Wednesday, September 22, 2010

selagi ada waktu..

Assalamualaikum semua...Apa khabar.Semoga sihat & bahagia hendaknya.. (^^)V Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Sekarang ini saya berada di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di bilik seorang teman lama. Esok saya akan menghadiri satu temuduga untuk jawatan pembantu pensyarah. Doakan saya.. Saya tak buat apa2 persiapan lagi tapi saya masih ada masa untuk berblog.. huhu.. Sesuatu yang agak dodadidodi.

ok .. tukar mode..kat sini aku lepak kat bilik member lama aku merangkap kawan sekolah merangkap kakak homeroom aku Cik IRASAILA SUHAILI.. menumpang kat bilik dia & jumpa member2 dia.. best sgt aku tgk dorang.. teringat zaman2 aku study dulu. Zaman hidup bersama kawan.seronok sgt. tiba2 aku rasa syahdu... huhuk sob3...

Bila aku fikir2 balik persahabatan tu memang sesuatu yang indah. Saling menopang , saling membantu, saling bercerita tentang apa yang dilalui hari tu.. Saling berbagi dan tak berkira ;aku , aku , kamu , kamu. Indahnya persahabatan.

Hari-hari berlalu dan ada saatnya kita harus berpisah. Bukan kerana disengajakan tapi kerana tadkir sudah menentukan. Jalan-jalan yang biasanya kita lalui itu kini sepi. Haluan kita sudah berbeza. Kita berjalan, berjalan dan berjalan sehingga kita sampai ke suatu destinasi yang lain.Dan kini kita hanya mampu menoleh ke belakang , melihat pada jejak-jejak yang kita lalui sebelum persimpangan perpisahan kita.Melihat pada apa yang pernah kita lalui, tempat kita ketawa ,tempat kita menangis , tempat kita berselisihan & tempat kita belajar untuk saling memahami.



Suka juga di hatiku untuk mengimbau saat pertemuan kita.Begitu misteri rahsia Ilahi.Ketika itu , kita tak dapat menjangka bahawa kita akan memiliki persahabatan seperti ini.Apapun caranyapersahabatan kita bermula , padaku , pertemuan kita itu suatu keajaiban kerana dalam berjuta-juta manusia , Allah telah menyatukan jalan hidup kita. Allah telah memilih kita untuk bersahabat.Kamu dan Aku. Kita...

Dan aku harap, bila aku melangkah lagi nanti , kita akan bertemu semula dan bercerita tentangnya. Dan jika ditakdirkan sebaliknya, pun tak mengapa.. kerana aku tahu , kau teman ku .. yang sentiasa ada di hatiku.. Dan jika aku diberi peluang untuk melihat kamu dari jauh, akan ku katakan kepada dunia dengan bangganya bahawa DIA ITU TEMANKU. Kerana kamu begitu istimewa buatku.

Terima kasih teman2 dari aku sekolah rendah sampai sekolah menengah sampai matrix sampai U sampai PLKN kerana sentiasa ada di sisi. Alhamdulillah.Bertemu dan berpisah kita kerana ALLAH. Semoga korang berjaya di dunia dan di akhirat.amin..




with love ,kaseh & sayang
-ain-

6 comments: