Thursday, April 21, 2011

3 perkara yang menggembirakan hari ini #1 (This is dedicated to Aimi Syahidah)

Bagaimana kita hendak merasa hidup sekiranya kita tidak mencintai kehidupan... =) --> ayat poyo aku.. heeee... tp aku rasa betul gak kot...


  1. Aku gi naik sesuatu yang putih ke tempat kerja ari ni.. =)
  2. Aku gi pasar malam... heeeee... proses yang aku suka... =)
  3. aku siapkan kerja.. =) brochure and wordsearch..

ok... untuk tidak membazirkan waktu kita bersama , apa kata korang cekitaut ayat di bawah ni..
“Dan (ingatkanlah mereka) hari yang akan dibawa orang-orang kafir ke neraka (dan dikata), ‘Kami telah habiskan bahagian kamu yang baik di dalam penghidupan dunia. Dan kamu telah bersuka-sukaan dengannya. Maka pada hari ini kamu akan dibalas dengan azab yang keji lantaran kamu pernah berlaku sombong di dunia secara tidak benar dan lantaran kamu telah melewati batas”. (Surah Ahqaaf, ayat 20).

Ya Allah ya Tuhanku , lindungilah aku dari sifat sombong dan melampaui batas.Dan lindungilah aku dari melakukan sesuatu dengan niat yang jahat dan tidak ikhlas. Ya Allah, ampunkanlah dosaku yang aku lakukan dengan sengaja mahupun tidak sengaja.amin...

Hanya kepada ALLAH kita dapat berserah dan berlindung. Risau dengan keadaan hati sendiri yang terumbang ambing. huhuhuu


Esok aku nak :
  1. sambung buat kerja
  2. menjadi hamba yang taat dan melaksanakan tanggunggjawab
  3. berbuat baik sesama manusia
InsyaALLAH... Matikanlah aku dalam keadaan aku beriman kepada Mu ya ALLAH. wassalam..









1 comment:

  1. HAHAH.tajuk xmenahan. terus dedicated. GOOD JOB. suke lah petikan surah tu....InsyaAllah..

    ReplyDelete