara dan teguh sehingga nafas kami terhenti. Jadikanlah hati kami ini sentiasa ikhlas dalam melakukan ibadah di jalan Mu. Permudahkanlah bagi kami urusan di dunia dan akhirat..

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, dengan rahmat dan kasih sayangMu , Kau kurniakanlah kehidupan di dunia dan akhirat yang baik kepada kedua-dua ibu bapa kami yang telah banyak bekorban untuk kami. Kurniakanlah kepada mereka pahala yang setimpal. Ampunkanlah segala dosa mereka ya ALLAH. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Adil .

Ya Maha Pencipta , Kau ampunkanlah guru-guru kami , adik beradik kami , kaum keluarga kami , sahabat-sahabat kami dan kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.Ampunkanlah ya ALLAH.

Ya ALLAH , jauhkanlah dari hati kami ini ya ALLAH , sifat2 mazmumah ya ALLAH,hiasilah hati kami dengan sifat-sifat mahmudah dan terangkanlah ,sucikanlah dan teguhkanlah hati kami ya ALLAH sebagaimana terangnya hati para Rasul.Segala Puji adalah hanya padaMu wahai Tuhan Kami.

Rabbana zalam na anfusana wa illam tagh firlana watarhamna lanaku nannaminal khasirin.. amin...

Tuesday, August 16, 2011

jgn tkt utk berkomunikasi... =)

Thursday, August 11, 2011

Don't spend to0 much time thinking about yourself if it is not for a good reason. Think about others. Sincere in your act , InsyaALLAH , Allah will help you. =)

Tuesday, August 9, 2011

pokok

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
duk terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Semua ini akan ku tinggalkan
keluarga , sanak-saudara , sahabat handai ,
insan-insan yang aku kasihi ,
harta benda , ilmu , pekerjaan dan sekujur jasad ini
akan ku tinggalkan nanti.

Yang akan pergi menemuiMu
cumalah satu jiwa ini
aduhai apakah nasib jiwa ini nanti?
akan tenangkah ia tika kembali
atau sebaliknya...




Jika SENDIRI jangan merasa sepi. Ada Allah yang MENGAWASI
Jika SEDIH jangan pendam dalam hati. Ada Allah tempat BERBAGI

Jika MARAH, jaga fikiran & hati. Ada Allah tempat MENENANGKAN DIRI
Jika SUSAH jangan merasa pilu. Ada Allah tempat MENGADU

Jika GAGAL jangan berputus asa. Ada Allah tempat MEMINTA
Jika BAHAGIA jangan menjadi lupa. Ada Allah tempat MEMUJA

INGAT ADA ALLAH DI SETIAP WAKTU KITA

Monday, July 25, 2011

Ya ALLAH , smoga pekerjaan ku siap ya ALLAH , kurniakanlah aku minda yang fokus dan hati yang sabar. Semoga diri ini istiqamah dalam membuat pekerjaan ku ya ALLAH. Sabarkanlah Sabarkanlah Sabarkanlah jiwa ini ya ALLAH. Amin Amin Amin...

Monday, June 27, 2011

betulkan niat betulkan niat...
Usually I don't really wish , want or hope for something. Maybe because I'm afraid that I will end up with frustration. I just go with my life flow. Believing that everything that happened in my life is the best for me. So I never wish for something more than I have. Enough. Everything is just nice and beautiful for me.

Sunday, June 26, 2011

jangan melampaui batas... u know the limit..

Saturday, June 25, 2011

syukran syukran syukran

Friday, June 17, 2011

Never

There are times in your life that you might lose faith in yourself,
you did not trust what your heart told you ,
you ignored what your mind suggested to you ,
you said something that you yourself did not believe in
you denied what you feel physically and emotionally...
.........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
when those times come , just hold your faith in Allah for He owns EVERYTHING.
AND YOU ARE INCLUDED!

Saturday, June 11, 2011

I WISH I CAN HAVE a niece or nephew by 2015

This post is dedicated to my siblings... This is just a request. What if we add 2 more members in our family. Not that I'm bored with you guys =p , but I think it is really nice to have an in-law and niece / nephew. lalala~~~

Thursday, June 9, 2011

The results

The result for IELTS just come out. I didn't make it for one of the four components.Writing. It fall 'slightly' below the requirement. hehe..What can I say now. I'm fine, for now and I'm trying to look forward. Below are my next plan for IELTS.

  1. To not give up.
  2. Find the upcoming date, call the center and post the form.
  3. English 24 -7 --- hehe... sounds unrealistic. but let's see.. =)
p/s : Things happen for reasons. Allah knows the best. =)

kebebasan

Satu perkara yang berbeza ketika kita menginjak dewasa ialah wujudnya kebebasan. Ketika itu , agak sukar untuk mengawal diri. Semoga kita dapat mengawal diri kita dari penyalahgunaan kebebasan.

Ya Allah yang Maha Melindungi , Kau lah sebaik-baik Pelindung , lindungilah kami dari perkara-perkara yang tidak Engkau sukai. Ampunlanlah dosa kami , dan kurniakanlah hidayahMu yang berpanjangan dan tidak ternilai. Amin..

Saturday, June 4, 2011

My car...

Assalamualaikum w.b.t kawan2 , the dodadidodies sekalian.Terima kasih kerana masih mengikuti blog saya ni walaupun agak sarat dengan mesej emo kebelakangan ni. Al-maklumlah , orang yang meningkat dewasa.. kih3..
Sebenarnya dah lama jugaklah tak bercerita ni kan. Memang selalu update blog, tapi pastinya post2 yang 'dalaman' yang memerlukan tenaga dalaman EXTRA untuk menghadam isinya. Herm , mungkinkan para pembaca sudah kurang berat badan gara-gara membaca blog hamba ini? owh Mana mungkin. Anda semua gembira dengan kehidupan anda, dan saya di sini pun turut gembira dengan kegembiraan anda itu. =) Itu anda kena tahu..wink2 =DDD

Ok.. Entri kali ini adalah mengenai kereta baru saya. Viva Elite 1.0 Manual Putih. Kereta ini saya pilih kerana saya rasa ianya sesuai dengan kemampuan saya sekarang dan sememangnya dari zaman pengajian saya lagi saya berkenan dengan Viva. Ini gara-gara kawan saya , Nur Afiqah selalu menumpangkan saya ke kuliah menaiki Vivanya yang bernama Taufiq (atau nama manjanya QiQi) dan juga merasa sendiri pengalaman memandu kereta tuan supervisor saya , Encik Syahrulikram yang begitu Elite itu. Semenjak dari itu , saya memasang angan-angan untuk memiliki Viva Manual Putih. Tapi bukanlah begitu berangan-angan, cuma imbasan2 'mental picture' bak kata orang putih.

Tanggal 20 April , kereta yang ditempah sudah ada di depan mata. Ada sedikit parut di sebelah kanan bumper hadapan kereta. Defect dari kilang katanya. Saya menerima seadanya. (Penyemburan semula cat adalah percuma , tetapi saya belum menguruskannya lagi.. huhuhu). Nanti lah ye Kahlil. Sabar...

Oh ya... nama kereta saya Khalil, nama panggilannya, Kahlil.(Senang nak sebut) Memang asyik kena gelak je nama dia. Kahlil, sebab macam ala-ala kuno dan out dated kot. Adik saya , cik Aina ketawa kerana namanya seperti anak seorang pakcik di kampung saya. Kahlil. Hehe.. tapi saya tak kisah. Masa pilih-pilih nama dulu , ada beberapa nama yang keluar dari otak saya, antaranya Ikhwan. Tetapi , Ikhwan tu nama senior saya di universiti, maka harusnya saya cancel saja hajat itu.Bimbang terpaksa melunaskan bayaran royalti kerana menggunakan nama beliau.huhuhu.takde duit.

Kenapa Khalil ? Khalil itu maksudnya teman atau sahabat. Sahaja saya namakan kereta saya itu Khalil , sempena memperingati teman2 dan satu apresiasi saya terhadap teman-teman. Selama di perantauan menimba ilmu, jauh dari keluarga , teman-temanlah yang banyak mengisi hidup saya, mengharungi susah senang bersama , menjadikan sunyi dan sepi itu tidak menjejaskan sedikitpun kelansungan hidup seorang saya. Sebab yang kedua ialah saya teringat kepada seorang sasterawan Islam. Namanya Kahlil Gibran. Saya pun tidak begitu arif mengenai Kahlil Gibran . Saya mengenali namanya ketika di tingkatan 3.Seorang guru pendidikan Islam, ustaz Faizul namanya, menghadiahkan saya sebentuk rantai kunci dengan hiasan dan petikan kata-kata dari Kahlil Gibran . Ini gara-gara saya telah memperoleh markah yang boleh dikatakan tinggi untuk subjek itu.

Ini antara kata-kata yang menarik dari Kahlil Gibran :
"But let there be spaces in your togetherness and let the winds of the heavens dance between you. Love one another but make not a bond of love: let it rather be a moving sea between the shores of your souls.”

haaaa.... begitulah Kahlil Gibran, nanti para dodadidodi bolehlah meng'google' mengenainya.ok.. =)

Herm.. begitulah kisahnya kereta saya. Semenjak memilikinya, kehidupan saya bertambah baik.Saya bisa berjalan-jalan di waktu-waktu yang saya mahukan. =) Saya berharap saya dapat menjaga Khalil dengan baik dan sewajarnya. Saya sayang kereta saya.
Little Khalil yang agak kacak di mata saya..Semoga sihat selalu hendaknya... mmmmuuaaahh... sayang Khalil! =D

ok.. Ini sahaja untuk entri kali ini. Sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan anda semua.. Love peace no war. Makan sayur banyak sikit.










Wednesday, June 1, 2011

Hidup sahaja seadanya
Kadang-kadang serabut
Itu lumrah
Hanya ujian saja
Dalam hidup yang sementara

Pening kepala fikir masalah
jangan fikirkan masalahnya
yang utama itu penyelesaian
fikir dan cuba buatkan
cuba dan cuba lagi
cuba dan cuba lagi
jangan putus asa
mana tau aku sudah hampir ke situ

jangan ditanya selalu mengapa owh mengapa
kalau mengapa itu tidak membantu
atau satu mengapa itu dari masa silam
yang kita tak mampu mengubahnya lagi

tanyakan apa dan bagaimana
apa masalah ku dan bagaimana ku harus selesaikan
itu saja


take it easy bak kata orang putih..



Monday, May 30, 2011

Kalau ada problem.....

Problem.Standard arr... Siapa yang hidup takde problem.. (aiseh... ayat orang yang sebenarnya ada problem).Herm, kalau ada problem , apakata kalau kita;
  1. Jangan risau, marah,bimbang lama sangat. Bahagian perasaan ni memang lumrah kita sebagai manusia. Bila kita ditimpa masalah. Apatah lagi kalau masalah tu besar dan datang bertimpa2.Memang masalah yang macam diborong dari Mydin. Plastic bag yang paling besar pun tak muat.Herm..... Kita kan manusia yang diciptakan berperasaan . Sebab tu kita rasa perasaan2 ni. Tapi Awas! Jangan lama sangat ye, cepat2 fikirkan penyelesaiannya.

  1. Tanya pendapat orang lain.Ye lah, almaklumlah ilmu dan pengalaman kita ni limited. Sebab tu la kita kena tanya. Contohnya dengan orang yang lebih tua dari kita, atau kawan-kawan kita. Tapi bertanya kena ada seni. Jangan main belasah je walaupun kita ni nak dapatkan penyelesaian segera. Jangan gelojoh. Terkejut orang yg nak menjawab nanti. Bagi muqadimah dulu ye. Untuk keterangan yang lebih lanjut , sila google kan tentang Art of Asking. Mungkin boleh membantu. Aku pun nak bukak jugak nanti bila aku ada masa.InsyaALLAH.Sebab aku rasa kemahiran bertanya merupakan satu skill yang amat penting.

  1. Berbual dengan orang yang sesuai. Ramai orang yang ditimpa problemo ni (termasuk diri aku sendiri ) berfikiran yang bahawasanya orang lain tak boleh selesaikan masalah kita. So baik jangan tanya. Diorang bukan paham situasi kita.Betul tu, tapi dengan adanya teman berbincang atau berorak , at least kita boleh kurangkan kestressan, effect dari masalah kita tadi dan ini boleh meningkatkan kebolehan akal kita untuk berfikir dengan lebih rasional dan tenang. Malu bertanya sesat jalan. Kalau sesat je takpe, takut sesat dan terjatuh dalam perigi puaka. haaaa... Jadilaaa hantu pastu

  1. jangan lupa doa ye.. ini penting.. doa doa doa doa doa.. Doa senjata orang mukmin. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Kalau Dia tak tunaikan segera , takpe , ada sebabnya. Kalau Dia tak tunaikan lansung , takpe.. ada hikmahnya. Kita tak tahu , sedangkan ALLAH Maha Mengetahui. Jangan buruk sangka ye .. It's a No No..
Aku rasa itu saje yang aku nak kongsi dengan korang. Aku rasa cam clishe je ni semua.. tp aku bersyukur sebab dia clishe, sebab ada yang sependapat dengan aku. =)

ok... Dodadidodi! Aku bukan sempurna tp aku akan usahakan jadi budak baik sebab Nabi Muhammad baik. Aku nak Follow. =) ok... cow cin cau..


p/s: aku nak isi borang sambung belaja aku nanti.. aku sudah lambat .. delay je... esok ada klinik... aku sayang klinik dan patient... aku nak tido dulu.... dadam dadam.... =D




Saturday, May 28, 2011

rebellious heart

Sometimes my heart goes rebellious and it is so hard to be controlled. I don't know why and how to get back in control.

Things change in my life. I can't solve the problems and I can't organize my ideas well enough. I can't even prioritize which comes first.

Sometimes , I have an idea and I think it is a good idea. But guess what?? my body seems do not cooperate with my idea which comes from a rationale thinking. Ikut ati je..

Siti sang " tidak sia2 aku diuji". amin.. I put the hope there. I hope my heart can still believe.

I sit for my IELTS yesterday . I don't think I did well enough.

Monday, May 16, 2011

aLone again
It's okay
They will come back soon
They will.

alone again
It's okay
I learn to appreciate
the sound of washing machine

alone again
again and again
but it's okay
It was the decision I made
'Alone 'is just in the package.

i love my life and thank you ALLAH for this breath I breathe.

Monday, May 9, 2011

Nur Ain bt Othman ,

Di larang serabut.Diminta bertenang.Haruslah berdoa, berusaha dan bertawakkal.. ok.. =)

kawan2 doakan saya ye... Kehidupan agak sukar, tp dah nama pun kehidupan.. Semoga kita bertabah ye.. Allah sayang hambaNya yang tak putus asa. =) Amin

Thursday, May 5, 2011

syukur

Betullah.. kita takkan pernah merasa cukup andai kita tidak merasa syukur dengan pemberian ALLAH yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
aku manusia
aku pelupa
aku ketawa
aku menangis
aku gembira
aku sedih
aku marah
aku cemburu
aku menyakiti yang lain
hanya kerna aku manusia
manusia manusia manusia
maafkan aku
aku memang takkan pernah sempurna
dan tak akan aku kejar kesempurnaan itu
aku hanya mahu belajar menuju kejayaan
dan menerima kekalahan

Congratulation SARAH!!! and Good Luck!! HAve a fun journey ahead!! =)

FREELANCE SPEECH-LANGUAGE PATHOLOGIST/THERAPIST


KLINIK DARUL RIDZUAN

Siti Sarah binti Said
B. Speech Sc (Hons)(USM)

No. 24 Jln Teratai J4/8, Taman Indah Jaya,
36000 Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan.

Tel & Fax : 05-6234149
HP : 017-5204214

Sunday, May 1, 2011

Opinion

Different people may have different opinion regarding the same issue. As human , we have limitation to see others opinion because we are not mind readers. That is why it is important for us to ASK if we don't understand and LISTEN UP to other people as they speak out their opinion. It is also equally important for us to express our opinion as clear as possible to0.Help other people to understand us. InsyaALLAH , it will be easy. =)


Saturday, April 30, 2011

Redha

Assalamualaikum saudara saudari sekalian.. Semoga dalam redha ALLAH selalu. =)

" Sometimes, I can't force things to happen the way I preferred. That is how I learned the word "REDHA"." -- (Aimi syahidah , 2011)

herm... Korang mesti tertanya2 sapa Aimi Syahidah tu. Aimi Syahidah tu junior aku setahun kat USM dulu. Selalu aku cite ayat dia ni. Tak lama lagi dia akan jadi Prof Dr. Aimi Syahidah .hehe..

Bila kita redha, kita akan sentiasa gembira dan mampu tersenyum bila something happen in our life.. Susah macam manapun kita akan rasa takde masalah. Sebab kita redha dengan takdir ALLAH. Apa yang berlaku , ada hikmahnya. =). Redha dengan hidup kita , redha dengan diri sendiri dan orang di sekeliling kita. Harus redha yang setiap kita ini manusia yang punya kelemahan dan batasan kita. =)

Tuesday, April 26, 2011

3 perkara yang membuatkan aku gembira pada hari ini #2

Assalamualaikum w.b.t para pembaca sekalian. Apa khabar? Semoga sihat hendaknya.
Jadi, aku akan menulis lagi tentang perkara yang membuatkan aku gembira pada hari ini. Sesungguhnya pengalaman yang gembira eloklah disemadikan di suatu tempat supaya mudah untuk kita mengimbaunya kembali dan sentiasa bersyukur. Takkan ada satu hari pun yang berlalu tanpa kegembiraan di hati sekiranya kita berusaha untuknya. =)


  1. Aku beli marshmallow yang sedap. Mula-mula kak Suri yang beli, kitorang makan semasa kelas untuk menghilangkan mengantuk. =) Marshmallow ini menarik kerana ia tidak terlalu manis dan di tengahnya ada coklat yang sedap. Lagipun, ia halal dan thoyiban. (Ini memang dicetak di bungkusannya, jadi aku rasa tiada lagi persoalan) Tagline dia "Al-hamdulillah, dah boleh makan". Hal ini mungkin berikutan banyak produk marshmallow yang tidak halal.
  2. Erm , berkenalan dengan Kak Nani , Kak Linda, Kak Sab, Kak Aimi, Kak Ati dan ramai lagi. Indahnya persaudaraan. =)
  3. erm...Berkursus dan menimba ilmu. Memang mengantuk pun. Tapi ilmu itu bermanfaat.Makanan turut disediakan. Alhamdulillah. =)



oh ya, nama Marshmallow tu ialah ASAFA.Kawan2 carilah di kedai dan pasaraya yang berdekatan. =)



Saturday, April 23, 2011

3 perkara yang menggembirakan hari ini #2

Assalamualaikum readers...

haha... apa khabar... erm.... Hari ini hari Sabtu , tp aku bekerja hari ini. Jaga pameran kat petrosains katanya... dari 8 pg - 5 ptg... Jadi byk perkara yang membuatkan aku gembira hari ini adalah berkisarkan kejadian di petrosains..

  1. Dapat berkongsi ilmu dengan orang ramai ttg perkara berkaitan pendengaran dan pertuturan.... bes wo0! Dapat berkenalan dgn ramai kawan2 baru (ayat common macam budak darjah 6 bila diminta mengulas tentang kebaikan sesuatu program perkhemahan)
  1. Main quiZ yg dianjurkan oleh petrosains!!! jeng3.. kumpulan kitorang dapat no 3.. haaa... man2 cool .. aku satu group dengan kak arni (nama sebenar) dan kak rai (bukan nama sebenar) ... aku rasa group kitorang happening gak laa tadi.. haha.. =p.. dapat hadiah berupa permainan helikopter, card myk rm50 dan tiket ke petrosains untuk 2 kanak2 dan 2 org dewasa.. Pembahagian hadiah menerusi undian.

  1. main ngan baby... lalala... sayangg dieee....& makan granola bars oat .member aku afiqah yang mula2 makan dulu.sedap!

alhamdulillah... mata aku da mengantuk... esok aku nak ke gombak..tak sabar nak gi belajar balik research method... alhamdulillah.. kali ni ... aku nak belajar elok2 , aku boleh guna untuk di masa hadapan seperti membuat research dan berkongsi pengetahuan dengan org2 yang memerlukan... amin... =)

Thursday, April 21, 2011

bukan cinta sejati

Bukan cinta sejati

Yang ku lihat ini

Yang ku rasa ini

Hampir aku tertipu

Dengan belaian nafsu


Bukan cinta sejati

Cuma fantamorgana

Indah tika memuja

Hingga terlupa Sang Pencipta

Yang Maha Mencinta hamba-hambaNya


Bukan cinta sejati

Yang ku rasa ini

Cuba ku tepis lagi

Tiap kali ia menyusup ke hati

Lagi dan lagi

Sehingga mungkin aku kan mati

Kerna ianya benar bukan hakiki

Lelah hati menafi

Kerna kau bukan cinta sejati

Itu aku pasti

Cumalah godaan pada jiwa yang sunyi

Kerna iman tidak cukup mengisi


Aku berlindung denganMu Ya Allah, dari bisikan-bisikan nafsu yang tiada erti.

3 perkara yang menggembirakan hari ini #1 (This is dedicated to Aimi Syahidah)

Bagaimana kita hendak merasa hidup sekiranya kita tidak mencintai kehidupan... =) --> ayat poyo aku.. heeee... tp aku rasa betul gak kot...


  1. Aku gi naik sesuatu yang putih ke tempat kerja ari ni.. =)
  2. Aku gi pasar malam... heeeee... proses yang aku suka... =)
  3. aku siapkan kerja.. =) brochure and wordsearch..

ok... untuk tidak membazirkan waktu kita bersama , apa kata korang cekitaut ayat di bawah ni..
“Dan (ingatkanlah mereka) hari yang akan dibawa orang-orang kafir ke neraka (dan dikata), ‘Kami telah habiskan bahagian kamu yang baik di dalam penghidupan dunia. Dan kamu telah bersuka-sukaan dengannya. Maka pada hari ini kamu akan dibalas dengan azab yang keji lantaran kamu pernah berlaku sombong di dunia secara tidak benar dan lantaran kamu telah melewati batas”. (Surah Ahqaaf, ayat 20).

Ya Allah ya Tuhanku , lindungilah aku dari sifat sombong dan melampaui batas.Dan lindungilah aku dari melakukan sesuatu dengan niat yang jahat dan tidak ikhlas. Ya Allah, ampunkanlah dosaku yang aku lakukan dengan sengaja mahupun tidak sengaja.amin...

Hanya kepada ALLAH kita dapat berserah dan berlindung. Risau dengan keadaan hati sendiri yang terumbang ambing. huhuhuu


Esok aku nak :
  1. sambung buat kerja
  2. menjadi hamba yang taat dan melaksanakan tanggunggjawab
  3. berbuat baik sesama manusia
InsyaALLAH... Matikanlah aku dalam keadaan aku beriman kepada Mu ya ALLAH. wassalam..









Tuesday, April 19, 2011

3 perkara yang membuat aku gembira hari ini

assalamualaikum w.b.t. hari ini aku dilanda demam. jadi aku tak pergi kerja ari ni.. tonsilitis aku rasa.. tekak sakit jerk..

hari ini aku gembira sebab ;
  1. aku goreng bihun.. (edible.. walaupun lembik.. hihi.. nampak sgt kena practice lagi.. =p )
  2. berchat dengan kawan2 (sarah yang menaip2 sesuatu , shafiah yang bertanya khabar dan up to something, jenny yang berada jauh di sana , kak payen dimana aku bertanyakan sesuatu, serta wan dollah yang sedang sibuk berbisnes skrg ni.. )
  3. aku membuat kerja terima kasih kepada Dr. Gordon-Brannan dan Dr. Weiss sebab menulis buku yang memudahkan untuk rujukan.. =DD
dan seperti biasa.. banyak lagi... =)) insyaALLAH..

apa yang aku nak buat esok ialah;

  1. menjadi hamba ALLAH yang bersyukur dan taat dalam menyebarkan kebaikan dan menghargai kebaikan orang lain. =)
  2. sambung buat kerja yang tertunggak berbentuk brochure dan word search.. untuk tujuan ini aku akan bangun awal dan cuba menghabiskannya esok..
  3. pukul 10 aku akan pergi ke briefing sambung untuk sapa2 yang nak smbug blaja kat uk.. kot2 laa akan pergi suatu hari nanti, so dah ada info.. kalau tak pun , mungkin ada kawan2 lain yang nak pergi.. boleh kongsi tips.. =D
  4. try call idp kuching untuk exam IELTS.. maybe akan ambik dalam 14 may.. so aku kena belaja dari sekarang... the format dan cara jawab soalan.. insyaALLAH..doakan aku ye kawan2.. =)
  5. sambung buat kerja aku... insyaALLAH sikit lagi...
  6. dan ehem2... ambik sesuatu yang bewarna putih... insyaALLAH.. =)

Dalam kehidupan , aku paling tak suka bersaing ngan orang lain.. aku pun tak tahu kenapa.. memang daya saing aku lemah.. tapi boleh tak kalau aku anggap benda tu cuma ciri2 aku.. tp aku kena belajar bersaing untuk tujuan pertandingan2 sukan atau pertandingan2 lain.. .. tapi kalau untuk kehidupan aku sebagai seorang aku , cukuplah kalau aku bersaing dengan diri aku sendiri untuk menjadi insan yang lebih baik.... insyaALLAH.. =D aku bukan sempurna dan menjadi sempurna bukan impianku.. tp aku akan cuba mengikuti jejak Rasulullah semampuku.. amin.. Ya nabi salam 'alaika.

p/s ; ada kawan mesej tadi... tersentuh dengan katanya yakni "kawan umpama kelopak pd bunga .mmg bunga tak mati bunga yang takde klopak ,tp x sempurna".
aku nak kata ... sebagaimana bunga tidak sempura tanpa kelopak.. begitu juga kelopak jika ia bersendiri... tapi aku takde kredit nak reply... ahaha.. =p daaa... gudnite.

