Hari ni aku ke sekolah kubang kerian 3.Aku buat thesis kat situ.Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dari hari pertama lagi. walaupun proses menunggu tetap ada .. biasalah tu kan.. aku anggap menunggu itu boleh melatihku untuk bertenang dan bersabar.insyaAllah..
Menariknya kat sekolah ini ialah warga guru.Dari kecik aku minat betul ngan cikgu. kalau cikgu je aku minat. kalau minat je aku cikgu.memang minat giler laa... semua cikgu aku suka.. entah2 cikgu pun tau aku minat kat diorang.. malu.. hehe... memang btol.. minat kat cikgu boleh buat kita minat kat subjek tu dan kita insyaAllah akan excel..(aku xdelah excel pun.. hik3)
tadi alhamdulillah.. sehari jugak duduk kat bilik guru.. berjumpa dengan guru2 ni memang seronok. Pattern guru2 yang aku nampak dan aku terkenang dengan cikgu2 lama aku.. rasa nak nangis je sob sob sob... rindu woo.. cikgu ni secara umum menerusi yang aku tengok ialah orang yang gemar membantu , penyayang , ramah mesra , berjiwa pendidik , lemah lembut dan menghormati orang lain . Cikgu membetulkan yang salah , memberi input moral pada anak didik.Cikgu adalah role model juga pakar motivasi pada anak didiknya. Menjaga satu kelas yang ada >30 lebih orang .. bukan mudah.. dengan perangai yang bermacam2.. jumpa pulak dalam seminggu 5 hari.. haah.. Naah.. sapa yang dapat pertikaikan jasa seorang guru. Usman Awang dalam puisinya "Guru oh Guru " menyatakan betapa berjasanya guru.
Cukup puas aku duduk dalam kalangan guru pada hari ini tadi.. duduk je pun takpe.. tengok cikgu dalam bilik guru.. greatest view. =) alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment