Kebahagiaan. Lama sudah aku tidak menulis tentang kebahagiaan. mungkin terlalu sibuk memikirkan hal-hal dunia yang tiada kesudahan. Jadi ,untuk entri kali ini , aku akan post sesuatu yang aku anggap kebahagiaan.
Makna kebahagiaan bagi aku ialah sesuatu yang membuatkan aku merasa sentiasa ingin tersenyum dan seperti ingin berterbangan di udara. Suatu rasa yang membuatkan aku ingin terus bernafas di bumi ALLAH ini. Bertemu dan berkongsi kebahagiaan . Ialah suatu nikmat yang benar harus disyukuri.
Apa yang biasanya membuatkan aku merasa bahagia?
Aku merasa bahagia sekiranya aku melihat orang tersenyum dan tertawa. Hatiku senang melihat sesiapa disekelilingku atau orang yang aku temui sedang mengukir senyuman bahagia. Juga bertambah riang andai insan yang aku sayang, teman2 dan keluarga umpamanya sedang bergembira. Ini adalah suatu kebahagiaan buatku.
Bacaan meter bahagia di hati ini juga bertambah sekiranya aku bersama keluarga. Ya.. keluarga amat penting. Tanpa keluarga , siapalah aku. Orang2 yang paling memahami diriku. Selain dari keluarga primerku , aku punya keluarga lain. Bukan kerana ayahku berkahwin dua (mintak simpang) tetapi kerana definisi keluarga buatku bukan terhad kepada pertalian darah. Kawan-kawanku merupakan keluargaku.Selama di perantauan, mengharungi susah senang belajar. makan nasik kawah sama2 sepertinya di MRSM kuching,USMKK dan PLKN. Memang membahagiakan. mana ko nak jumpa
Selain daripada itu, apa yang membuatkan hatiku dilanda bahagia ialah melakukan apa yang aku sukai. Sepertinya mengarang , menulis. Ia adalah suatu kebahagiaan . Walaupun ketika sekolah dahulu, seringkali ada catatan guru di atas kertas jawapanku berbunyi "Sila baiki tulisan anda" (hehehe.. nasib baik sekarang kita tidak menggunakan sistem tulisan tangan untuk mengarang entri.. kalau tidak.. mungkin ad yg menulis di ruangan komen ' beli typewriter laaa' .. hehe..) ye.. kebahagiaan.
Sebagai patologis pertuturan bahasa atau speech language pathologist juga ada yang aku temui.Mungkin ada yang berkerut2 dahi.. apo kobondo e jang?? ghapo dia tu? pabenda yaa?? wakno ro dun? what the??? hah... yang tak tahu lagi, patologis pertuturan bahasa atau terapis pertuturan atau terapis bicara (di indonesia) , ialah suatu pekerjaan yang membantu menilai , mediagnos dan memberi rawatan kepada orang dewasa atau kanak -kanak yang mempunyai masalah untuk berkomunikasi atau penelanan. Tu lah kerja aku, for more information, silalah cek kat tenet. herm... Kebahagiaan aku sebagai seorang patologis pertuturan bahasa ialah apa bila aku lihat patient aku mula ada progress & parent atau caregiver dia happy. aku merasa bahagia.
dan aku ada banyak lagi sebab untuk berbahagia. korang pun mesti ada jugak kan? apa2 pun, aku amat bersyukur atas kebahagiaan ini. Terima kasih Ya ALLAH kerana mengizinkan aku untuk bahagia. Terima kasih wahai ALLAH, Tuhan sekalian alam. =)
BW here
ReplyDeletesile2 la ke rumah buruk saye....
------>http://lifeisunpredictable91.blogspot.com