Aku tidak boleh berkuasa atas setiap sesuatu
setiap semua yang terjadi dalam hidupku
Aku tidak boleh menguasai sesiapa
Sesiapa yang hadir dalam hidupku
Berkuasa atas sesuatu dan sesiapa,
bukanlah suatu keperluan
Ia cuma kehendak dari satu jiwa
Jiwa yang mempunyai nafsu
Jadi tidak ku citakan untuk berkuasa dan menguasai
Kerana hakikatnya aku juga hamba padaNya.
hamba Tuhanku yang Maha Kuasa.
Dan kiranya aku dikurniakan kuasa ,
Cukup buatku kuasa mengawal nafsuku.
Seperti iman, hidup ini sentiasa ada turun dan naiknya. Semoga setiap pilhan kita menjadikan kita insan yang reda dan diredai Allah. =D "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" (al Mulk;2)
Sunday, December 16, 2012
ntah
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum kawan-kawan. apa khabar. Harap semuanya baik2 belaka.. =)
Dalam kehidupan di usia yang lebih dewasa (24 tahun) ini , semuanya aku rasakan bertambah mencabar. Hal ini menjawab persoalan-persoalan ku yang terdahulu iaitu kenapa orang yang lebih dewasa (lebih tinggi usianya) tidak mampu bersikap matang seperti sesetengah remaja. Ya , jawapannya kompleksiti hidup yang bertambah. Teringat kembali akan kata-kata seorang sahabat ketika kami masih di bangku plastik universiti (sekarang up sikit sebab ada kusyen) "orang dewasa memang banyak benda nak kena handle. bla bla bla......" (ye, aku tak fokus yang lain2 tu) .
Kadang-kadang , dalam menitinya , ada ujian-ujian yang menghambat, ada keimanan yang teruji , ada hikmah yang perlu dicari dan ada rahmat sebenarnya yang tersembunyi. Terasa sungguh. Dengan apa yang terjadi , kadang-kadang hati jadi sedih, kecewa, marah. Hampir menjadi putus asa. Akal hampir berhenti berfikir. Di jiwa, terasa sepi dan penuh depressi walaupun dunia sekeliling sangat happy. Terasa seperti end of the world .2012. Emosi tidak menentu . giteww...
Tetapi , kerana rahmat dan kasih sayang dari Allah , kaki masih melangkah , tangan masih bergerak , mata masih cuba melihat, telinga masih berusaha mendengar dan hati masih berikhtiar memahami. Hanya dengan beriman pada Allah dan ZatNya serta percaya akan janjiNya,, maka pengharapan biarpun sekelumit masih timbul. Bersyukur kiranya kita masih ada ada pengharapan kepada Allah kerana Allah maha Adil , dengan ujian yang diberikanNya, Dia datangkan penyelesaiannya.Allah tidak akan membiarkan hambaNya yang beriman dan yang merayu meminta-minta padaNya begitu sahaja.Tundukkan ego pada Allah dan sememangnya begitulah wajarnya sifat aku sebagai hamba.Dan setiap kalipun, aku kena patah balik kepada Allah. Dan Allah tak pernah menutup jalan untuk aku patah balik walaupun jauh macam manapun aku *ter*-salah langkah.
Wallahualam. semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan hidayah kepada kita semua.
(*ter - imbuhan untuk menunjukkan tidak sengaja)

Saturday, November 17, 2012
Palestine2 we're with you!! Gaza2 we're with you!!
Assalamualaikum wbt ,
Apa kabar kawan semua. Harap semuanya sihat. =)
Alhamdulillah. dipanjangkan umur kita hari ini.
Hari ini ada demonstrasi di pekan shepil ( bukan nama sebenar) .
Lebih kurang 100 orang individu dari pelbagai bangsa berkumpul untuk menyatakan bantahan terhadap serangan Israel di Gaza. Ada yang membawa sepanduk2 dan slogan anti Israel dan free palestine .Di akhir perkumpulan itu tadi , sempat kami melaungkan beberapa slogan kebebasan Gaza dan Palestin. (seperti tajuk entri ini) Semua bersatu hati atas dasar Kemanusiaan. Sekian.
