Assalamualaikum w.b.t para pembaca sekalian. Apa khabar? Semoga sihat hendaknya.
Jadi, aku akan menulis lagi tentang perkara yang membuatkan aku gembira pada hari ini. Sesungguhnya pengalaman yang gembira eloklah disemadikan di suatu tempat supaya mudah untuk kita mengimbaunya kembali dan sentiasa bersyukur. Takkan ada satu hari pun yang berlalu tanpa kegembiraan di hati sekiranya kita berusaha untuknya. =)
- Aku beli marshmallow yang sedap. Mula-mula kak Suri yang beli, kitorang makan semasa kelas untuk menghilangkan mengantuk. =) Marshmallow ini menarik kerana ia tidak terlalu manis dan di tengahnya ada coklat yang sedap. Lagipun, ia halal dan thoyiban. (Ini memang dicetak di bungkusannya, jadi aku rasa tiada lagi persoalan) Tagline dia "Al-hamdulillah, dah boleh makan". Hal ini mungkin berikutan banyak produk marshmallow yang tidak halal.
- Erm , berkenalan dengan Kak Nani , Kak Linda, Kak Sab, Kak Aimi, Kak Ati dan ramai lagi. Indahnya persaudaraan. =)
- erm...Berkursus dan menimba ilmu. Memang mengantuk pun. Tapi ilmu itu bermanfaat.Makanan turut disediakan. Alhamdulillah. =)
oh ya, nama Marshmallow tu ialah ASAFA.Kawan2 carilah di kedai dan pasaraya yang berdekatan. =)
No comments:
Post a Comment