Wednesday, September 8, 2010

wahai nasi...

erm... hari ni hari second last puasa.. insyaALLAH lusa raya.. yeay!! raya oh yeah...hehe.. td abu yah (bukan nama sebenar) meminta aku untuk menanak nasik untuk makan malam. so aku pun bukak la bekas beras.aku ambik la beras secukupnya mengikut arahan. Aku suka bau beras. memang bes. Bau yang sedap dihidu.. beras.... erm.. bau semulajadi yang lain aku suka ialah bau rumput yang baru lepas kena potong...haaa.. tu lah antara bau2 semula jadi yang aku gemar... cuba anda hidu.. bes tak bes.. kan.. hoho...




Wahai nasi, beritahu kami rahsia kamu; bagaimana agaknya kamu boleh memikat semua orang?

Satu ketika kamu mesra dengan daging kambing varuval.Di ketika lain , kamu bergaul pula dengan daging ayam Ipoh yang empuk.

Dan pada setiap pagi, kamu tidak pernah ketinggalann untuk bersama-sama ikan bilis, sambal dan telur buat sarapan.

Di pesta kamu yang meriah, kamu sentiasa di sana meraikannya bersama-sama.

Di Hari Raya, kamu menyertai kawan-kawan kamu dan membawa kami ketupat dan lemang.

Deepavali tidak kan sama tanpa kamu yang memberi wana paling menarik untuk dijadikan kolam.

Dan di ambang Tahun Baru Cina , kamu membawa keluarga dari jauh untuk pulang.

Di Hari Gawai dan Kaamatan, kamulah punca semua orang menyambutnya!

Mungkin rahsia kamu adalah kerana kamu tidak memilih- tak kisahlah jika kami menggunakan penyepit, sudu dan garfu, atau tangan. Kamu gembira berkongsi makanan dengan kami.

Hari ini, di saat kami berkumpul bersama keluarga bagi menikmati hidangan, kami akan memikirkan aka rahmat yang dikurniakan sepanjang 53 tahun ini.

Dan kamu akan terus berada di sana, mengingatkan kami sekali lagi , tentang rahsia sebenar negara kita.

Bahawa kita semua berkongsi 1 periuk nasi- yang dipenuhi, satu demi satu, dengan pengorbanan , kerja keras dan perpaduan mereka yang hadir sebelum kita.

Dan kita semua berkongsi 1 tanggungjawab- untuk terus mengisi periuk nasi ini, bersama-sama, untuk mereka yang hadir selepas kita.


haaaa... amacam... bes tak puisi ni..erm.. bagi aku bes.. simple tapi makna mendalam... puisi ni aku jumpa dekat iklan suratkhabar sempena Hari Kemerdekaan dari Maybank. Aku rasa belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53. Negara ini akan kita jaga bersama. Jatuh dan bangun Malaysia bukan bergantung pada warganegara lain kecuali warga negara Malaysia. 446 tahun kita dijajah, 53 tahun kita merdeka.. baru 53 tahun kita beroleh kedaulatan untuk mentadbir negara sendiri. Jadi , jangan gadaikan kedaulatan semata-mata untuk kepentingan politik masing-masing.Bekerjalah untuk kebaikan bersama. Elakkan korupsi walau di mana anda berada kerana itu akan menghancurkan negara.


adios... Salam 1 Malaysia.

No comments:

Post a Comment