p/s : sedang semua semangat yell tentang palestine tadi , terselit jugak yell "shepil2 I love you" masa tu semua orang macam slow sikit respon dia sebab unexpected phrase.. hehe
Thursday, November 15, 2012
Salam Maal Hijrah! =D 1434
Assalamualaikum wbt,
Saya ingin mengucapkan selamat tahun baru hijrah kepada rakan-rakan di laman blog. Lama sungguh tidak menggunakan kemahiran menulis dan berbahasa Melayu yang telah dikurniakan Allah. Lama juga blog ini terabai dek faktor kehidupan yang sibuk dan tidak menentu sebagai seorang pelajar. =p
Herm.. Tahun baru ini , apa azam anda? Sejujurnya saya belum meletakkan apa-apa azam yang spesifik. Cuma saya berharap mudah-mudahan saya boleh berubah menjadi hamba Allah yang lebih baik , tidak menaruh dendam tentang apa yang berlaku di masa lalu dan mengambil ibrah dari pada peristiwa-peristiwa tersebut. Belajar menjadi insan yang lebih pemaaf. =)
Tetapi sempena tahun baru Hijrah ini , ada sesuatu yang saya rasa tidak boleh dimaafkan. Pihak zionis Israel telah melancarkan serangannya ke atas bumi Palestin (Semenanjung Gaza to be specific) Sangat menyedihkan apabila ramai orang awam yang telah terbunuh termasuk kanak-kanak. Mari kita sama-sama mendoakan keselamatan saudara seIslam kita di sana. Pada pandangan peribadi saya , pihak kerajaan Israel, melalui serangan ini telah mengambarkan kerendahan nilai moral yang mereka miliki, Keputusan mereka untuk menyerang tanah Gaza yang kecil itu tidak ubah seperti seorang pembuli dewasa yang membuli seorang kanak-kanak.
Harapan saya, semoga ada usaha-usaha dari umat Islam yang bersatu untuk melindungi Palestin dan menghentikan serangan ini umpama seorang ibu atau ayah yang melindungi anaknya. Sekarang ini , apa yang termampu kita kirimkan adalah doa dan kita sebagai umat Islam harus sangat yakin dengan bantuan ALLAH. Semoga jet-jet pejuang Israel gugur ke "bumi" atau meletup di "langit Israel" sendiri. Tak perlulah meletup di Gaza. Aaamiiin. Mari kita doakan bersama. InsyaALLAH. Saya yakin, rakan-rakan saya ini semuanya penyayang. Dan sabda Rasulullah , doa orang yang penyayang itu makbul. InsyaALLAH. Untuk itu kita boleh membaca Qunut Nazilah seperti di bawah.
Ini link Qunut Nazilah atau di wikipedia untuk maklumat lanjut.
Sekian. Selamat menyambut Maal Hijrah. Mudah2an ALLAH merahmati kita semua di dalam jalan mencari redhaNya. Aamiiin..
Wassalam
Ain =)

Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.
Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.
Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.
- Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.
Ini link Qunut Nazilah atau di wikipedia untuk maklumat lanjut.
Sekian. Selamat menyambut Maal Hijrah. Mudah2an ALLAH merahmati kita semua di dalam jalan mencari redhaNya. Aamiiin..
Wassalam
Ain =)
Monday, January 9, 2012
Congratulations Kak Tam!!
Add caption |
Alhamdulillah.Today,something good happened in my family . Jeng jeng jeng I saw this
ANNOUNCEMENT: Those who have been asking me about posting for the past 7 months, here's the answer. I'll be posted in Sarawak, and that's the detail so far. Alhamdulillah ;)
on his FB status~~ Thank you Allah for granting his and mak's wishes.
A heartful wishes for my dearest Kak Tam -->Congratulations Bro!!! May success and happiness will always be yours in this world and hereafter... Aamiiin...
p/s = gambau terbesau.. dah lama tak berblog sampai lupa cara nak ejas..huhuhu.
Sunday, January 1, 2012
Selamat tinggal 2011
2011 - nombor maktab abang sulong dan satu-satunya abangku yang ku panggil Kak Tam (bukan nama sebenar). 2011 yang ku lalui bukan seperti tahun-tahun lain yang aku lalui sebelumnya. Tahun yang buatku penuh dengan cabaran dan dugaan.
Alhamdulillah. Allah telah menemukan aku dengan insan-insan yang ikhlas yang telah membantuku sewaktu di dalam kesusahan . Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa mereka.
2011 , aku mengenali sisi gelapku. Betapa diri ini itu begitu lemah , dan betapa kesombongan dalam kelemahan itu mampu mengheret kita ke lembah kejahilan. Betapa diri ini mudah lupa dengan kasih sayang yang sentiasa ada sewaktu dihimpit kesusahan. Kerana terlalu bergantung dengan diri sendiri sehingga lupa , langkah pertama harusnya doa dan tawakkal.
InsyaALLAH , 2012 ini akan cuba ku warnai dengan doa , syukur dan salam . Ya Allah yang maha Agung , ampunkan dosaku. Lindungilah aku dari ilmu yang tidak bermanfaat , hati yang tidak khusyuk , doa yang tidak dikabulkan dan nafsu yang tidak pernah kenyang. Semoga tahun ini , jiwa ini akan lebih merasa ketenangan.Aamiiin.=)
Subscribe to:
Posts (Atom)