Saturday, April 30, 2011

Redha

Assalamualaikum saudara saudari sekalian.. Semoga dalam redha ALLAH selalu. =)

" Sometimes, I can't force things to happen the way I preferred. That is how I learned the word "REDHA"." -- (Aimi syahidah , 2011)

herm... Korang mesti tertanya2 sapa Aimi Syahidah tu. Aimi Syahidah tu junior aku setahun kat USM dulu. Selalu aku cite ayat dia ni. Tak lama lagi dia akan jadi Prof Dr. Aimi Syahidah .hehe..

Bila kita redha, kita akan sentiasa gembira dan mampu tersenyum bila something happen in our life.. Susah macam manapun kita akan rasa takde masalah. Sebab kita redha dengan takdir ALLAH. Apa yang berlaku , ada hikmahnya. =). Redha dengan hidup kita , redha dengan diri sendiri dan orang di sekeliling kita. Harus redha yang setiap kita ini manusia yang punya kelemahan dan batasan kita. =)

Tuesday, April 26, 2011

3 perkara yang membuatkan aku gembira pada hari ini #2

Assalamualaikum w.b.t para pembaca sekalian. Apa khabar? Semoga sihat hendaknya.
Jadi, aku akan menulis lagi tentang perkara yang membuatkan aku gembira pada hari ini. Sesungguhnya pengalaman yang gembira eloklah disemadikan di suatu tempat supaya mudah untuk kita mengimbaunya kembali dan sentiasa bersyukur. Takkan ada satu hari pun yang berlalu tanpa kegembiraan di hati sekiranya kita berusaha untuknya. =)


  1. Aku beli marshmallow yang sedap. Mula-mula kak Suri yang beli, kitorang makan semasa kelas untuk menghilangkan mengantuk. =) Marshmallow ini menarik kerana ia tidak terlalu manis dan di tengahnya ada coklat yang sedap. Lagipun, ia halal dan thoyiban. (Ini memang dicetak di bungkusannya, jadi aku rasa tiada lagi persoalan) Tagline dia "Al-hamdulillah, dah boleh makan". Hal ini mungkin berikutan banyak produk marshmallow yang tidak halal.
  2. Erm , berkenalan dengan Kak Nani , Kak Linda, Kak Sab, Kak Aimi, Kak Ati dan ramai lagi. Indahnya persaudaraan. =)
  3. erm...Berkursus dan menimba ilmu. Memang mengantuk pun. Tapi ilmu itu bermanfaat.Makanan turut disediakan. Alhamdulillah. =)



oh ya, nama Marshmallow tu ialah ASAFA.Kawan2 carilah di kedai dan pasaraya yang berdekatan. =)



Saturday, April 23, 2011

3 perkara yang menggembirakan hari ini #2

Assalamualaikum readers...

haha... apa khabar... erm.... Hari ini hari Sabtu , tp aku bekerja hari ini. Jaga pameran kat petrosains katanya... dari 8 pg - 5 ptg... Jadi byk perkara yang membuatkan aku gembira hari ini adalah berkisarkan kejadian di petrosains..

  1. Dapat berkongsi ilmu dengan orang ramai ttg perkara berkaitan pendengaran dan pertuturan.... bes wo0! Dapat berkenalan dgn ramai kawan2 baru (ayat common macam budak darjah 6 bila diminta mengulas tentang kebaikan sesuatu program perkhemahan)
  1. Main quiZ yg dianjurkan oleh petrosains!!! jeng3.. kumpulan kitorang dapat no 3.. haaa... man2 cool .. aku satu group dengan kak arni (nama sebenar) dan kak rai (bukan nama sebenar) ... aku rasa group kitorang happening gak laa tadi.. haha.. =p.. dapat hadiah berupa permainan helikopter, card myk rm50 dan tiket ke petrosains untuk 2 kanak2 dan 2 org dewasa.. Pembahagian hadiah menerusi undian.

  1. main ngan baby... lalala... sayangg dieee....& makan granola bars oat .member aku afiqah yang mula2 makan dulu.sedap!

alhamdulillah... mata aku da mengantuk... esok aku nak ke gombak..tak sabar nak gi belajar balik research method... alhamdulillah.. kali ni ... aku nak belajar elok2 , aku boleh guna untuk di masa hadapan seperti membuat research dan berkongsi pengetahuan dengan org2 yang memerlukan... amin... =)

Thursday, April 21, 2011

bukan cinta sejati

Bukan cinta sejati

Yang ku lihat ini

Yang ku rasa ini

Hampir aku tertipu

Dengan belaian nafsu


Bukan cinta sejati

Cuma fantamorgana

Indah tika memuja

Hingga terlupa Sang Pencipta

Yang Maha Mencinta hamba-hambaNya


Bukan cinta sejati

Yang ku rasa ini

Cuba ku tepis lagi

Tiap kali ia menyusup ke hati

Lagi dan lagi

Sehingga mungkin aku kan mati

Kerna ianya benar bukan hakiki

Lelah hati menafi

Kerna kau bukan cinta sejati

Itu aku pasti

Cumalah godaan pada jiwa yang sunyi

Kerna iman tidak cukup mengisi


Aku berlindung denganMu Ya Allah, dari bisikan-bisikan nafsu yang tiada erti.

3 perkara yang menggembirakan hari ini #1 (This is dedicated to Aimi Syahidah)

Bagaimana kita hendak merasa hidup sekiranya kita tidak mencintai kehidupan... =) --> ayat poyo aku.. heeee... tp aku rasa betul gak kot...


  1. Aku gi naik sesuatu yang putih ke tempat kerja ari ni.. =)
  2. Aku gi pasar malam... heeeee... proses yang aku suka... =)
  3. aku siapkan kerja.. =) brochure and wordsearch..

ok... untuk tidak membazirkan waktu kita bersama , apa kata korang cekitaut ayat di bawah ni..
“Dan (ingatkanlah mereka) hari yang akan dibawa orang-orang kafir ke neraka (dan dikata), ‘Kami telah habiskan bahagian kamu yang baik di dalam penghidupan dunia. Dan kamu telah bersuka-sukaan dengannya. Maka pada hari ini kamu akan dibalas dengan azab yang keji lantaran kamu pernah berlaku sombong di dunia secara tidak benar dan lantaran kamu telah melewati batas”. (Surah Ahqaaf, ayat 20).

Ya Allah ya Tuhanku , lindungilah aku dari sifat sombong dan melampaui batas.Dan lindungilah aku dari melakukan sesuatu dengan niat yang jahat dan tidak ikhlas. Ya Allah, ampunkanlah dosaku yang aku lakukan dengan sengaja mahupun tidak sengaja.amin...

Hanya kepada ALLAH kita dapat berserah dan berlindung. Risau dengan keadaan hati sendiri yang terumbang ambing. huhuhuu


Esok aku nak :
  1. sambung buat kerja
  2. menjadi hamba yang taat dan melaksanakan tanggunggjawab
  3. berbuat baik sesama manusia
InsyaALLAH... Matikanlah aku dalam keadaan aku beriman kepada Mu ya ALLAH. wassalam..









Tuesday, April 19, 2011

3 perkara yang membuat aku gembira hari ini

assalamualaikum w.b.t. hari ini aku dilanda demam. jadi aku tak pergi kerja ari ni.. tonsilitis aku rasa.. tekak sakit jerk..

hari ini aku gembira sebab ;
  1. aku goreng bihun.. (edible.. walaupun lembik.. hihi.. nampak sgt kena practice lagi.. =p )
  2. berchat dengan kawan2 (sarah yang menaip2 sesuatu , shafiah yang bertanya khabar dan up to something, jenny yang berada jauh di sana , kak payen dimana aku bertanyakan sesuatu, serta wan dollah yang sedang sibuk berbisnes skrg ni.. )
  3. aku membuat kerja terima kasih kepada Dr. Gordon-Brannan dan Dr. Weiss sebab menulis buku yang memudahkan untuk rujukan.. =DD
dan seperti biasa.. banyak lagi... =)) insyaALLAH..

apa yang aku nak buat esok ialah;

  1. menjadi hamba ALLAH yang bersyukur dan taat dalam menyebarkan kebaikan dan menghargai kebaikan orang lain. =)
  2. sambung buat kerja yang tertunggak berbentuk brochure dan word search.. untuk tujuan ini aku akan bangun awal dan cuba menghabiskannya esok..
  3. pukul 10 aku akan pergi ke briefing sambung untuk sapa2 yang nak smbug blaja kat uk.. kot2 laa akan pergi suatu hari nanti, so dah ada info.. kalau tak pun , mungkin ada kawan2 lain yang nak pergi.. boleh kongsi tips.. =D
  4. try call idp kuching untuk exam IELTS.. maybe akan ambik dalam 14 may.. so aku kena belaja dari sekarang... the format dan cara jawab soalan.. insyaALLAH..doakan aku ye kawan2.. =)
  5. sambung buat kerja aku... insyaALLAH sikit lagi...
  6. dan ehem2... ambik sesuatu yang bewarna putih... insyaALLAH.. =)

Dalam kehidupan , aku paling tak suka bersaing ngan orang lain.. aku pun tak tahu kenapa.. memang daya saing aku lemah.. tapi boleh tak kalau aku anggap benda tu cuma ciri2 aku.. tp aku kena belajar bersaing untuk tujuan pertandingan2 sukan atau pertandingan2 lain.. .. tapi kalau untuk kehidupan aku sebagai seorang aku , cukuplah kalau aku bersaing dengan diri aku sendiri untuk menjadi insan yang lebih baik.... insyaALLAH.. =D aku bukan sempurna dan menjadi sempurna bukan impianku.. tp aku akan cuba mengikuti jejak Rasulullah semampuku.. amin.. Ya nabi salam 'alaika.

p/s ; ada kawan mesej tadi... tersentuh dengan katanya yakni "kawan umpama kelopak pd bunga .mmg bunga tak mati bunga yang takde klopak ,tp x sempurna".
aku nak kata ... sebagaimana bunga tidak sempura tanpa kelopak.. begitu juga kelopak jika ia bersendiri... tapi aku takde kredit nak reply... ahaha.. =p daaa... gudnite.

Monday, April 18, 2011

3 sebab kenapa aku gembira semalam

Ini sebab aku tak sempat post semalam

3 sebab

  1. i opened up about my work... sbelum ni aku tak berani.. tp aku try to overcome the fear. sikit demi sedikit k.. =)
  2. pegi sokong pasukan khans (khans - kuliah allied health science + nursing + security untuk staff games) main ping pong and dart. + bekenalan ngan kak suri dan dapat tahu yg dia akan pegi SLAB course skali dgn aku + ada kakak tegur.. "adik , student practical ke?" hehe.. tak ley nak kata apa lah... babyface.. uhuk3.. izinkan ku poyo... keh3..
  3. beli air kat kooperasi... (hehe... yang ni pun blh buat aku gembira)

ok... banyak lagi yg buat aku gembira semalam. Alhamdulillah.... No matter how bad the day is , mesti ada point yg akan buat kita gembira.. insyaALLAH. haruslah berbaik sangka dan berlapang dada seperti dalam firman ALLAH..

Sunday, April 17, 2011

3 perkara yang buat aku gembira ari ni...

Ini adalah 3 sebab kenapa aku harus gembira hari ini...

  1. aku masak laksa sarawak! yeay!!! dan ajak kak ita (bukan nama sebenar) makan kat rumah.
  2. makan big apple - de la cheese... my fav doughnut... like2.. yippi!! masuk je dalam mulut...wwwaaa..... sedap woo...
  3. kuar jalan ngan kak rai (bukan nama sebenar) secara keseluruhannya... shopping, karok.. hehe.. suka etek!!..

Alhamdulillah.. =)

erm... esok kerja.. buat kerja one at time and belajar untuk mencinta. =) InsyaALLAH..

Saturday, April 16, 2011

3 perkara yang buat aku gembira hari ini

  1. menjemur baju sehingga kering
  2. natrah ym and cakap rindu kat aku
  3. jalan2 kat pasar malam.. =)


kegembiraan harus diusahakan.. =D

Friday, April 15, 2011

silence

"hear me out" says you
but how can people hear you when you didn't speak out
they seems to0 busy to even listen to you
yes.. they are, then try to wait for the right time
you say they didn't really listen you
well do you really try to communicate
silence.... silence..... silence.......
silence ...... silence...... silence........
tuuuuuuutttttt........ tired ... waiting for nothing you will get tired

Tuesday, April 5, 2011

writing

fuh... rasa lamanya tak menulis dan masukkan kat sini.Kat tempat lain pun aku tak post jugak.. huhuhu... penat kot, busy tak menyempat nak berblog.. uhuk2.. tp malam2 ni sambil2 nak tido aku tulis je lah. erm.

I have no particular topic right now, but just trying to express my thought which I am also clueless about it. Takpe lah, i'll keep on writing. Since this post will not bring you any good (i guess), my kind advice is for you to stop reading. It's not to0 late to do so. But if you wanted to stay tune, thank you. =)

Well,well, I don't usually write without specific objective. (half-true statement). huuuhu... erm... korang pernah tak kalau menulis bahasa orang puteh, tertukar2 ejaan... aku jarang.. tapi lately , it happens quite often..

  1. tertukar2 to0 dengan to dengan tu... 3 ni selalu tertukar2... dalam bm dan bi pun slalu..
  2. right dengan write
aku tertukar2 benda yang bunyinya hampir sama... huhu...selebet je kan.. =p

I'm sleepy.. It is 25 minutes passed 1 a.m. i think i want to stop right now. k.. Keep in touch.

semoga esok ialah hari yang indah... =) dan aku jadi hamba yang baik dan umat yang baik jugak..
semakin hari semakin sayang.. amin,.