Monday, April 18, 2011

3 sebab kenapa aku gembira semalam

Ini sebab aku tak sempat post semalam

3 sebab

  1. i opened up about my work... sbelum ni aku tak berani.. tp aku try to overcome the fear. sikit demi sedikit k.. =)
  2. pegi sokong pasukan khans (khans - kuliah allied health science + nursing + security untuk staff games) main ping pong and dart. + bekenalan ngan kak suri dan dapat tahu yg dia akan pegi SLAB course skali dgn aku + ada kakak tegur.. "adik , student practical ke?" hehe.. tak ley nak kata apa lah... babyface.. uhuk3.. izinkan ku poyo... keh3..
  3. beli air kat kooperasi... (hehe... yang ni pun blh buat aku gembira)

ok... banyak lagi yg buat aku gembira semalam. Alhamdulillah.... No matter how bad the day is , mesti ada point yg akan buat kita gembira.. insyaALLAH. haruslah berbaik sangka dan berlapang dada seperti dalam firman ALLAH..

Sunday, April 17, 2011

3 perkara yang buat aku gembira ari ni...

Ini adalah 3 sebab kenapa aku harus gembira hari ini...

  1. aku masak laksa sarawak! yeay!!! dan ajak kak ita (bukan nama sebenar) makan kat rumah.
  2. makan big apple - de la cheese... my fav doughnut... like2.. yippi!! masuk je dalam mulut...wwwaaa..... sedap woo...
  3. kuar jalan ngan kak rai (bukan nama sebenar) secara keseluruhannya... shopping, karok.. hehe.. suka etek!!..

Alhamdulillah.. =)

erm... esok kerja.. buat kerja one at time and belajar untuk mencinta. =) InsyaALLAH..

Saturday, April 16, 2011

3 perkara yang buat aku gembira hari ini

  1. menjemur baju sehingga kering
  2. natrah ym and cakap rindu kat aku
  3. jalan2 kat pasar malam.. =)


kegembiraan harus diusahakan.. =D

Friday, April 15, 2011

silence

"hear me out" says you
but how can people hear you when you didn't speak out
they seems to0 busy to even listen to you
yes.. they are, then try to wait for the right time
you say they didn't really listen you
well do you really try to communicate
silence.... silence..... silence.......
silence ...... silence...... silence........
tuuuuuuutttttt........ tired ... waiting for nothing you will get tired

Tuesday, April 5, 2011

writing

fuh... rasa lamanya tak menulis dan masukkan kat sini.Kat tempat lain pun aku tak post jugak.. huhuhu... penat kot, busy tak menyempat nak berblog.. uhuk2.. tp malam2 ni sambil2 nak tido aku tulis je lah. erm.

I have no particular topic right now, but just trying to express my thought which I am also clueless about it. Takpe lah, i'll keep on writing. Since this post will not bring you any good (i guess), my kind advice is for you to stop reading. It's not to0 late to do so. But if you wanted to stay tune, thank you. =)

Well,well, I don't usually write without specific objective. (half-true statement). huuuhu... erm... korang pernah tak kalau menulis bahasa orang puteh, tertukar2 ejaan... aku jarang.. tapi lately , it happens quite often..

  1. tertukar2 to0 dengan to dengan tu... 3 ni selalu tertukar2... dalam bm dan bi pun slalu..
  2. right dengan write
aku tertukar2 benda yang bunyinya hampir sama... huhu...selebet je kan.. =p

I'm sleepy.. It is 25 minutes passed 1 a.m. i think i want to stop right now. k.. Keep in touch.

semoga esok ialah hari yang indah... =) dan aku jadi hamba yang baik dan umat yang baik jugak..
semakin hari semakin sayang.. amin,.

Wednesday, March 30, 2011

30 march 2011

Alhamdulillah.. hari yang indah.. =) Segala puji bagi ALLAH yang mengangkat segala dukacitaku.. wahai hati... gembiralah seadanya kegembiraan. jangan takut.. bukankah kita harus bersyukur andai kegembiraan menjengah , dalam sedih pun harus ada syukur.. Ya ALLAH , teguhkan lah teguhkanlah hati ini ya ALLAH.. teguhkanlah.. hari ini aku merasa gembira. pertama sekali , kerana aku dapat berkomunikasi dan meluahkan diri aku , jiwa aku , apa yang aku rasa. Alhamdulillah...Di tempat kerja , aku merasa semakin tenang dan yakin dengan apa yang aku lakukan. Amat gembira sekali bila melihat anak2 yang mampu kita bantu dari segi pertuturan dan bahasa.. dan semestinya dengan Izin ALLAH... =) kemudiannya, hari ini, aku telah berjumpa dengan sales advisor perodua. ehem2.. so korang tau la kan .. niat aku neyh.. herm~~~ any updates nanti , aku gtau korang ek.. =)) dah malam.. nak tido dulu... aku bedebar.. huhuhu.. semoga tidur dengan nyenyak malam ni.. dan insyaALLAH, jadi hamba yang beriman dan soleh .. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan dan keluarga serta para sahabat. Terima kasih ya ALLAH.kuatkanlah hati ini ya ALLAH, dan terima kasih atas kegembiraan ini..

Monday, March 21, 2011

satu jemputan

Ya ALLAH... ampunkan dosaku..
bila mana suatu hari , sang suruhan-Mu datang menjemput.
Ampunkan dosa ku ya ALLAH
Semakin hari ku rasakan semakin hampir.
Aku punya persediaan yang tak seberapa.
Ampunkan dosaku ,
Wahai ALLAH yang maha mengetahui..
yang maha tahu akan isi hati.
Hati ini penuh dengan pelbagai sangkaan, pelbagai jangkaan ,
Maka ya ALLAH, kau buangkanlah sangkaan dan jangkaan yang bukannya dari hati yang suci,
Ampunkanlah wahai ALLAH .. tuhan sekalian alam.
semakin jauh daripadamu dan semakin aku takut..
AMpunkalah dosaku Ya ALLAH , bersihkanlah hati ku ini,
sebelum terlalu lambat untukku.
ampunkan lah ya ALLAH dosa hamba yang hina ini .
jauhkanlah aku dari sombong dan sifat2 mazmumah.. nauzubillah...

berjalan2 macam aku punya jalan.. lalala... (xley diamalkan slalu)

Berjalan...

Alhamdulillah, hari ni aku diberi kesempatan untuk berjalan . Aku balik kerja, lepas solat, aku cek bahan2 kat dapur dan aku terus berangkat ke kedai dekat ngan rumah aku berjalan kaki. hehe.. Setelah sekian lama, akhirnya aku berjaya!! yatta!!! Hajatnya tadi aku nak memasak ayam masak lemak. So, aku gi kedai, beli bahan-bahan berikut;

a. ayam separuh badan
b. kunyit hidup dua kerat
c. kelapa parut sebiji
d. cili hijau empat ulas(ke biji??)
e. serai 2 ulas
f. sardin satu tin
g. maggi 5 paket
h. 100plus 1 botol ..
i. mayonis satu paket

yang f-i tu memang dah takde kaitan dari menu asal... tu saje -saje aku beli... erm... selepas melintas jalan sebatang dua, parit sekangkang dua macam odw aku pergi tadi, aku pun sampai rumah. sampai rumah.. aku dah penat.. haha.. jeng jeng jeng... aku tak masak. semuanya aku letak dalam peti... kebetulanlah housemet aku kak nurul dan kak ija masak.. aku masak nasi je... ngeh3... terima kasih housmet2 ku!!! =)

p/s : btambah point aku nak beli kreta..hehe...

keberanian diperlukan!

Encik keberanian, silalah datang... saya tak berani... banyaknya benda... berani berani berani.. besi berani..

Sunday, March 20, 2011

menclear otak part 5 (final episode)

41. If you knew that everyone you know was going to die tomorrow, who would you visit today?
My parents of course..I don't spend much time with my parents since high school.Let my last day be theirs. (still I am thankful for given chance to have parents.kalau jd anak yatim lagi sedih kan... -->statement pujuk hati.)

42. Would you be willing to reduce your life expectancy by 10 years to become extremely attractive or famous?
sorry.. tak.. heee... kalau aku , attractive and famous tu memang dah semulajadi.. lalala~~

43. What is the difference between being alive and truly living?
i dont know the answer at the moment. let me figure it out. KIV soklan ni.. hee..

44.When is it time to stop calculating risk and rewards, and just go ahead and do what you know is right?
perhaps , when there is no other's right and life being jeopardize.

45. If we learn from our mistakes, why are we always so afraid to make a mistake?
because sometimes we (I) cant stand the demotivation effect after making mistakes.. =) kalau tak berturutan or kecik2.. mungkin aku blh tahan lagi.. other than that.. i think i need rest.

46. What would you do differently if you knew nobody would judge you?
herm.... KIV.. banyak senarai..

47. When was the last time you noticed the sound of your own breathing?
Semalam.. or pagi tadi..

48. What do you love? Have any of your recent actions openly expressed this love?
I love helping people out and I love to love people. I love communicating with people. I love to learn, I love to jalan2 and think... I love to ask questions.. tapi....... malangnyaaa... tidak... saya tidak melakukannya kebelakangan ini .. sebab saya segan.. tak tahu sejak bilaa... ohh...

49. In 5 years from now, will you remember what you did yesterday? What about the day before that? Or the day before that?
probably no... probably yes..

50.Decisions are being made right now. The question is: Are you making them for yourself, or are you letting others make them for you?
I'm making it for myself. others can influence me tapi...

teeeeetttttttttt.... end of questions... ok... masa untuk aku review balik soklan2 KIV aku.. .. nanti2..

menclear otak part 4

huhuhu... part 4... silakan ...

31.At what time in your recent past have you felt most passionate and alive?
My high school and my last semester in USM...

32.If not now, then when?
Later , when i know the time has come, and I am ready...

33.If you haven’t achieved it yet, what do you have to lose?
teeettttttt KIV..

34.Have you ever been with someone, said nothing, and walked away feeling like you just had the best conversation ever?
nope... belom lagi.. knape ye kalau dah?i want to know, what should i do next?

35.Why do religions that support love cause so many wars?
again, religions were blamed to cause war. my answer : because some of the believer (the war initiator) does not understand the religion itself.

36.Is it possible to know, without a doubt, what is good and what is evil?
Sometime it is clear. sometimes we must be careful.

37.If you just won a million dollars, would you quit your job?
nope... if i have the best job. why would i?

38.Would you rather have less work to do, or more work you actually enjoy doing?
the later ...

39.Do you feel like you’ve lived this day a hundred times before?
nope. every single day is unique.

40.When was the last time you marched into the dark with only the soft glow of an idea you strongly believed in?
can it be now?

menclear otak part 3

ye ye je aku menclear otak.. huhu.. takpe2.. lepas abis soklan nanti kita tgk laa clear ke tak clear.. ngee.. so kita sambung soalan seterusnya...

21.Would you rather be a worried genius or a joyful simpleton?
joyful simpleton.. yeah... really... seriously...

22.Why are you, you?
KIV... susah soalan ni.. haha.. =p guna strategi menjawab soalan time SPM... wat soklan snang dulu.. kata cikgu aku.. ngeee..

23.Have you been the kind of friend you want as a friend?
erm.... susahnye soklan... ngeee... Next! hehee..

24.Which is worse, when a good friend moves away, or losing touch with a good friend who lives right near you?
the later of course.. . kalau kawan moves away to , it's just physical separation. tp the later is a torture.

25.What are you most grateful for?
born as a muslim. alhamdulillah.

26.Would you rather lose all of your old memories, or never be able to make new ones?
KIV... waaaa... soklan part 3 memang mencabar... ngaaaaa!!!

27.Is is possible to know the truth without challenging it first?
it is. there certain things that we just have to accept without challenging it. =) <>

28.Has your greatest fear ever come true?
KIV..

29.Do you remember that time 5 years ago when you were extremely upset? Does it really matter now?
I can't recall any...but it's okay.. it doesn't matter now..

30.What is your happiest childhood memory? What makes it so special?
Again.... KIV..

Saturday, March 19, 2011

menclear otak part 2

sambungan .....

11.You’re having lunch with three people you respect and admire. They all start criticizing a close friend of yours, not knowing she is your friend. The criticism is distasteful and unjustified. What do you do?

hoho.. situasinya macam makan ngan jonas brother's atau KRU la.. pastu diorang critic kawan aku ni laa kan.. herm... ikut hati aku akan justify kan untuk kawan aku tu then blah... tp keadaan sebenar , mungkin aku senyap je dan menahan telinga yang panas. dan untuk keadaan yang lebih selamat, aku buat2 nak ke tandas. haih

12.If you could offer a newborn child only one piece of advice, what would it be?
pergilah sayang, pergilah bermain... teetttttttt... gurau yang tu..
adik, buatlah apa adik nak buat, yang penting benda tu baik di sisi agama.dan berbahagialah dengan kehidupan. carik syurga dunia jugak, syurga akhirat akan menyusul. insyaALLAH (eh..macam dah lebih dari satu.. hehe... ikutlaah..)

13.Would you break the law to save a loved one?
hahahaha.. yeeee.. memang aku skema... tapi i will consider breaking the law , kalau dah cara baik aku tak jalan, terpaksa aku buat cara tak baik. tapi mestilah aku make sure yang aku break the law tu tak melanggar hukum agama. kan.. kalau langgar hukum agama, bukan kata my loved one,dengan aku2 sekali tak dapat diselamatkan.. huhu

14.Have you ever seen insanity where you later saw creativity?
I usually see creativity first . but in case of rebecca black-friday song.. i think i saw it!The songwriter is so creative. I think i can use the song in my clinical session. yup2.. I think so.. I will.

15.What’s something you know you do differently than most people?
KIV.. macam takde je yang aku buat cam lain.. huhu.. erm... ntahle...

16.How come the things that make you happy don’t make everyone happy?
KIV, I usually avoid doing this kind of thing.

17.What one thing have you not done that you really want to do? What’s holding you back?
Nak jalan kaki puas2...sampai tak tahu dah sampai mana.. jalan jeee..... atau drive jeee sampai mana2..... mengembara explore tempat2 baru...
what holds me back is other's being worry. contohnya sy nak bejalan kaki ke kedai atau pergi ke sesuatu tempat yang baru , ada insan2 tersayang yang akan risau akan keselamatan saya. munasabah je benda yang dirisaukan. saya tak boleh kalau ada orang risaukan saya. saya jadi tak jadi nak buat. eventhough benda tu memang benda yang saya nak buat. owh... ini isu yang harus diberi perhatian.. haaa...

18.Are you holding onto something you need to let go of?
yes... my student life. I'll let go of it so very slowly, because i dont want to be tkejut gaban kat situ.. aku pernah let go dengan letgo seletgo letgo nya.. tp itu pun not a good solution , almaklumlah, dah 22 tahun jadi student,apa lagi... nazak laa aku... hehe.. ,so aku akan let go sikit2.. ok ain..=) a lesson to learn.


19.If you had to move to a state or country besides the one you currently live in, where would you move and why?
tanaaaaaakkkkkkk!!!!!! aku suka malaysia.. tolong jangan paksa aku pindah dari negara ni.. tolong jangan!!!!! kalau betol jugak nak bagi aku pindah, pindahkanlah aku ke mekah atau madinah.. boleh dekat dengan kaabah dan kubur rasul.. =)

20.Do you push the elevator button more than once? Do you really believe it makes the elevator faster?
tak... kenapa nak tekan banyak kali.. sekali sudah... tapi kalau sekali tu kita tekan tak kena,(tetekan dinding misalnya) kena lah tekan sekali lagi.. ye tak?? heeee.. =p

selesai part ke-dua.... tungguuu part ke 3 plak.. hujan tak berhenti.. sedap nak tdo ni... hahaha..

menclear otak part 1

Sempena hujung minggu ni, aku nak clearkan otakku yang agak dodadidodi... I took these questions from here . there are 50 questions all together. Here I go, wish me luck.

1.How old would you be if you didn’t know how old you are?
56 years old. yes,I think I'm that old.. huhuhu

2.Which is worse, failing or never trying?
never trying is worse.

3.If life is so short, why do we do so many things we don’t like and like so many things we don’t do?
maybe because we have to do it ... ke cane??? hehe.. tanggunggjawab.

4.When it’s all said and done, will you have said more than you’ve done?
nope.. it appears that i don't say anything . do you think it's okay??

5.What is the one thing you’d most like to change about the world?
racism- i don't know why one have to be racist.. tak masuk akal.. kita ada gaya hidup dan cara masing-masing. hormat menghormatilah kan.

6.If happiness was the national currency, what kind of work would make you rich?

a. comedian- gembira tgk org ketawa
b. pencari barang hilang.. macam los dan faun..-gembira bila dapat tolong org dapatkan barang yang dia hilang
c. friend- i can be your friend.. =)

7.Are you doing what you believe in, or are you settling for what you are doing?
I am settling for what I believe in. insyaALLAH.

8.If the average human life span was 40 years, how would you live your life differently?
erm.. I dun have the answer for this question.teetttt... KIV

9.To what degree have you actually controlled the course your life has taken?
also no answer for this. soklan KIV.

10.Are you more worried about doing things right, or doing the right things?
The first one.

so ini part satu... ikuti sambungannyaaa.... huhu...

Friday, March 18, 2011

Thank you followers!

Di kesempatan ni, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada followers aku yang memfollow blog aku ni.Thanx sebab follow walaupun blog aku ni tak cantek dan informatif mana.Terima kasih ye kawan2, adik2 , abg2 , kakak2 , tuan puan, datuk datin sekalian. teruskan membaca... boleh tambah skill membaca ni haa.. hehehe..


p/s: BDW ada ke datuk ngan datin nak baca aku nye blog.. haha.. takpe2.. bg can aku poyo, kan ni blog aku, kalau aku poyo kat blog org lain, lain crita laa...

Wednesday, March 16, 2011

Kebahagiaan saya

Kebahagiaan. Lama sudah aku tidak menulis tentang kebahagiaan. mungkin terlalu sibuk memikirkan hal-hal dunia yang tiada kesudahan. Jadi ,untuk entri kali ini , aku akan post sesuatu yang aku anggap kebahagiaan.

Makna kebahagiaan bagi aku ialah sesuatu yang membuatkan aku merasa sentiasa ingin tersenyum dan seperti ingin berterbangan di udara. Suatu rasa yang membuatkan aku ingin terus bernafas di bumi ALLAH ini. Bertemu dan berkongsi kebahagiaan . Ialah suatu nikmat yang benar harus disyukuri.

Apa yang biasanya membuatkan aku merasa bahagia?

Aku merasa bahagia sekiranya aku melihat orang tersenyum dan tertawa. Hatiku senang melihat sesiapa disekelilingku atau orang yang aku temui sedang mengukir senyuman bahagia. Juga bertambah riang andai insan yang aku sayang, teman2 dan keluarga umpamanya sedang bergembira. Ini adalah suatu kebahagiaan buatku.

Bacaan meter bahagia di hati ini juga bertambah sekiranya aku bersama keluarga. Ya.. keluarga amat penting. Tanpa keluarga , siapalah aku. Orang2 yang paling memahami diriku. Selain dari keluarga primerku , aku punya keluarga lain. Bukan kerana ayahku berkahwin dua (mintak simpang) tetapi kerana definisi keluarga buatku bukan terhad kepada pertalian darah. Kawan-kawanku merupakan keluargaku.Selama di perantauan, mengharungi susah senang belajar. makan nasik kawah sama2 sepertinya di MRSM kuching,USMKK dan PLKN. Memang membahagiakan. mana ko nak jumpa

Selain daripada itu, apa yang membuatkan hatiku dilanda bahagia ialah melakukan apa yang aku sukai. Sepertinya mengarang , menulis. Ia adalah suatu kebahagiaan . Walaupun ketika sekolah dahulu, seringkali ada catatan guru di atas kertas jawapanku berbunyi "Sila baiki tulisan anda" (hehehe.. nasib baik sekarang kita tidak menggunakan sistem tulisan tangan untuk mengarang entri.. kalau tidak.. mungkin ad yg menulis di ruangan komen ' beli typewriter laaa' .. hehe..) ye.. kebahagiaan.

Sebagai patologis pertuturan bahasa atau speech language pathologist juga ada yang aku temui.Mungkin ada yang berkerut2 dahi.. apo kobondo e jang?? ghapo dia tu? pabenda yaa?? wakno ro dun? what the??? hah... yang tak tahu lagi, patologis pertuturan bahasa atau terapis pertuturan atau terapis bicara (di indonesia) , ialah suatu pekerjaan yang membantu menilai , mediagnos dan memberi rawatan kepada orang dewasa atau kanak -kanak yang mempunyai masalah untuk berkomunikasi atau penelanan. Tu lah kerja aku, for more information, silalah cek kat tenet. herm... Kebahagiaan aku sebagai seorang patologis pertuturan bahasa ialah apa bila aku lihat patient aku mula ada progress & parent atau caregiver dia happy. aku merasa bahagia.

dan aku ada banyak lagi sebab untuk berbahagia. korang pun mesti ada jugak kan? apa2 pun, aku amat bersyukur atas kebahagiaan ini. Terima kasih Ya ALLAH kerana mengizinkan aku untuk bahagia. Terima kasih wahai ALLAH, Tuhan sekalian alam. =)

Wednesday, March 9, 2011

bila percaya itu ngga ada..

The worst stuff always come into the life of a person who don't trust himself.
Trusting yourself is a very important key to a happy life. Believe it or not. Below are some of the price that u have to pay if you did not trust yourself.(blaassaaah je pakai... )


  • Hard to express yourself as u're not confident with your own expression. This may lead to supressed emotions.wah.wah... haa... masa tu mula lah memendam perasaan segala bagai... blues sana sini kan... haaa... tu laah..
  • You don't get what you want. In fact, you don't even know what you want. This is a sad. To make it more sad , you don't even get what you need. (yang rasa nak nangis je.. jgn nangis.. hehe...=p ) ye laah...benda keperluan k..
  • Easy to be manipulated. bak kata orang kita, senang nak diambil kesempatan. yelah.. sebab you don't trust yourself to control yourself, apa lagi.. kena jajah laa.. macam zaman dulu2.
  • Communication breakdown.

Ok.. actually , there is a lot more (negative) points about this matter. But , I dont want to continue writing about it.I'm afraid that I will loose my self-trust. (ngeeee..self trust diperlukan di situ.. hehe.. ) As a conclusion here, trust yourself. =)

perangkap

Terperangkap.
Ada seseorang terperangkap.
Di balik tembok, ada seseorang terperangkap.
“Tolong!!! Tolong!!!” Jeritnya.
Lagi dan lagi “Tolong!! Tolong!!!” jeritnya
Tanpa henti , lagi dan lagi “Tolong!! Tolong!!” jeritnya
Dia mencuba tanpa henti , lagi dan lagi “ Tolong!!! Tolong!!! “ jeritnya

Tapi.....
Semakin perlahan
Jeritannya semakin perlahan
Barangkali kerna penat jeritannya itu semakin perlahan
Sayup-sayup kedengaran, barangkali kerna penat jeritannya semakin perlahan

Berhenti ....
kerna lelah dia berhenti..

Monday, March 7, 2011

rumah dan aku di tempat yang lain

Oit2.. Assalamualaikum... haha.. aku lagi... ye lah.. memanglah aku.. takkan org lain .. ni kan blog aku.. uols ni pun... ahaha.. ok2.. erm.. aku nak g KL malam ni .. bas pukul 10. Yang jemput aku kat sana ialah Sulong. Nak pergi IDP Study in Australia Exhibition. Ada urusan kena setel Berkhidmat untuk Negara! Yeah!! Ok.. ini muqaddimah nye saje..

Herm... sebagai perantau yang agak tegar.. aku selalu jugaklah keluar dari rumah.. selang 3 atau 4-5 purnama baru balik rumah.. kiranya ada perhubungan jarak jauh laaa ngan rumah sejak umur aku tak sampai 12 tahun lagi.ngeh! muda2 dah merantau ye.. haih~~~ apa nak buat... carik ilmu katanya... aku selalu rindu rumah aku.. sebab rumah aku bess giler... walaupun takde benda yang menarik pun.. tapi ye la... tu lah tempat kita membesar kan.. banyak kenangan kat situ.. org cakap.. jiwa dah serasi. Terima kasih ALLAH kerana menciptakan tempat untuk kami berlindung..

Ok2... aku kna bersiap.. nak gi kay hel.. ti aku sambung balik ye... haha..

*********************************************************************************
Sekembalinya aku dari kay hel..

Ahaha.. aku dah balik.. ari sabtu malam tu lagi dah.. tapi baru skrang aku menulis lagi.. ok.. smbung cerita pasal rumah ni.Apa aku buat kalau aku nak ilangkan rindu kat rumah aku dari dulu-dulu lagi.

1.Beli semua benda2 seperti sabun dan serbuk pencuci yang sama dengan apa yang kitorang guna kat rumah. Biar baunya sama.. (wpun tak lah sama sangat sbb ada faktor2lain seperti cahaya matahari atau kelembapan udara =p )

2.Telefon rumah.Borak2 walaupun cuma 5-10 minit. Sekadar nak dengar suara. Boleh lah~~~~ (Nak tulis surat , lama sangat kot nak sampai .. ke caner? lagipun susah nak dpat merpati skrg.. )

3.Berkawan. =) sumber kekuatan untuk mengharungi hari-hari. Macam tangki oksigen untuk penyelam laa lebih kurang. Haa..

4.Berjalan-jalan. Bes2.. jalan2.. Cuma masa kerja ni macam takde peluang sangat. Huhu penat oit..

5.Shopping barang-barang untuk ahli keluarga untuk dibawak pulang ketika bercuti. heehe.. ini seronok!

6.Bernafas seperti biasa. Berdoa. =)


Huhu.. ini lah yang aku buat.. kalau korang rasa nak buat jugak.. silakan. Ke korang memang dah buat benda yang sama macam aku buat ni?? Hehe.. buat je lah.. janji kita ok. =)

Saturday, March 5, 2011

hambatan rasa

Hambatan rasa??huhu.. apa lah yang nak dihambat sangat pada rasa itu... erm. aku terasa amat kerdil at this moment. bukan sebab aku dah kurang berat badan ye. hehe.. .. Aku tak nak komen banyak. Cuma cukuplah aku rasakan perasaan 2 sperti dihambat dengan realiti kehidupan. Dan semoga hati ini kukuh. Semoga ALLAH menunjukkan jalan yang benar lagi mudah untuk aku mencerna nya. Seluruh hidup ini,ku serahkan kepada yang Esa..amin.. =)

p/s; Terasa hidup ini semakin singkat. Mati itu pasti, hidup itu InsyaALLAH.

Tuesday, March 1, 2011

Nasihat buat Ain

Wahai Ain , jom cuba usaha untuk ;

  1. Jangan bersangka buruk dengan orang.
  2. Jangan judge orang lain. Kita tak tahu , mungkin dia lebih baik dalam pandangan ALLAH berbanding kita.
  3. Jangan cintakan sesuatu dengan terlampau. Dan jangan membenci sesuatu dengan melampau. Kita tak tahu , ada kalanya benda yang kita benci tu benda yang baik, benda yang kita cinta tu pulak sebaliknya.
  4. Jangan menghukum diri sendiri atas benda yang di luar kawalan kita.
  5. Sentiasa berusaha membuat kebaikan .Jangan harap balasan selain redhaNya.
  6. Jangan mempersoalkan sumbangan/keikhlasan orang lain.
  7. Sentiasa dorong diri sendiri dan orang lain kalau tak dapat buat sesuatu.
  8. Jangan cuba2 memikirkan sesuatu yang diluar batasan. Sesungguhnya , ada perkara yang takkan mampu dicerna oleh akal. Semuanya rahsia ALLAH.
  9. Jangan lupa , ALLAH sentiasa ada. Dan jangan sombong. Berdoalah.
  10. Jangan pernah rasa yang kita lebih baik dari orang lain.
  11. Jangan lupa , mati itu pasti.

ok Ain.. =) assalamualaikum.

Sunday, February 27, 2011

" Perwatakannya pendiam.Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak, berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir,perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan."

owh... ini aku cek kat facebook ari tu.. Rupa-rupanya aku lahir bulan zulkaedah.=DD aku baru tahu hari tu.. kalau ikut susunan , bulan zulkaedah ialah bulan ke 11 dalam tahun Islam. Aku lahir 04 haribulan zulkaedah tahun 1408 hijrah. kiranya 4/11/1408H ... haaa... besday yang jarang aku celebrate. tak prnah kot.heeeeee... aku ingat tahun ni aku nak sambut laah.. herm..

huhu... melihat pada maksud kat atas tu. Aku rasa ada benarnya. Pada usia aku yang 23 tahun
ni, aku rasa banyak sangat perubahan dalam hidup aku.. Dan aku akui, agak sukar aku nak adapt kat peringkat sekarang.Ya Allah. permudahkanlah kedewasaan ini. Aku ingin melangkah seperti dulu kala, ceria dan bersatu dengan hidupku. Semoga ok. =) Ye.. hidup ni sementara. kita berbuat baik lillahita'ala. semoga ALLAH menjadikan hati aku ini ikhlas sentiasa dan akan berjalan di jalanNya. Amin.. Semoga aku x fikir byk sgt benda merepek2 ye.. mudahan kita semua akan diberkati ALLAH dan bersama di syurgaNya. Amin.. =)

Saturday, February 26, 2011

Budak yang disayangi ~~ (versi yang aku ingat)

yuuuhuuuuu... ngeh3.. apa kabar korang.. aku rasa takde orang kot baca blog aku ni.. ahaha.. lantaklah.. kalau aku sendiri je yang baca pun tak ape.. kuang3.. boleh ke?? mana boleh.. korang kena baca.. walaupun apa yang aku tulis ni merepek2.. erm.. ok lah .. untuk tidak membuang masa korang , apa kata aku share satu cerita ni.. anak jiran aku tengah main dalam kolam air dia sambil berkata 'ombak besar, ombak besar'.. Ini cerita selingan je...cerita yang benar sebenar-benarnya ada kat bawah ni haa.. herm...

Pada zaman dahulu , ada seorang budak. Dia amat dikasihi oleh gurunya sehinggakan ada pelajar2 lain cemburu. Apa istimewanya budak ni??? Jadi mereka pun meluahkan rasa tidak puas hati kepada guru mereka itu. Baiklah.. gurunya berkata " Esok hari , datang ke tempat perjumpaan kita dan bawak sekali seeokor ayam dan satu pisau".

Maka , keesokan harinya, selepas subuh , semua pelajar termasuk budak yang disayangi gurunya tadi datang di tempat yang dijanjikan bersama ayam dan pisau masing-masing. Gurunya berkata "Kamu bawaklah ayam ini ke tempat yang tiada sesiapa boleh melihat, dan sembelihlah ia, dan bawak lah pulang kepadaku. Kamu ada masa sehingga senja untuk menunaikan tugas ini." Maka , mereka pun pergilah mencari tempat yang tersembunyi. Masing-masing bergerak ke tempat yang mereka rasa tiada sesiapa boleh melihat seperti gua , telaga, dan hutan lalu menyembelih ayam mereka.

Senja pun tiba, semua pelajar sudah kembali pulang ke tempat di mana mereka berkumpul pagi tadi. Kesemuanya memegang ayam yang sudah di sembelih kecuali pelajar kesayangan gurunya tadi. Dia tidak menyembelih ayam tersebut. Kenapa???? bukankah dia pelajar kesayangan gurunya tadi. Kenapa dia tidak mengikut arahan gurunya??? herm~~~~~ korang nak tau apa pelajar kesayangan tu cakap. Lebih kurang macam ni lah ayat dia, " Mustahil untuk saya menyembelih ayam ini di mana-manapun. Kerana , setiap tempat yang saya pergi , pasti ada yang melihatnya. Tidak ada satu tempat pun yang terlepas dari pandangan ALLAH. " Begitulah penjelasannya.

Maka , dari situ pelajar2 lain mula mengerti , teman mereka itu berbeza. Dan kerana itu , guru mereka lebih sayang padanya.

Erm... aku tak ingat dah dari mana aku dapat cerita ni..aku baca kat somewhere... smoga kita berusaha menjaga apa-apa yang patut kita jaga walaupun takde orang kat situ. Kita kena ingat Allah Maha Melihat, Maha Mendengar. kan???? hehe.. ingatan untuk diri aku sendiri jugak... =D ok... jumpa nanti ... daaaaa....~~~ assalamualaikum. =)

Budak Serabut Pergi Bekerja..

Ahaha... sedar tak sedar dah 4 bulan aku bekerja. Alhamdulillah.. iyee... Bekerja... Sejujurnya, aku tak pernah imagine pun aku bekerja.huhuhu Imaginasi aku masa kecik tertumpu kepada masuk u. pastu bila dah masuk u dan dah tamat belajar.. lansung blur. ngeeeeee... kat tempat kerja ,terkejut dinasour dan membantu keras.kejang. haha.. =p
Sebenarnya aku masih lagi dalam proses peralihan dari 'belajar' kepada 'bekerja'. Aku rasa aku masih sangkut kat dunia student aku.ngeh3. semestinya aku sangat suka alam tu..

kenapa??? meh nak ghoyak ko sekmu..
  1. boleh tidur bila2 korang nak. (time takde kelas ye)hehe.. memang tak berwawasan...
  2. Ada kawan2 yang mempunyai matlamat yang sama untuk menempuh segala cabaran , onak dan duri, gelombang badai , bara api, jerangkap samar , peluru musuh , hujan ribut, panas terik , dan banyak lagi cabaran.
  3. Ada orang nak tegur kalau kita buat salah, tunjuk ajarkan kita apa yang sepatutnya.
  4. ada kakak/pak guard yang tolong jaga hostel
  5. tak payah bayar bil elektrik/air
  6. buat salah pun takpe sangat sebab title student tu ada utk mlindungi. macam insurans plak kan?heehe..
ok... aku tau semua tu bes dan akan tetap bes.. kenangan tetap kenangan. aku rasa tiba masanya untuk berkawan dengan masa kini plak. bak kata orang puteh.. the present. slow2..tak kenal maka tak cinta. Jangan berhenti berkawan dan belajar.Have fun.. =DD life is not always easy but it always can be fun, if u allow it to be.. =)) ye ke bahasa omputeh aku ni.. hehe.. takut menanges plak mat -mat salleh ni tgk ayat aku yang tak pasti kebenarannya.. owh.. ok.. itu sahaja.. selamat beramal.... assalamualaikum..

Thursday, February 24, 2011

Latihan karangan 1 : Ayah Saya


Ayah saya bernama Othman bin Haji Mohamed Faiz. Beliau berusia 57 tahun dan berasal dari Kg Saai , sebuah perkampungan Melanau di daerah Daro ,Sarawak. Ayah saya seorang yang suka senyum dan peramah. Ayah saya suka berkebun, memancing, mendengar lagu dan membaca buku. Seperti saya , ayah saya suka makan coklat. =) heeeee... dan kacang.. dan biskut IKO dan biskut Jam o' Jam dan kuaci dan air teh c peng pandan.

Saya ingat lagi semasa kecil (usia saya lebih kurang 3-4 tahun), ketika itu kami masih menetap di Miri.Ayah saya sering membawa saya serta abang dan adik perempuan saya berjalan-jalan dan bermandi-manda di pantai yang indah. Pantai itu letaknya cuma beberapa langkah kaki sahaja di belakang berek kerajaan yang kami diami.Di situlah kami bermain layang-layang , bermesra dengan air laut nan masin , berkenalan dengan tapak sulaiman dan mengagah ketam2 kecil sehingga berlari-larian sang ketam memasuki rumahnya. Ketakutan barangkali.

Pernah sekali, kerana terlalu cintakan pantai , kami adik beradik berpakat untuk memecahkan belon untuk mengejutkan Apak ("ayah" dalam bahasa Melanau) dari tidur. Apak ,dengan sabar, bangun dan melayan karenah anak-anaknya yang nakal. Apak membawa kami ke pantai seperti selalunya.
oh...berpantai bersama Apak. Sungguh riang rasanya. =)

Di kala malam ,Ayak akan menemani ke tandas kerana anak-anak apak masih kecil dan takut akan gelap. Apak ajarkan kami membaca doa. Sebelum tidur katanya, kita harus membaca doa supaya menjadi anak yang soleh dan disayang Allah. Dan kami adik beradik akan membaca dengan serentak setiap malam sebelum tidur. Entah betul entah tidak bacaannya tetapi maksudnya kami tidak akan lupa. InsyaALLAH.

"Ya Allah , Ya tuhanku , ampunkanlah dosaku dan dosa kedua-dua ibu bapaku , sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku di waktu kecilku. Amin". Apak oh apak.

Kemudian, kami berpindah ke Sibu ketika saya berumur lebih kurang 5 tahun. Di waktu malam , Apak tidak membiarkan waktu-waktu kami berlalu begitu sahaja. Di bawah hembusan angin dari kipas angin yang melekat di siling rumah, dekat meja di tengah ruang tamu, kami bertiga diajarkan mengenal huruf-huruf al-Quran. Bermula dengan Alif di atas 'a' , ba di atas 'ba' , ta di atas 'ta' Apak setia sehinggalah khatam muqaddam.Apaklah guru mengaji pertama kami. Alhamdulillah. Kalau tidak kerana Apak (dan guru-guru mengaji yang lain) serta izin ALLAH , mungkin sukar untuk saya belajar ilmu-ilmu agama serta beramal dengannya. Thank you Apak. =)

Ketika memasuki alam persekolahan juga sama. Apak selalu menemani kami membuat kerja -kerja sekolah sementelah Mak memasak makanan malam.Sabar memberi tunjuk ajar. Apak pun selalu menekankan tentang rasa tanggungjawab. Katanya kita tidak perlu disuruh untuk membuat latihan , kita harus sedar tanggungjawab kita terhadap pelajaran.Ya.. Apak saya seorang yang mementingkan pelajaran.Sama seperti Mak.Apak bukan orang yang garang dan jarang memarahi anak-anaknya. Tetapi Apak akan marah sekiranya kami membiarkan buku-buku dan beg bersepah atau buku-buku kerja yang baru dibeli dibiarkan sahaja di dalam beg plastik cap Richmount tanpa tindakan selanjutnya. Menurut Apak, buku-buku harus dibalut dan diletakkan di tempat yang sewajarnya. "Kalau tak ,aku bakar" katanya.Maka cepat-cepatlah sang empunya buku mengambil tindakan. huhuhu.. tahu takut haaa..

Apak pernah kata "Apak dan Mak tak ada harta, koranglah (anak-anak)harta kami" sob3.Setiap cita-cita dan pilihan saya , Apak selalu beri sokongan dan dorongan. Kata-kata Apak seperti yang ada dalam buku-buku motivasi. Tak pasti apa hubungan Apak dengan penulis -penulis buku tersebut.huhuhu

Apak sangat comel masa senyum dan ketawa. Saya sayang Apak. Sekarang Apak dah 57tahun. Semoga Apak sihat selalu. Saya nak bawak Apak pergi haji sama-sama dan jalan-jalan tengok alam sekitar sama-sama. Kali ni , biar saya atau Kak Tam atau Urul atau Apan yang drive.
~~~~
ok..aku sedey aku kena stop menulis karangan ni.. aku rindu ayah aku dan mak aku dan family members aku. kesimpulannya aku homesick... huhuhu.. tak boleh dah nak tulis karangan.. eeerrgh.. apa pun aku sayang ayah aku. korang pun sama kan??Semoga semua orang yang saya dan anda sayang semuanya sihat sejahtera dan disayangi ALLAH selalu.. amin...

Monday, February 21, 2011

rehat kena cukup!!!

saya nak tido... kita kena rehat cukup2.. kalau kita tak rehat .. mana kita nak dapat tenaga untuk kemudian hari.. ada orang perlu rehat sikit.. ada yang kena rehat banyak..orang yang rehat sikit.. itu kelebihan dia.. kita buat cara kita... wpun kita cepat penat dan kena rehat banyak sikit takpe.. stamina kita boleh build-up sikit2.. daaaa... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......

Friday, February 11, 2011

Ya ALLAH teguhkanlah hatiku ini ya ALLAH... Never thought that life can be this hard.. Oh Ya ALLAH... guide my steps don't let me go astray.. astaghfirullahal'azim.

Wednesday, January 19, 2011

moving forward..

beside being optimist.. the other important element to succeed is to be realistic.. =)we must be able to blend reality and fantasy in a logical way.That process will yield the key.

Saturday, January 15, 2011

Bukan mudah nak mencari sesuatu makna dalam kehidupan. memang tak senang.Kadang-kadang kita rasa hanyut. Hilang arah tujuan. Ada yang cuba bertahan , berpaut pada tempat-tempat yang dirasakan mampu dijadikan tempat bergantung. atau mencari alasan-alasan untuk terus bertunjang di suatu tempat. Tapi kita takkan berjumpa dengan makna itu kalau tidak mencari.Makna yang kita mahukan itu takkan datang kepada kita begitu saja. Kita harus berusaha untuk bergerak. Walaupun memang payah untuk melangkah di arus deras . Melangkah tanpa henti , melangkah dengan strategi, melangkah seiring redha Ilahi. InsyaALLAH , makna akan kita temui. Erti pada hidup ini. Beri erti pada diri sendiri.


p/s : lagu PLKN yang aku tak pernah hayati liriknya sebelum ni.. jom sama2 fikir.. =)

Erti Hidup

Angin kau membawa bahteraku kemana mahumu…

Dikamar daku sering bertanya
Mana tempatku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera

Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera

(Korus)
Inginku(kiniku) mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku-likukan ku harungi oh…

Tidak lagi kan aku disitu
Menyaksikan kehidupan berlalu
Kan ku kerah darah keringatku

Tiba waktu aku tiada
Tidak akan daku sesali
Daku hidup caraku sendiri

Angin kan ku bawa bahteraku
Kemana majuku
Kini ku berani mengemudi
Kemana ku pergi

Bagai guruh bergegar bumi
Aku tetap teguh berdiri
Penuh pengorbanan yang sejati