Sunday, January 1, 2012

Selamat tinggal 2011

2011 - nombor maktab abang sulong dan satu-satunya abangku yang ku panggil Kak Tam (bukan nama sebenar). 2011 yang ku lalui bukan seperti tahun-tahun lain yang aku lalui sebelumnya. Tahun yang buatku penuh dengan cabaran dan dugaan.

Alhamdulillah. Allah telah menemukan aku dengan insan-insan yang ikhlas yang telah membantuku sewaktu di dalam kesusahan . Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa mereka.

2011 , aku mengenali sisi gelapku. Betapa diri ini itu begitu lemah , dan betapa kesombongan dalam kelemahan itu mampu mengheret kita ke lembah kejahilan. Betapa diri ini mudah lupa dengan kasih sayang yang sentiasa ada sewaktu dihimpit kesusahan. Kerana terlalu bergantung dengan diri sendiri sehingga lupa , langkah pertama harusnya doa dan tawakkal.

InsyaALLAH , 2012 ini akan cuba ku warnai dengan doa , syukur dan salam . Ya Allah yang maha Agung , ampunkan dosaku. Lindungilah aku dari ilmu yang tidak bermanfaat , hati yang tidak khusyuk , doa yang tidak dikabulkan dan nafsu yang tidak pernah kenyang. Semoga tahun ini , jiwa ini akan lebih merasa ketenangan.Aamiiin.=)





No comments:

Post a Comment