Tuesday, March 1, 2011

Nasihat buat Ain

Wahai Ain , jom cuba usaha untuk ;

  1. Jangan bersangka buruk dengan orang.
  2. Jangan judge orang lain. Kita tak tahu , mungkin dia lebih baik dalam pandangan ALLAH berbanding kita.
  3. Jangan cintakan sesuatu dengan terlampau. Dan jangan membenci sesuatu dengan melampau. Kita tak tahu , ada kalanya benda yang kita benci tu benda yang baik, benda yang kita cinta tu pulak sebaliknya.
  4. Jangan menghukum diri sendiri atas benda yang di luar kawalan kita.
  5. Sentiasa berusaha membuat kebaikan .Jangan harap balasan selain redhaNya.
  6. Jangan mempersoalkan sumbangan/keikhlasan orang lain.
  7. Sentiasa dorong diri sendiri dan orang lain kalau tak dapat buat sesuatu.
  8. Jangan cuba2 memikirkan sesuatu yang diluar batasan. Sesungguhnya , ada perkara yang takkan mampu dicerna oleh akal. Semuanya rahsia ALLAH.
  9. Jangan lupa , ALLAH sentiasa ada. Dan jangan sombong. Berdoalah.
  10. Jangan pernah rasa yang kita lebih baik dari orang lain.
  11. Jangan lupa , mati itu pasti.

ok Ain.. =) assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment