Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum kawan-kawan. apa khabar. Harap semuanya baik2 belaka.. =)
Dalam kehidupan di usia yang lebih dewasa (24 tahun) ini , semuanya aku rasakan bertambah mencabar. Hal ini menjawab persoalan-persoalan ku yang terdahulu iaitu kenapa orang yang lebih dewasa (lebih tinggi usianya) tidak mampu bersikap matang seperti sesetengah remaja. Ya , jawapannya kompleksiti hidup yang bertambah. Teringat kembali akan kata-kata seorang sahabat ketika kami masih di bangku plastik universiti (sekarang up sikit sebab ada kusyen) "orang dewasa memang banyak benda nak kena handle. bla bla bla......" (ye, aku tak fokus yang lain2 tu) .
Kadang-kadang , dalam menitinya , ada ujian-ujian yang menghambat, ada keimanan yang teruji , ada hikmah yang perlu dicari dan ada rahmat sebenarnya yang tersembunyi. Terasa sungguh. Dengan apa yang terjadi , kadang-kadang hati jadi sedih, kecewa, marah. Hampir menjadi putus asa. Akal hampir berhenti berfikir. Di jiwa, terasa sepi dan penuh depressi walaupun dunia sekeliling sangat happy. Terasa seperti end of the world .2012. Emosi tidak menentu . giteww...
Tetapi , kerana rahmat dan kasih sayang dari Allah , kaki masih melangkah , tangan masih bergerak , mata masih cuba melihat, telinga masih berusaha mendengar dan hati masih berikhtiar memahami. Hanya dengan beriman pada Allah dan ZatNya serta percaya akan janjiNya,, maka pengharapan biarpun sekelumit masih timbul. Bersyukur kiranya kita masih ada ada pengharapan kepada Allah kerana Allah maha Adil , dengan ujian yang diberikanNya, Dia datangkan penyelesaiannya.Allah tidak akan membiarkan hambaNya yang beriman dan yang merayu meminta-minta padaNya begitu sahaja.Tundukkan ego pada Allah dan sememangnya begitulah wajarnya sifat aku sebagai hamba.Dan setiap kalipun, aku kena patah balik kepada Allah. Dan Allah tak pernah menutup jalan untuk aku patah balik walaupun jauh macam manapun aku *ter*-salah langkah.
Wallahualam. semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan hidayah kepada kita semua.
(*ter - imbuhan untuk menunjukkan tidak sengaja)
No comments:
Post a Comment