erm.. masa tu tertengok satu buku ni. tajuknya Rabiatul Adawiyah dan Cinta. Aku pun belek buku tu.. baca sinopsisnya. aku sangat kagum dengan wanita ini. Dia beroleh gelaran wali ALLAH.. Subhanallah... hidupnya sentiasa dipenuhi dengan ibadah. Pada waktu siang dipenuhi dengan berpuasa dan majlis-majlis ilmu , pada waktu malam pula dengan solat tahajud dan bermunajat kepada ALLAH.
Rabiatul Adawiyah ini hidupnya sangat zuhud.. Beliau cuma makan sedikit ketika berbuka, kalau tak silap cuma dengan sekeping roti.. herm.. Beliau tidak memiliki harta dunia. Tapi masih ada juga yang berfikir bahawa di rumah Rabiatul Adawiyah itu ada harta yang tersembunyi. Di tengah2 malam gelap , ketika Rabiatul Adawiyah sedang bermunajat kepada yang Maha Pencipta , seseorang lelaki telah memecah masuk rumahnya dan mencari harta. Namun bila didapati tiada apa2.. sang pencuri pun bergerak mahu meninggalkan rumah tersebut.
Rabiatul Adawiyah lantas berkata " Jangan kau keluar dari rumah ini kecuali kamu sudah mengambil sesuatu"
Pencuri itu pun berkata " Tidak ada apa2 yang boleh aku ambil dari sini"
Rabiatul Adawiyah membalas " Ambillah kendi itu dan pergilah berwuduk"
Sementara itu Rabiatul Adawiyah solat lalu mendoakan lelaki tersebut.
Lelaki tersebut insaf lalu bertaubat kepada ALLAH.
Begitulah alkisahnya Rabiatul Adawiyah dan pencuri.. wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment