- Jangan risau, marah,bimbang lama sangat. Bahagian perasaan ni memang lumrah kita sebagai manusia. Bila kita ditimpa masalah. Apatah lagi kalau masalah tu besar dan datang bertimpa2.Memang masalah yang macam diborong dari Mydin. Plastic bag yang paling besar pun tak muat.Herm..... Kita kan manusia yang diciptakan berperasaan . Sebab tu kita rasa perasaan2 ni. Tapi Awas! Jangan lama sangat ye, cepat2 fikirkan penyelesaiannya.
- Tanya pendapat orang lain.Ye lah, almaklumlah ilmu dan pengalaman kita ni limited. Sebab tu la kita kena tanya. Contohnya dengan orang yang lebih tua dari kita, atau kawan-kawan kita. Tapi bertanya kena ada seni. Jangan main belasah je walaupun kita ni nak dapatkan penyelesaian segera. Jangan gelojoh. Terkejut orang yg nak menjawab nanti. Bagi muqadimah dulu ye. Untuk keterangan yang lebih lanjut , sila google kan tentang Art of Asking. Mungkin boleh membantu. Aku pun nak bukak jugak nanti bila aku ada masa.InsyaALLAH.Sebab aku rasa kemahiran bertanya merupakan satu skill yang amat penting.
- Berbual dengan orang yang sesuai. Ramai orang yang ditimpa problemo ni (termasuk diri aku sendiri ) berfikiran yang bahawasanya orang lain tak boleh selesaikan masalah kita. So baik jangan tanya. Diorang bukan paham situasi kita.Betul tu, tapi dengan adanya teman berbincang atau berorak , at least kita boleh kurangkan kestressan, effect dari masalah kita tadi dan ini boleh meningkatkan kebolehan akal kita untuk berfikir dengan lebih rasional dan tenang. Malu bertanya sesat jalan. Kalau sesat je takpe, takut sesat dan terjatuh dalam perigi puaka. haaaa... Jadilaaa hantu pastu
- jangan lupa doa ye.. ini penting.. doa doa doa doa doa.. Doa senjata orang mukmin. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Kalau Dia tak tunaikan segera , takpe , ada sebabnya. Kalau Dia tak tunaikan lansung , takpe.. ada hikmahnya. Kita tak tahu , sedangkan ALLAH Maha Mengetahui. Jangan buruk sangka ye .. It's a No No..
Aku rasa itu saje yang aku nak kongsi dengan korang. Aku rasa cam clishe je ni semua.. tp aku bersyukur sebab dia clishe, sebab ada yang sependapat dengan aku. =)
ok... Dodadidodi! Aku bukan sempurna tp aku akan usahakan jadi budak baik sebab Nabi Muhammad baik. Aku nak Follow. =) ok... cow cin cau..
p/s: aku nak isi borang sambung belaja aku nanti.. aku sudah lambat .. delay je... esok ada klinik... aku sayang klinik dan patient... aku nak tido dulu.... dadam dadam.... =D
No comments:
Post a Comment