yuuuhuuuuu... ngeh3.. apa kabar korang.. aku rasa takde orang kot baca blog aku ni.. ahaha.. lantaklah.. kalau aku sendiri je yang baca pun tak ape.. kuang3.. boleh ke?? mana boleh.. korang kena baca.. walaupun apa yang aku tulis ni merepek2.. erm.. ok lah .. untuk tidak membuang masa korang , apa kata aku share satu cerita ni.. anak jiran aku tengah main dalam kolam air dia sambil berkata 'ombak besar, ombak besar'.. Ini cerita selingan je...cerita yang benar sebenar-benarnya ada kat bawah ni haa.. herm...
Pada zaman dahulu , ada seorang budak. Dia amat dikasihi oleh gurunya sehinggakan ada pelajar2 lain cemburu. Apa istimewanya budak ni??? Jadi mereka pun meluahkan rasa tidak puas hati kepada guru mereka itu. Baiklah.. gurunya berkata " Esok hari , datang ke tempat perjumpaan kita dan bawak sekali seeokor ayam dan satu pisau".
Maka , keesokan harinya, selepas subuh , semua pelajar termasuk budak yang disayangi gurunya tadi datang di tempat yang dijanjikan bersama ayam dan pisau masing-masing. Gurunya berkata "Kamu bawaklah ayam ini ke tempat yang tiada sesiapa boleh melihat, dan sembelihlah ia, dan bawak lah pulang kepadaku. Kamu ada masa sehingga senja untuk menunaikan tugas ini." Maka , mereka pun pergilah mencari tempat yang tersembunyi. Masing-masing bergerak ke tempat yang mereka rasa tiada sesiapa boleh melihat seperti gua , telaga, dan hutan lalu menyembelih ayam mereka.
Senja pun tiba, semua pelajar sudah kembali pulang ke tempat di mana mereka berkumpul pagi tadi. Kesemuanya memegang ayam yang sudah di sembelih kecuali pelajar kesayangan gurunya tadi. Dia tidak menyembelih ayam tersebut. Kenapa???? bukankah dia pelajar kesayangan gurunya tadi. Kenapa dia tidak mengikut arahan gurunya??? herm~~~~~ korang nak tau apa pelajar kesayangan tu cakap. Lebih kurang macam ni lah ayat dia, " Mustahil untuk saya menyembelih ayam ini di mana-manapun. Kerana , setiap tempat yang saya pergi , pasti ada yang melihatnya. Tidak ada satu tempat pun yang terlepas dari pandangan ALLAH. " Begitulah penjelasannya.
Maka , dari situ pelajar2 lain mula mengerti , teman mereka itu berbeza. Dan kerana itu , guru mereka lebih sayang padanya.
Erm... aku tak ingat dah dari mana aku dapat cerita ni..aku baca kat somewhere... smoga kita berusaha menjaga apa-apa yang patut kita jaga walaupun takde orang kat situ. Kita kena ingat Allah Maha Melihat, Maha Mendengar. kan???? hehe.. ingatan untuk diri aku sendiri jugak... =D ok... jumpa nanti ... daaaaa....~~~ assalamualaikum. =)
No comments:
Post a Comment