Sunday, April 18, 2010

penipuan.. just hati2

haa.. tadi siang aku dapat sms dari satu no ni .. bunyi nya macam ni..

"Tahniah. Sim Pack anda medptr10000 dari COCA COLA .. di TV3 jam 2330 malam.. Please Calls < haaa... salah grammar kat situ, skati2 letak 's'> Office : 014 - xxx xxxxx" .. hak3... sampai 3 haaa.. hantar.. menyungguh nye...

pada aku ketika itu.. aku rasa dia ni menipu laa.. sebab apa?

1. dia pakai no biasa and dia suruh kol office dia.. kalau dia kaya sangat nak bagi rm10000 tu .. takkan laaa office dia takde telefon.. senang2 dia telefon je aku terus guna telefon syarikat dia yang konon kaya tu.. kan?? tol tak..

2. cuba korang tengok mesej dia macam kat atas ni.. siap salah eja.. salah grammar.. org yang terburu2 je boleh tertipu.. haih~~ macam2 dunia ni...

3. Macamane satu2 syarikat tu nak saje2 pilih pemenang tanpa kita bagi faedah apa2 kat dorang.. haih~~ tak logik..


pastu aku pun search kat internet... bukan aku sorang... Menteri pun dapat.. haha... so.. kawan2.. just hati2 ek.. jangan tamak2.. rm10000 tu banyak... tp tu lah.. tipu kan.. hek3.. =).. salam.. =D

Saturday, April 17, 2010

di kala aku teringat~~~

haa.. ni alang2 aku teringat.. salah satu kisah yang rasanya cikgu sahar yang ceritakan masa kat surau..Aku tertarik ngan cerita dia.. Aku tak ingat kisahnya berlaku pada zaman nabi mana.. tapi yang paling dekat dalam otak aku ni ialah pada zaman nabi Musa a.s.


Pada ketika itu ada seorang yang sangat2 miskin .. memang miskin abis laah.. Dia jumpa Nabi masa tu.. dia mengadu .. "Ya Nabi , bagaimanakah caranya untuk aku bebas dari kemiskinan aku ni.. Macammana supaya aku boleh jadi kaya?" tanya si miskin ini...
lalu Nabi pun menjawab " Kamu bersyukurlah kepada ALLAH. "

lantas si miskin pun berkata " bagaimanakah aku hendak bersyukur sedangkan aku betul2 miskin... " (lebih kurang dia nak cakap yang dia ni terlalu miskin sampai dia tak boleh nak bersyukur laa.. takde benda yang hendak dia syukurkan) Lalu dia pun pergi berlalu....


Kemudian datang pulak si Kaya .. bertanyakan kepada Nabi tentang bagaimana caranya supaya hartanya tidak bertambah kerana dia takut dia akan lupakan ALLAH kerana harta yang melimpah ruah.. Nabi pun berkata " Berhentilah bersyukur" org kaya itu pun berkata "Bagaimana harus aku berhenti bersyukur.. sedangkan ALLAH telah memberikan kekayaan kepadaku??" ... lantas dia pun berlalu


Beberapa hari kemudian , Nabi telah berjumpa semula dengan kedua-dua orang tadi... jeng jeng jeng... Keadaanya , yang kaya bertambah kaya , yang miskin bertambah miskin...

So moral of the story,.. bersyukurlah kepada ALLAH..... bila kita bersyukur... kita akan merasa cukup apa yang ada.. dan yang paling penting sekali.. ALLAH akan meredhai kita.. insyaALLAH.. semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur... amin.. =D

Friday, April 16, 2010

yang terindah

kau yang memberi rasa
kau yang bernama cinta
kau yang ilhamkan bahagia
membuatku rasa indah~~

lagu ost adamaya.. actually aku xlayan crita ni.. almaklumlah crita bersiri.. sekda masa.. hehe.. erm tp aku tertarik dgn lagunya.. lagu ni lagu yang sama utk crita im not single.. in fact , cerita bersiri ini pun adapted from the film.. tp film tu lisa & farid kamil & awal.. yang bersiri heroin y sama , sein ruffedge and faizal ke apa ke faisal ke.. .. herm.. lagu yang lama aku cari akhirnya sudah dapat didownload lewat malam semalam..


Erm..... Kadang2 orang tertanya2.. Kenapa tak bahagia? Kenapa tak rasa tenang ? Kenapa rasa tak tenteram.. herm.. macam aku pun .. Selalu gak dilanda persoalan yang sama.. Kalau tgk previous post pun byk yang macam berperang dalaman.. hik3.. Baca balik pun rasa lucu.. Tp , pada aku , bila aku selidik balik.. rupa2nya aku telah menzalimi diri sendiri.. huhu macam ganas je phrase tu.. biar aku kasik clear..

Zalim ialah lawan kepada perkataan adil. Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya... Jadi , zalim itu??? haa vise versa lah kan.. erm.. ok .. dalam kes aku , aku telah berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara.. haaa..perkara apa?? haaa yang tu kita tak tahu... hehe.. itu biarlah rahsia..

Dan yang penting sekali aku telah meletakkan hati aku kat bukan tempat yang sepatutnya.. jadi secara aku tak sedar, aku dah melakukan kezaliman kat situ terhadap hati aku sendiri.. Dan bila akhirnya aku pun terluka , tersangkut hati aku kat paku2 tepi dinding .. koyak .. zaaapp... .. sakit woooo!!!aduinaaa...

Tapi Alhamdulillah.. kali ini, aku cepat2 berdoa , berdoa kepada ALLAH supaya aku tak rasa sakit sangat.. and try untuk carik salah aku sendiri kat mana.... Dan memang benarlah Firman ALLAH :

"Ingatlah ,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d,ayat 28)

Aku tulis ni supaya next time aku rasa benda macam2 ni , aku tau aku nak buat apa.. insyaALLAH. Hati kita ni tempat yang sebetulnya ialah disisi ALLAH.. kalau kita jauh.. kita rasa derita sangat.. bila kita dekat , kita akan rasa aman damai..
Dulu aku selalu dengar tp tak paham sangat kenapa orang cakap cinta kepada ALLAH itu yang utama. Tapi sekarang.... Alhamdulillah.. aku mula rasakan sendiri.. Semoga kita sentiasa berada dalam kasih sayangNya dan diberi keizinan untuk bertemu denganNya di akhirat kelak...

So , kawan-kawan , yang rasa sakit ke kebas ke pedih ke kat hati tu.. cepat2lah kita
mintak tolong kat Doktor yang Maha Pakar .. mana lagi yang lebih Pakar , Dia yang cipta kita.. bukan sekadar jasad je.. tapi juga roh kita ni.. haa.. jangan sombong ye Ain... kita manusia yang limited.... wallahua'alam..

Thursday, April 15, 2010

i thought i lose you.....

assalamualaikum.. wink3... =)

It's been a while since the last entry isn't it.. yeah... my life is a beautiful mess lately.. =))

Something had happened in my life. Something that used to happen before.
I thought i lose someone... and the inner war started again.But this time , the battle is not the same.Used different strategy. I won't be the defeated party again and Alhamdulillah..Nothing can challenge the help from ALLAH.. I guess I have won the battle against myself...yes myself. Now that I realized that the main target is me myself. The war within.. I'm grateful and thankful to ALLAH , Master of the Universe.

I thought I lose you but I'm wrong.. I found a better me instead..

=) Alhamdulillah.. Oh ALLAH , Don't let me go astray... amin..

Wednesday, April 7, 2010

cuak~~

wohoo.... assalamualaikum.. =D

Status kehidupan aku sekarang : senak perut sebab xsiap thesis lagi... wohoo.. aku rasa semua org lain daa anta.. aku??? ngeh3... aku kena study lagi journal dengan lebih kukuh!! chaiyoo aku!!

chaiyo tak chaiyo jugak...Dua tiga hari ni aku berasa sedih sedikit .. so sob sob.. aku perasan.. Bila aku sedih kebetulan jugak orang2 kat sekeliling aku mengalami perkara yang agak sedih dan stressful dalam hidup diorang..time tu jugaklah dorang nak sedey... hik3.. Aku pun tak pasti kenapa.. tapi begitulah. Sama gak bila aku happy , banyak perkara happy yang berlaku dalam kehidupan orang kat sekeliling aku..memang gembira abislaa.. senyum macam matahari... =p ... ini kes yang dodadidodi ni.. Jangan main2... Agak wow kan??

