Saturday, April 17, 2010

di kala aku teringat~~~

haa.. ni alang2 aku teringat.. salah satu kisah yang rasanya cikgu sahar yang ceritakan masa kat surau..Aku tertarik ngan cerita dia.. Aku tak ingat kisahnya berlaku pada zaman nabi mana.. tapi yang paling dekat dalam otak aku ni ialah pada zaman nabi Musa a.s.


Pada ketika itu ada seorang yang sangat2 miskin .. memang miskin abis laah.. Dia jumpa Nabi masa tu.. dia mengadu .. "Ya Nabi , bagaimanakah caranya untuk aku bebas dari kemiskinan aku ni.. Macammana supaya aku boleh jadi kaya?" tanya si miskin ini...
lalu Nabi pun menjawab " Kamu bersyukurlah kepada ALLAH. "

lantas si miskin pun berkata " bagaimanakah aku hendak bersyukur sedangkan aku betul2 miskin... " (lebih kurang dia nak cakap yang dia ni terlalu miskin sampai dia tak boleh nak bersyukur laa.. takde benda yang hendak dia syukurkan) Lalu dia pun pergi berlalu....


Kemudian datang pulak si Kaya .. bertanyakan kepada Nabi tentang bagaimana caranya supaya hartanya tidak bertambah kerana dia takut dia akan lupakan ALLAH kerana harta yang melimpah ruah.. Nabi pun berkata " Berhentilah bersyukur" org kaya itu pun berkata "Bagaimana harus aku berhenti bersyukur.. sedangkan ALLAH telah memberikan kekayaan kepadaku??" ... lantas dia pun berlalu


Beberapa hari kemudian , Nabi telah berjumpa semula dengan kedua-dua orang tadi... jeng jeng jeng... Keadaanya , yang kaya bertambah kaya , yang miskin bertambah miskin...

So moral of the story,.. bersyukurlah kepada ALLAH..... bila kita bersyukur... kita akan merasa cukup apa yang ada.. dan yang paling penting sekali.. ALLAH akan meredhai kita.. insyaALLAH.. semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur... amin.. =D

No comments:

Post a Comment