Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah! =D 1434

Assalamualaikum wbt,

Saya ingin mengucapkan selamat tahun baru hijrah kepada rakan-rakan di laman blog. Lama sungguh tidak menggunakan kemahiran menulis dan berbahasa Melayu yang telah dikurniakan Allah. Lama juga blog ini terabai dek faktor kehidupan yang sibuk dan tidak menentu sebagai seorang pelajar. =p

Herm.. Tahun baru ini , apa azam anda? Sejujurnya saya belum meletakkan apa-apa azam yang spesifik. Cuma saya berharap mudah-mudahan saya boleh berubah menjadi hamba Allah yang lebih baik ,  tidak menaruh dendam tentang apa yang berlaku di masa lalu dan mengambil ibrah dari pada peristiwa-peristiwa tersebut. Belajar menjadi insan yang lebih pemaaf. =)

Tetapi sempena tahun baru Hijrah ini , ada sesuatu yang saya rasa tidak boleh dimaafkan. Pihak zionis Israel telah melancarkan serangannya ke atas bumi Palestin (Semenanjung Gaza to be specific) Sangat menyedihkan apabila ramai orang awam yang telah terbunuh termasuk kanak-kanak. Mari kita sama-sama mendoakan keselamatan saudara seIslam kita di sana. Pada pandangan peribadi saya , pihak kerajaan Israel, melalui serangan ini telah mengambarkan kerendahan nilai moral yang mereka miliki, Keputusan mereka untuk menyerang tanah Gaza yang kecil itu tidak ubah seperti seorang pembuli dewasa yang membuli seorang kanak-kanak.

Harapan saya, semoga ada usaha-usaha dari umat Islam yang bersatu untuk melindungi Palestin dan menghentikan serangan ini umpama seorang ibu atau ayah yang melindungi anaknya. Sekarang ini , apa yang termampu kita kirimkan adalah doa dan kita sebagai umat Islam harus sangat yakin dengan bantuan ALLAH. Semoga jet-jet pejuang Israel gugur ke "bumi" atau meletup di "langit Israel" sendiri. Tak perlulah meletup di Gaza. Aaamiiin. Mari kita doakan bersama. InsyaALLAH. Saya yakin, rakan-rakan saya ini semuanya penyayang. Dan sabda Rasulullah , doa orang yang penyayang itu makbul. InsyaALLAH.  Untuk itu kita boleh membaca Qunut Nazilah seperti di bawah.

Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.

Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.



Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.



Ini link Qunut Nazilah atau di wikipedia untuk maklumat lanjut.


Sekian. Selamat menyambut Maal Hijrah. Mudah2an ALLAH merahmati kita semua di dalam jalan mencari redhaNya.  Aamiiin..


Wassalam
Ain =)




No comments:

Post a Comment