Dan ada kalanya aku rasa sorang. Seorang diri.Takde sapa-sapa. Yup.. bila difikirkan balik sebenarnya kita ini memang seorang. Hujan ke ribut ke dalam hidup kita, hanya kita yang tanggung dan faham.. sebab orang lain pun ada hujan dan ribut dalam hidup diorangkan? Masa tu baru aku teringat yang aku cuma ada ALLAH, yang sentiasa ada bersama.Tak pernah tinggalkan aku. Cuma kadang-kadang tu aku yang pergi ke tempat yang jauh daripada-Nya.. Astaghfirullah al 'azim..

Kawan-kawan , sanak saudara, ibu bapa semuanya datang dan pergi kerana urusan masing-masing. Bukan sentiasa ada.Memang ini lumrahnya kehidupan.. Teringat kata cik Linda (bukan nama sebenar) " Dalam Quran pun dah kata , solat dan sabar.. solat dan sabar.. kita solat kita sabar... tu resepi kehidupan.." Betul kata beliau.. thanx cik Linda.. aku menyayangimu.. =)

So kawan-kawan.. bertahanlah dalam sesuatu keadaan .. teruk susah sakit , kuatkan hati... insyaALLAH dalam keselamatan dan dilindungi-Nya.. Amin..

Tuesday, April 6, 2010

sekadar berkongsi... wallahu'alam.. =)

Salah satu bacaan yg terbaik dan disyorkan utk membacanya bg sesiapa yg x pernah lg membacanya. Moga ia menjadi teladan kepada kita semua, insyaAllah....


لاٳله ٳلا أنت سبحانك ٳني كنت من الظالمين

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di
Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah
berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain
belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia
berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan
harapa semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di
Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung
tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula dia
keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi
permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu
bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan
lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat
kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku
harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari
tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap
tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku
minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah
pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu
bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang
terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan
kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya
untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda
Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda
harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata,
"Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya,
"Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang
tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima
yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu
yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang
tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang
dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta
namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun
Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa
ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu,
siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah
yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan
kepada Allah.

Setelah membaca "Bismillah.. ." dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,
"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika
Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika
menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.
berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang
tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit.
Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas
(kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi
Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik,
katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t.
berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali
lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya,
lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu
memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu
Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai
menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara
Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,
sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat
barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan
terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan
ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api
ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t.
berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab
dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul
Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya
Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum
wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,
setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran
matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah
Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam
hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim
tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan
niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan
ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu
terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba
mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan
semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut
kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama
Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka
dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

Wallahualam..


Sumber: www.muslimah.com.my

kisah rabiatul adawiyah dan pencuri

erm.. masa tu tertengok satu buku ni. tajuknya Rabiatul Adawiyah dan Cinta. Aku pun belek buku tu.. baca sinopsisnya. aku sangat kagum dengan wanita ini. Dia beroleh gelaran wali ALLAH.. Subhanallah... hidupnya sentiasa dipenuhi dengan ibadah. Pada waktu siang dipenuhi dengan berpuasa dan majlis-majlis ilmu , pada waktu malam pula dengan solat tahajud dan bermunajat kepada ALLAH.
Rabiatul Adawiyah ini hidupnya sangat zuhud.. Beliau cuma makan sedikit ketika berbuka, kalau tak silap cuma dengan sekeping roti.. herm.. Beliau tidak memiliki harta dunia. Tapi masih ada juga yang berfikir bahawa di rumah Rabiatul Adawiyah itu ada harta yang tersembunyi. Di tengah2 malam gelap , ketika Rabiatul Adawiyah sedang bermunajat kepada yang Maha Pencipta , seseorang lelaki telah memecah masuk rumahnya dan mencari harta. Namun bila didapati tiada apa2.. sang pencuri pun bergerak mahu meninggalkan rumah tersebut.

Rabiatul Adawiyah lantas berkata " Jangan kau keluar dari rumah ini kecuali kamu sudah mengambil sesuatu"
Pencuri itu pun berkata " Tidak ada apa2 yang boleh aku ambil dari sini"
Rabiatul Adawiyah membalas " Ambillah kendi itu dan pergilah berwuduk"
Sementara itu Rabiatul Adawiyah solat lalu mendoakan lelaki tersebut.
Lelaki tersebut insaf lalu bertaubat kepada ALLAH.

Begitulah alkisahnya Rabiatul Adawiyah dan pencuri.. wallahu'alam..

penjunjung namaku..

ayahku..
terlalu menyayangi aku
mendedikasikan hidupnya kepadaku
dan ibu
sentiasa ada bersama
walau serendah mana aku
dia tetap menjunjung namaku..
(KRU , penjunjung namaku)
Aduhai... apa agik ku maok.. parents yang very supportive and loving unconditionally.. Alhamdulillah..

Monday, April 5, 2010

yang sedang2 saja.. =D

Apakah ciri2 pasangan hidup anda?
Result: sempoi, sederhana, kental
psngn anda amat sederhana, tidak mementingkan paras rupa, menerima anda seadanya.dia akan memastikan anda sentiasa gembira dan bahagia di sampingnya dan akan memberi yang terbaik untk anda dan keluarga.

insyaALLAH... =D

lup dup

jangan dilayan perasaan itu
langkah kau akan kaku
umpama tersimpul pada batu
kuat jiwa ragamu
tangkis nafsu fikiran jahatmu
nafasmu jangan terbazir ke situ

wahai hati yang muda
jangan biar cinta palsu meluka
jangan terabai cinta Yang Esa
nanti jiwa merana
meragut segala tenaga
mencantas segala rencana

langkah ke kiri berteman
langkah ke kanan berkawan
kemudi akal jangan di henti
bersatu dengan redha Ilahi...

Thursday, April 1, 2010

Modesty

It's Friday again. Alhamdulillah. Ya Nabi Salam 'alaik. In this beautiful Friday , i would like to share what i read about the modesty. The true meaning of modesty. It was not define by words by our beloved Prophet Muhammad but by his act. I took this from the book " From The Stage To The Prayer Mat " , written by Rabia Christine Brodbeck .

~~Modesty ~~
Nothing touches our hearts more profoundly than our blessed Prophet's exemplary humbleness! It is the inner treasury of pure modesty which makes all followers shedding tears of love , admiration, bewilderment.
God gave him all divine wisdom but very often , he simply prayed to his Lord :
God, give me more knowledge.
He was an unlettered Prophet but all people learned from him. He slept on a mattress of straw, but he was the prince of the universe. He put himself in rows with ordinary people , but he carried all the wealth of his Lord in his breast. All creation praises on him but he called himself only God's servant. He reached the highest of the ascent, the indescribable 'nearer', the reunion with his Lord , and then descended to the lowest level of human evolution, to teach the perfection of Shariah, and he shared his life with the needy and poor. God wished to give him all of paradise but he wished only for his community.
During the battle of Uhud, his companions requested the Prophet to invoke God's curse on the enemy. Although his face was bleeding , he prayed for forgiveness :
Oh God , forgive my people for they do not know.
He is the praiseworthy, but he prayed countless nights to his Lord until his feet were swollen. God created him in the greatest purity , but every day he recited one hundred 'Astaghfirullah,' saying, ' I seek forgiveness from God.' In betweenevery recitation, he contemplated his nothingness and his baseness . As the seal and the chief among other Prophets, he simply said :
I am just the last brick, which finishes the wall.
He leads Humanity to God's light , but cleaned up his neighbour's dirt in front of his own door.He is the chief of all the Prophets , but his humility is infinite.
God named him as His beloved , but he insisted on the company of the needy and the poor.
His slavehood was without measure , but God exalted his name beside His Own.He is the reason for creation, but attributed nothing to himself.He was the supreme head , the chief of the Imams. but he worked as an ordinary man.
How can our blessed Prophet not be the master in conquering all of our hearts? Our blessed master's home is in the heart of every truthful believer.
~~~~~~~~~~~~~
p/s : salawat & salam upon prophet Muhammad Rasulullah.