Saturday, June 4, 2011

My car...

Assalamualaikum w.b.t kawan2 , the dodadidodies sekalian.Terima kasih kerana masih mengikuti blog saya ni walaupun agak sarat dengan mesej emo kebelakangan ni. Al-maklumlah , orang yang meningkat dewasa.. kih3..
Sebenarnya dah lama jugaklah tak bercerita ni kan. Memang selalu update blog, tapi pastinya post2 yang 'dalaman' yang memerlukan tenaga dalaman EXTRA untuk menghadam isinya. Herm , mungkinkan para pembaca sudah kurang berat badan gara-gara membaca blog hamba ini? owh Mana mungkin. Anda semua gembira dengan kehidupan anda, dan saya di sini pun turut gembira dengan kegembiraan anda itu. =) Itu anda kena tahu..wink2 =DDD

Ok.. Entri kali ini adalah mengenai kereta baru saya. Viva Elite 1.0 Manual Putih. Kereta ini saya pilih kerana saya rasa ianya sesuai dengan kemampuan saya sekarang dan sememangnya dari zaman pengajian saya lagi saya berkenan dengan Viva. Ini gara-gara kawan saya , Nur Afiqah selalu menumpangkan saya ke kuliah menaiki Vivanya yang bernama Taufiq (atau nama manjanya QiQi) dan juga merasa sendiri pengalaman memandu kereta tuan supervisor saya , Encik Syahrulikram yang begitu Elite itu. Semenjak dari itu , saya memasang angan-angan untuk memiliki Viva Manual Putih. Tapi bukanlah begitu berangan-angan, cuma imbasan2 'mental picture' bak kata orang putih.

Tanggal 20 April , kereta yang ditempah sudah ada di depan mata. Ada sedikit parut di sebelah kanan bumper hadapan kereta. Defect dari kilang katanya. Saya menerima seadanya. (Penyemburan semula cat adalah percuma , tetapi saya belum menguruskannya lagi.. huhuhu). Nanti lah ye Kahlil. Sabar...

Oh ya... nama kereta saya Khalil, nama panggilannya, Kahlil.(Senang nak sebut) Memang asyik kena gelak je nama dia. Kahlil, sebab macam ala-ala kuno dan out dated kot. Adik saya , cik Aina ketawa kerana namanya seperti anak seorang pakcik di kampung saya. Kahlil. Hehe.. tapi saya tak kisah. Masa pilih-pilih nama dulu , ada beberapa nama yang keluar dari otak saya, antaranya Ikhwan. Tetapi , Ikhwan tu nama senior saya di universiti, maka harusnya saya cancel saja hajat itu.Bimbang terpaksa melunaskan bayaran royalti kerana menggunakan nama beliau.huhuhu.takde duit.

Kenapa Khalil ? Khalil itu maksudnya teman atau sahabat. Sahaja saya namakan kereta saya itu Khalil , sempena memperingati teman2 dan satu apresiasi saya terhadap teman-teman. Selama di perantauan menimba ilmu, jauh dari keluarga , teman-temanlah yang banyak mengisi hidup saya, mengharungi susah senang bersama , menjadikan sunyi dan sepi itu tidak menjejaskan sedikitpun kelansungan hidup seorang saya. Sebab yang kedua ialah saya teringat kepada seorang sasterawan Islam. Namanya Kahlil Gibran. Saya pun tidak begitu arif mengenai Kahlil Gibran . Saya mengenali namanya ketika di tingkatan 3.Seorang guru pendidikan Islam, ustaz Faizul namanya, menghadiahkan saya sebentuk rantai kunci dengan hiasan dan petikan kata-kata dari Kahlil Gibran . Ini gara-gara saya telah memperoleh markah yang boleh dikatakan tinggi untuk subjek itu.

Ini antara kata-kata yang menarik dari Kahlil Gibran :
"But let there be spaces in your togetherness and let the winds of the heavens dance between you. Love one another but make not a bond of love: let it rather be a moving sea between the shores of your souls.”

haaaa.... begitulah Kahlil Gibran, nanti para dodadidodi bolehlah meng'google' mengenainya.ok.. =)

Herm.. begitulah kisahnya kereta saya. Semenjak memilikinya, kehidupan saya bertambah baik.Saya bisa berjalan-jalan di waktu-waktu yang saya mahukan. =) Saya berharap saya dapat menjaga Khalil dengan baik dan sewajarnya. Saya sayang kereta saya.
Little Khalil yang agak kacak di mata saya..Semoga sihat selalu hendaknya... mmmmuuaaahh... sayang Khalil! =D

ok.. Ini sahaja untuk entri kali ini. Sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan anda semua.. Love peace no war. Makan sayur banyak sikit.










No comments:

Post a Comment