Monday, March 7, 2011

rumah dan aku di tempat yang lain

Oit2.. Assalamualaikum... haha.. aku lagi... ye lah.. memanglah aku.. takkan org lain .. ni kan blog aku.. uols ni pun... ahaha.. ok2.. erm.. aku nak g KL malam ni .. bas pukul 10. Yang jemput aku kat sana ialah Sulong. Nak pergi IDP Study in Australia Exhibition. Ada urusan kena setel Berkhidmat untuk Negara! Yeah!! Ok.. ini muqaddimah nye saje..

Herm... sebagai perantau yang agak tegar.. aku selalu jugaklah keluar dari rumah.. selang 3 atau 4-5 purnama baru balik rumah.. kiranya ada perhubungan jarak jauh laaa ngan rumah sejak umur aku tak sampai 12 tahun lagi.ngeh! muda2 dah merantau ye.. haih~~~ apa nak buat... carik ilmu katanya... aku selalu rindu rumah aku.. sebab rumah aku bess giler... walaupun takde benda yang menarik pun.. tapi ye la... tu lah tempat kita membesar kan.. banyak kenangan kat situ.. org cakap.. jiwa dah serasi. Terima kasih ALLAH kerana menciptakan tempat untuk kami berlindung..

Ok2... aku kna bersiap.. nak gi kay hel.. ti aku sambung balik ye... haha..

*********************************************************************************
Sekembalinya aku dari kay hel..

Ahaha.. aku dah balik.. ari sabtu malam tu lagi dah.. tapi baru skrang aku menulis lagi.. ok.. smbung cerita pasal rumah ni.Apa aku buat kalau aku nak ilangkan rindu kat rumah aku dari dulu-dulu lagi.

1.Beli semua benda2 seperti sabun dan serbuk pencuci yang sama dengan apa yang kitorang guna kat rumah. Biar baunya sama.. (wpun tak lah sama sangat sbb ada faktor2lain seperti cahaya matahari atau kelembapan udara =p )

2.Telefon rumah.Borak2 walaupun cuma 5-10 minit. Sekadar nak dengar suara. Boleh lah~~~~ (Nak tulis surat , lama sangat kot nak sampai .. ke caner? lagipun susah nak dpat merpati skrg.. )

3.Berkawan. =) sumber kekuatan untuk mengharungi hari-hari. Macam tangki oksigen untuk penyelam laa lebih kurang. Haa..

4.Berjalan-jalan. Bes2.. jalan2.. Cuma masa kerja ni macam takde peluang sangat. Huhu penat oit..

5.Shopping barang-barang untuk ahli keluarga untuk dibawak pulang ketika bercuti. heehe.. ini seronok!

6.Bernafas seperti biasa. Berdoa. =)


Huhu.. ini lah yang aku buat.. kalau korang rasa nak buat jugak.. silakan. Ke korang memang dah buat benda yang sama macam aku buat ni?? Hehe.. buat je lah.. janji kita ok. =)

No comments:

Post a Comment