Monday, September 6, 2010

last one to leave (not cool)

hehe.. assalamualaikum semua.. Post ini akan ditulis dalam bahasa kebangsaan (walaupun tajuknya dalam bahasa Inggeris). Hari ini genap 5 hari aku tamat latihan khidmat negara. Tapi aku rasa otak aku masih dekat kem. Adoi... kuat btol effect dia. Huhu lebih2 lagi aku ialah orang yang terakhir meninggalkan kem kesayangan ramai pelatih itu. Dan perasaannya sangat tidak seronok. Sunyi sepi.

Sempat juga aku duduk di tepi kolam ikan naga sementara menunggu ayah aku datang menjemput. Dan sempat juga handphone aku a.k.a. encik RedIce hendak terjun masuk ke dalam kolam tersebut lantaran kelalaian ku berSMS dalam kemamaian. Terima kasih kepada En. Tanah di Tebing Kolam. Anda telah menyelamatkan encik RedIce dengan penuh bergaya. clap clap...

Tepuk Tepuk Semangat!!!Selama lebih kurang 2 bulan lebih di dalam kem , antara perkara utama yang aku pelajari ialah bagaimana hendak menjadi pemimpin. Aku telah dilantik menjadi ketua wirawati bagi kumpulan ni. mungkin sebab aku ni tua.. uhuk uhuk... Pelatih veteran , sebab tu kot cikgu pilih aku. Aku memang cuak. mula2 dapat pangkat tu , aku rasa berat bahu aku ni. Tapi aku go on jugak. Saja nak try test macamane perasaan dia.Dan waktu itu , aku jadikan Nabi Muhammad sebagai idola aku.Dan nyatanya Baginda memang seorang pemimpin yang mantap. Salawat dan salam kepada Rasul junjungan.

Erm apa yang dapat aku simpulkan ialah , seorang pemimpin yang berwibawa bukan sahaja berada di hadapan untuk mengetuai pasukannya , tapi harus ada di belakang pasukannya untuk sentiasa menyokong dan berada disisi untuk mempertahankan pasukannya. Dia juga harus berada di dalam kelompok pasukannya supaya dapat merasa jerih payah ahli pasukan dan dapat mengenalpasti apakah yang terbaik untuk pasukannya. Selain itu , seorang pemimpin harus sentiasa percaya bahawa pasukan pimpinannya ialah pasukan yang terbaik dan dia harus melihat setiap individu dengan pandangan penuh hormat. Seorang pemimpin juga harus berani untuk menegur apa yang tidak kena pada pasukannya serta memotivasikan individu pimpinannya.(perkara yang aku belum dapat master lagi). Dan yang paling penting, seorang pemimpin harus berfikiran positif dan kehadapan. KAMI MEMIMPIN... itulah slogan USM yang aku rasa aku dapat aplikasi bila aku duduk dalam Kem. Terima kasih atas peluang yang diberi.


wassalam....

No comments:

Post a Comment