- Family - mesti... ko nak hidup gembira caner kalau tader keluarga.at leastkeluarga angkat ke...
- Friends -mestiiii... berkawan kan bagus.. kawan sumber motivasi. =)
- Food- hihihiihi...
- Fun - ye lah... buat2laa fun stuff.. baru enjoy..
haa dan itu dulu.. ye.. benar. Itulah kebahagiaan aku. My happiness and satu perkara yang aku rasa benar sehingga ke hari ini ialah kita akan rasa gembira kalau kita sayang kat orang lain.Sayang kat orang lain tanpa ada syarat mahupun niat di sebaliknya. takde udang di sebalik batu ye.. nak udang carik kat pasar.. No.. No... herm... Sayang kat orang lain tanpa mengharap balasan apa pun dari orang itu.Mencintai , menyayangi dan mengasihi supaya mendapat redha ALLAH.
Kalau kita sayang kat orang tu dengan harapan orang tu sayang kat kita balik atau ada niat lain dalam hati , kita telah meletakkan satu expectation.Dan bila sesuatu expectation itu tidak dipenuhi.. maka kita akan kecewa and that might keep us astray from the happiness. the goal for the session is not achieve.... maka kecewalah kita.. merana..aduh .. hatiku sakit and so on... her.. Sebab tu , aku ingatkan diri aku sendiri supaya sentiasa sayang dan menghargai sesiapapun yang ada di sekeliling aku.. walaupun kadang2 aku tak terdaya dan terlukakan jugak hati orang2 yang aku sayang ni.. tp aku cuba. Dan aku mohon perlindungan Allah daripada sayang yang bukan pada tempatnya dan sayang yang memudaratkan.
herm.. hidup kita ni tak semestinya gembira.. tak semestinya sempurna.Hampir semua orang tahu akan hakikat itu. Tapi berapa ramai yang percaya?? wallahualam.. aku takde statistik nak tunjuk. Tapi aku rasa aku kena belajar untuk percaya yang tu. aku kena belajar terima hakikat yang hidup tak selalunya gembira. aku kena percaya yang ada masa kita akan bersedih. tapi dalam masa yang sama aku kena tahu yang kegembiraan itu boleh diusahakan dan kesedihan tu boleh dielakkan. Dan kita boleh elakkan kesedihan dengan berdoa dan berzikir sokmo deih.. ada satu doa dalam rangkap terakhir dalam doa selepas membaca surah Yaasin memang khusus untuk menghilangkan dukacita. insyaALLAH.Kita mintak perlindungan daripada Allah dari musibah tiba dalam hidup kita kerana sekecil2 musibah ialah rasa dukacita.
hik hik hik.. dari topic happiness tu kita dah termasuk topik sayang pulak pastu ke topic doa pulak ye... herm.. ini buktinya language is dynamic!!k .. apa2 pun .. sayang korang.. semoga kita berjumpa lagi.. aku sudahi dengan satu karya seni aku..(tak halus mana .. tp seni lah jugak.. bak kata member kepada member aku , asalkan ada makna )
Aku Dan Barang-Barang Aku
aku dan barang-barang aku
aku perlu barang-barang aku
aku sayang barang-barang aku
tapi aku lasak
tapi aku kasar
kadang-kadang aku tak jaga elok
kadang-kadang aku yang buat rosak
aku terjatuhkan dari tangan
aku terhantukkan kat dinding
aku terabaikan
maafkan aku barang-barang aku
aku tak sengaja
aku manusia culas
tapi untuk sengaja aku rosakkan kamu
wahai barang-barang aku
tidak sama sekali
kerana kamu amat aku sayangi
barang-barang aku
p/s : ikutlah korang nak tafsir macam mana.. mungkin ada hati yang tertanya "adakah aku cuma barang di mata Ain" atau " ko samakan aku dengan barang ye Ain " atau " haih~~... cakap sayang... tapi tak pandai jaga" atau " orang ni memang sayang kat harta sendiri sampai siap tulis sajak lagi" ... hehe... semoga berjaya!! =D
No comments:
Post a Comment