Friday, January 22, 2010

ada sapa2 jumpa org ni x??

orang ni dah lama dah aku tak jumpa.. erm 4 tahun kot.. masa matrix ada laa contact sikit2. tp semenjak masuk usm ni.. terus tak contact dia.. herm.... eh kalau korang jumpa orang macam aku mention kat bawah ni, korang inform aku k.. ni yang seiingat aku dia punya sifat2..

1. hidup gembira bersama keluarga dan kawan2

2. bukanlah budak pandai sangat pun tapi sangat suka akan ilmu pengetahuan

3. budak yang sayang kat cikgu2 dan hormat serta menurut kata cikgu yang dia sayang je laah.. cikgu yang dia tak sayang dia kdang2 join make fun bout cikgu tu.. hek3

4. budak yang berkawan ngan sapa2 jer .. tak kisahlaa.. masuk je..geng nakal,geng alim, geng suku2.. semuanya kawan.. tp kalau ada orang yang isolated dia taklah gi kawan sangat ngan orang tu.. hik3

5. bukan seorang yang kemas dan bersih.. hehe

6. seorang yang jujur dari segi pakai barang orang , tp kadang2 dia tipu masa bercakap..

7. suka tolong makcik library dan kakak koperasi menjual makanan kat blok hostel... ingat lagi
tajuk barang dagangan dia - "nasi lemak erra fazira dan nasi ayam nasha aziz". sukati dia je ..
bukan nak bayar royalti kat artis2 tu..

8. suka kalau orang gelak.. hehehe

9. ngan mak ayah dia , degil jugak budak ni.. macam nak sekeh2 je..

10. tak kisah dengan barang ... slogan membeli barang beliau ialah kuantiti , bukan kualiti... kalau dapat yang murah.. contohnye walkman.. ada yang harga rm50 dengan sony yang rm15o.. dia beli yang rm 50.. memang tak kesah cool ke tak.. yang penting masa dia decide nak beli yang rm50 tu dia ingat dia tanak susahkan mak ayah dia..erm.. pen, kalau canggih pun tak menarik perhatian dia..

11. yakin dengan apa yang dia buat.

12. bila berkawan .. dia tak kutuk kat belakang.. sebab tu dia suka berkawan... supaya tak payah kutuk orang kat belakang...

13. suka mendengar..

14. kadang2 hipokrit

15. jarang puji orang.. tp bila dia puji tu memang dia maksudkan... ikhlas dari hati..

16. tak mudah terpikat dengan mana2 orang semata2 sebab muka jer..hik3

17. suka melepak di samping berbual2 pasal ilmu.. bagi dia berkongsi ilmu akan membuat seseorang itu berjaya sebab cikgu dia selalu nasihat kat dia orang yang memberi ilmu bukan makin bodoh.. tp makin bijak..

18. suka tido dalam kelas... tapi masa cikgu yang bosan mengajar dia bangun pulak.. contradict dengan budak2 lain.. dia rasa kena bangun sebab nanti cikgu dia takde org nak bagi respon pulak.. so dia pun bangun..

19.sangat tidak pengemas pada zahir nya dan tak pandai bergaya

20.tak suka gaduh dan suka sangat keadaan aman dan ceria...

21.suka buat experiment(bukan yang lab punyer,tp yang sendiri punye .contohnya: cuci muka guna colgate.. gila ape?)

22.suka berangan2 .. panjang aje angan2.. hek3

23.suka bergembira dengan perkara2 kecik dan tidak bersifat material..

24. sentiasa positif.. tak kesahla kalau kena marah pun... sentiasa baik sangka dengan org yang marah dia..

25.nampak macam dia tak pernah stress.. nampaknye lah... tp tak tau pulak kat dalam ati dia caner..

26. bukan budak yang warak sangat. tp suka mendengar hal2 agama.

27. dan aku paling suka yang dia ni orangnye bersederhana dalam semua hal..

erm.. tu jelah kot .. rindu sangat kat orang ni.. dan aku berjanji.. aku akan carik dia balik.. sebab aku sangat rindukan dia...dan aku rasa dialah orang yang aku cari selama ni.InsyaAllah .. aku akan cuba sikit2.. carik benang2 halus tuk sampai kat dia..bukan mudah.. tp i do believe that Allah is by my side if my intention is good.. insyaAllah.. =)

buat kamu.. i miss you.. come back.. =)

No comments:

Post a Comment