alhamdulillah... sekarang kehidupan terasa lebih tenang dan makin terisi.. keserabutan , ketidakpastian semuanya smakin pudar.. apa yang aku belajar dari semua ni ialah betapa ikhlas dalam sesuatu itu penting.bukan material yang menjadi ukuran.yang penting adalah dari sisi hati yang mana kita memberi.. aku akui.. mungkin semuanya berpunca dari sikap materialistik yang tidak kita sedari wujudnya.. memberi dari kebendaan.. cuba membahagiakan insan2 lain dengan kebendaan.. cuba membahagiakan diri dengan kebendaan.. yang akhirnya memakan diri..
bila kita memberi sesuatu atau menerima sesuatu, janganlah pandang pada benda nya.. jangan pandang pada nilai harganya , rupa bentuknya . takut nanti kalau elok , kita mudah dihinggap api2 takabur dan riak pada sang pemberi dan nyalaan2 tamak pada sang penerima .dan kiranya kurang elok nanti , sang penerima akan diterjah arus kurang bersyukur dan sang pemberi akan merasa rendah diri.Tapi bila kita tidak melihat aspek itu , insyaAllah... sang pemberi akan merasakan kegembiraan yang begitu mendamaikan kerana Ikhlas dalam memberi.. Sang Penerima pula akan merasakan bersyukur dalam menerima pemberian tersebut.dan dengan itu hati kedua2 insan ini akan bertaut lebih akrab.. bukan kerana benda yang diberi atau benda yang diterima tetapi kerana pemberian itu sendiri..sesuatu yang batin , yang tersirat, yang lebih mendalam.
sekiranya kita ikhlas dalam memberi , insyaAllah ... jiwa kita akan menjadi lebih tenteram.Ingatlah.. semuanya milik Allah.. semuanya pinjaman. Apa yang kita ada,kesihatan kita, harta kita, tenaga kita, masa kita, adalah modal yang Allah pinjamkan sementara.Ke mana kita hendak laburkan tu... itu pilihan kita.. dan sesungguhnya orang yang berurusniaga dengan Allah tidak akan rugi.Mereka ialah golongan2 yang beruntung.. semoga kita tergolong dalam golongan tersebut.. InsyaALLAH... wallahu'alam.. =)
No comments:
Post a Comment