wohoo.... assalamualaikum.. =D
Status kehidupan aku sekarang : senak perut sebab xsiap thesis lagi... wohoo.. aku rasa semua org lain daa anta.. aku??? ngeh3... aku kena study lagi journal dengan lebih kukuh!! chaiyoo aku!!
chaiyo tak chaiyo jugak...Dua tiga hari ni aku berasa sedih sedikit .. so sob sob.. aku perasan.. Bila aku sedih kebetulan jugak orang2 kat sekeliling aku mengalami perkara yang agak sedih dan stressful dalam hidup diorang..time tu jugaklah dorang nak sedey... hik3.. Aku pun tak pasti kenapa.. tapi begitulah. Sama gak bila aku happy , banyak perkara happy yang berlaku dalam kehidupan orang kat sekeliling aku..memang gembira abislaa.. senyum macam matahari... =p ... ini kes yang dodadidodi ni.. Jangan main2... Agak wow kan??
Dan ada kalanya aku rasa sorang. Seorang diri.Takde sapa-sapa. Yup.. bila difikirkan balik sebenarnya kita ini memang seorang. Hujan ke ribut ke dalam hidup kita, hanya kita yang tanggung dan faham.. sebab orang lain pun ada hujan dan ribut dalam hidup diorangkan? Masa tu baru aku teringat yang aku cuma ada ALLAH, yang sentiasa ada bersama.Tak pernah tinggalkan aku. Cuma kadang-kadang tu aku yang pergi ke tempat yang jauh daripada-Nya.. Astaghfirullah al 'azim..
Kawan-kawan , sanak saudara, ibu bapa semuanya datang dan pergi kerana urusan masing-masing. Bukan sentiasa ada.Memang ini lumrahnya kehidupan.. Teringat kata cik Linda (bukan nama sebenar) " Dalam Quran pun dah kata , solat dan sabar.. solat dan sabar.. kita solat kita sabar... tu resepi kehidupan.." Betul kata beliau.. thanx cik Linda.. aku menyayangimu.. =)
So kawan-kawan.. bertahanlah dalam sesuatu keadaan .. teruk susah sakit , kuatkan hati... insyaALLAH dalam keselamatan dan dilindungi-Nya.. Amin..
No comments:
Post a Comment