Akhirnya,diriku sudah selesai menjalani Program Latihan Khidmat Negara. Currently , still mengalami proses peralihan dari kem ke dunia sebenar. Umpamanya seperti ikan dalam aquarium yang hendak dilepaskan ke dalam habitat sebenar. Ia memerlukan suatu tempoh peralihan. Aku perlukan masa untuk kembali "mengeset'' otak , badan dan roh aku. huuhuhuu...
Aku rasa aku mengalami konflik identiti lagi. identiti 18 tahun dan 22 tahun.. otak dan jiwa aku rasa sengal kerana cuba memahami apa yang berlaku pada diri sendiri. erk!! aku masih dalam kekeliruan. Mungkin ini adalah suatu fasa kehidupan yang perlu dilalui.
herm.. PLKN.. apa komen aku?? takde benda sangat nak komen tapi one thing for sure.. jangan hentikan program ini. Kalau ada sapa2 nak hentikan PLKN ni , suruh dia sendiri join PLKN.. tengok caner... apa yang dipelajari dan apa yang diajar dalam keseluruhan program. Kalau aku , aku tak jumpa pun sebab kenapa program ini hendak dihentikan. Semuanya menyediakan seseorang remaja itu untuk ke arah kedewasaan dan melatih bukan sahaja ketahanan fizikal tetapi juga ketahanan mental.Barulah belia negara ni mantap dan bersedia menghadapi apa sahaja cabaran di masa depan.
Kalau nak bandingkan dengan negara lain seperti Korea dan Singapura , program Khidmat negara mereka adalah selama beberapa tahun. Jadi , rasanya program yang mereka jalankan mungkin lebih berkesan dalam memupuk semangat cintakan negara bangsa. Kita tengok macamane prestasi negara mereka?? Tak payah tengok jauh , anda boleh ukur dengan tengok pencapaian sukan dan ekonomi. Mantap bukan?? Kita tengok bagaimana rakyat mereka menyokong pasukan negara. Sesuatu yang patut dicontohi. Menyokong @ mengharapkan kemenangan ialah dua perkara berbeza.Kalau menyokong , menang atau kalah tidak mengapa. Menang bagus , kalau kalah tetap ada motivasi untuk bangkit. Tapi kalau mengharapkan kemenangan.. erm.. Kalau menang gembira , kalau kalah , kutuk kaw2 , siap salah menyalah sini sana ada yang lansung hilang motivasi nak main. Tak payah tengok jauh , benda depan mata , kat padang bola depan rumah kite je... kan??
Sebab tu lah pentingnya rakyat Malaysia terutamanya golongan remaja disatupadukan. Golongan remaja ialah golongan yang mempunyai kedua-dua perkara istimewa dalam hidup iaitu KEBEBASAN dan TENAGA. tidak seperti kanak-kanak dan orang tua. Kanak cuma memiliki tenaga yang banyak tetapi tidak mempunyai kebebasan , manakala orang tua kekurangan tenaga walaupun mempunyai kebebasan yang tinggi. Belia , seperti yang aku katakan tadi , ada kedua-duanya. JAdi sesebuah negara harus bijak dalam memanfaatkan kelebihan ini.
akhir kata ..... PLKN superb!!!!
No comments:
Post a Comment