Wednesday, October 14, 2009

huhu.. tak bosan..

Seringkali kita terdengar keluhan “oh bosannya hari ni.. tak tau nak buat apa, adoiyai!!”.Saya pun mengeluh perkara yang sama. Lagi-lagi pada tahun akhir saya bergelar pelajar patologi pertuturan ini.Hari-hari yang berlalu pada awal semester ini (awal julai) saya rasakan cukup perlahan berlalu.Saya tidak melakukan apa-apa perkara ilmiah.Saya asyik menonton filem yang ada dalam komputer riba saya dan mengemaskini ruangan facebook saya.

Rakan sebilik pun sekali sekala menegur ” tak ada kelas ek ari ni?” saya biasanya akan membalas dengan gelengan kepala dan berkata ”tak start lagi.Lecturer luar ”. Kami biasanya akan mengundang pensyarah dari universiti lain untuk mengajar kerana kekurangan tenaga pengajar bagi bidang ini.Semester ini bagi kursus masalah penelanan.. ermm Yelah... patologi pertuturan ni bidang yang agak baru.. bila orang bertanya ambil
kos apa dan dijawab dengan patologi pertuturan .. ramai yang kerut dahi.. hehe.. Kelas pada hujung minggu dari jam 9 hingga 5ptg adalah sesuatu yang lumrah bagi kami.
Kelas-kelas lain juga belum bermula pada ketika itu kecuali satu kelas elektif.Kelas AAC kami juga belum bermula kerana kesibukan pensyarah .Begitu juga dengan klinikal.


Hampir dua purnama rasanya saya merasa kebosanan yang melampau..Pada hari ini baru saya terfikir.. mungkinkah ketika itu Allah sedang menguji hambaNya dengan kelapangan.Allah memberi kelapangan pada saya dan melihat adakah saya mampu bersabar dengannya.. Melihat apa tindakan saya untuk mengisi kelapangan tersebut... adakah saya akan ingat firmannya dalam surah Al-‘Asr (Masa).
“Demi masa , sesungguhnya manusia kerugian.Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh dan berwasiat dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran”

Herm... Saya nak jawab apa nanti bila ditanya? Nyatanya saya tidak menggunakan masa itu dengan sebaiknya.Masa lapang itu seharusnya diisi dengan perkara yang lebih berfaedah..tapi saya??Ya Allah ampunkan dosaku.. Masa yang berlalu mungkin tak dapat saya perbetulkan lagi, tapi masa yang ada sekarang insyaAllah akan saya gunakan.. Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment