" Perwatakannya pendiam.Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak, berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir,perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan."
owh... ini aku cek kat facebook ari tu.. Rupa-rupanya aku lahir bulan zulkaedah.=DD aku baru tahu hari tu.. kalau ikut susunan , bulan zulkaedah ialah bulan ke 11 dalam tahun Islam. Aku lahir 04 haribulan zulkaedah tahun 1408 hijrah. kiranya 4/11/1408H ... haaa... besday yang jarang aku celebrate. tak prnah kot.heeeeee... aku ingat tahun ni aku nak sambut laah.. herm..
huhu... melihat pada maksud kat atas tu. Aku rasa ada benarnya. Pada usia aku yang 23 tahun
ni, aku rasa banyak sangat perubahan dalam hidup aku.. Dan aku akui, agak sukar aku nak adapt kat peringkat sekarang.Ya Allah. permudahkanlah kedewasaan ini. Aku ingin melangkah seperti dulu kala, ceria dan bersatu dengan hidupku. Semoga ok. =) Ye.. hidup ni sementara. kita berbuat baik lillahita'ala. semoga ALLAH menjadikan hati aku ini ikhlas sentiasa dan akan berjalan di jalanNya. Amin.. Semoga aku x fikir byk sgt benda merepek2 ye.. mudahan kita semua akan diberkati ALLAH dan bersama di syurgaNya. Amin.. =)
Seperti iman, hidup ini sentiasa ada turun dan naiknya. Semoga setiap pilhan kita menjadikan kita insan yang reda dan diredai Allah. =D "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" (al Mulk;2)
Sunday, February 27, 2011
Saturday, February 26, 2011
Budak yang disayangi ~~ (versi yang aku ingat)
yuuuhuuuuu... ngeh3.. apa kabar korang.. aku rasa takde orang kot baca blog aku ni.. ahaha.. lantaklah.. kalau aku sendiri je yang baca pun tak ape.. kuang3.. boleh ke?? mana boleh.. korang kena baca.. walaupun apa yang aku tulis ni merepek2.. erm.. ok lah .. untuk tidak membuang masa korang , apa kata aku share satu cerita ni.. anak jiran aku tengah main dalam kolam air dia sambil berkata 'ombak besar, ombak besar'.. Ini cerita selingan je...cerita yang benar sebenar-benarnya ada kat bawah ni haa.. herm...
Pada zaman dahulu , ada seorang budak. Dia amat dikasihi oleh gurunya sehinggakan ada pelajar2 lain cemburu. Apa istimewanya budak ni??? Jadi mereka pun meluahkan rasa tidak puas hati kepada guru mereka itu. Baiklah.. gurunya berkata " Esok hari , datang ke tempat perjumpaan kita dan bawak sekali seeokor ayam dan satu pisau".
Maka , keesokan harinya, selepas subuh , semua pelajar termasuk budak yang disayangi gurunya tadi datang di tempat yang dijanjikan bersama ayam dan pisau masing-masing. Gurunya berkata "Kamu bawaklah ayam ini ke tempat yang tiada sesiapa boleh melihat, dan sembelihlah ia, dan bawak lah pulang kepadaku. Kamu ada masa sehingga senja untuk menunaikan tugas ini." Maka , mereka pun pergilah mencari tempat yang tersembunyi. Masing-masing bergerak ke tempat yang mereka rasa tiada sesiapa boleh melihat seperti gua , telaga, dan hutan lalu menyembelih ayam mereka.
Senja pun tiba, semua pelajar sudah kembali pulang ke tempat di mana mereka berkumpul pagi tadi. Kesemuanya memegang ayam yang sudah di sembelih kecuali pelajar kesayangan gurunya tadi. Dia tidak menyembelih ayam tersebut. Kenapa???? bukankah dia pelajar kesayangan gurunya tadi. Kenapa dia tidak mengikut arahan gurunya??? herm~~~~~ korang nak tau apa pelajar kesayangan tu cakap. Lebih kurang macam ni lah ayat dia, " Mustahil untuk saya menyembelih ayam ini di mana-manapun. Kerana , setiap tempat yang saya pergi , pasti ada yang melihatnya. Tidak ada satu tempat pun yang terlepas dari pandangan ALLAH. " Begitulah penjelasannya.
Maka , dari situ pelajar2 lain mula mengerti , teman mereka itu berbeza. Dan kerana itu , guru mereka lebih sayang padanya.
Erm... aku tak ingat dah dari mana aku dapat cerita ni..aku baca kat somewhere... smoga kita berusaha menjaga apa-apa yang patut kita jaga walaupun takde orang kat situ. Kita kena ingat Allah Maha Melihat, Maha Mendengar. kan???? hehe.. ingatan untuk diri aku sendiri jugak... =D ok... jumpa nanti ... daaaaa....~~~ assalamualaikum. =)

Budak Serabut Pergi Bekerja..
Ahaha... sedar tak sedar dah 4 bulan aku bekerja. Alhamdulillah.. iyee... Bekerja... Sejujurnya, aku tak pernah imagine pun aku bekerja.huhuhu Imaginasi aku masa kecik tertumpu kepada masuk u. pastu bila dah masuk u dan dah tamat belajar.. lansung blur. ngeeeeee... kat tempat kerja ,terkejut dinasour dan membantu keras.kejang. haha.. =p
Sebenarnya aku masih lagi dalam proses peralihan dari 'belajar' kepada 'bekerja'. Aku rasa aku masih sangkut kat dunia student aku.ngeh3. semestinya aku sangat suka alam tu..
kenapa??? meh nak ghoyak ko sekmu..

- boleh tidur bila2 korang nak. (time takde kelas ye)hehe.. memang tak berwawasan...
- Ada kawan2 yang mempunyai matlamat yang sama untuk menempuh segala cabaran , onak dan duri, gelombang badai , bara api, jerangkap samar , peluru musuh , hujan ribut, panas terik , dan banyak lagi cabaran.
- Ada orang nak tegur kalau kita buat salah, tunjuk ajarkan kita apa yang sepatutnya.
- ada kakak/pak guard yang tolong jaga hostel
- tak payah bayar bil elektrik/air
- buat salah pun takpe sangat sebab title student tu ada utk mlindungi. macam insurans plak kan?heehe..
Thursday, February 24, 2011
Latihan karangan 1 : Ayah Saya
Ayah saya bernama Othman bin Haji Mohamed Faiz. Beliau berusia 57 tahun dan berasal dari Kg Saai , sebuah perkampungan Melanau di daerah Daro ,Sarawak. Ayah saya seorang yang suka senyum dan peramah. Ayah saya suka berkebun, memancing, mendengar lagu dan membaca buku. Seperti saya , ayah saya suka makan coklat. =) heeeee... dan kacang.. dan biskut IKO dan biskut Jam o' Jam dan kuaci dan air teh c peng pandan.
Saya ingat lagi semasa kecil (usia saya lebih kurang 3-4 tahun), ketika itu kami masih menetap di Miri.Ayah saya sering membawa saya serta abang dan adik perempuan saya berjalan-jalan dan bermandi-manda di pantai yang indah. Pantai itu letaknya cuma beberapa langkah kaki sahaja di belakang berek kerajaan yang kami diami.Di situlah kami bermain layang-layang , bermesra dengan air laut nan masin , berkenalan dengan tapak sulaiman dan mengagah ketam2 kecil sehingga berlari-larian sang ketam memasuki rumahnya. Ketakutan barangkali.
Pernah sekali, kerana terlalu cintakan pantai , kami adik beradik berpakat untuk memecahkan belon untuk mengejutkan Apak ("ayah" dalam bahasa Melanau) dari tidur. Apak ,dengan sabar, bangun dan melayan karenah anak-anaknya yang nakal. Apak membawa kami ke pantai seperti selalunya.
oh...berpantai bersama Apak. Sungguh riang rasanya. =)
Di kala malam ,Ayak akan menemani ke tandas kerana anak-anak apak masih kecil dan takut akan gelap. Apak ajarkan kami membaca doa. Sebelum tidur katanya, kita harus membaca doa supaya menjadi anak yang soleh dan disayang Allah. Dan kami adik beradik akan membaca dengan serentak setiap malam sebelum tidur. Entah betul entah tidak bacaannya tetapi maksudnya kami tidak akan lupa. InsyaALLAH.
"Ya Allah , Ya tuhanku , ampunkanlah dosaku dan dosa kedua-dua ibu bapaku , sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku di waktu kecilku. Amin". Apak oh apak.
Kemudian, kami berpindah ke Sibu ketika saya berumur lebih kurang 5 tahun. Di waktu malam , Apak tidak membiarkan waktu-waktu kami berlalu begitu sahaja. Di bawah hembusan angin dari kipas angin yang melekat di siling rumah, dekat meja di tengah ruang tamu, kami bertiga diajarkan mengenal huruf-huruf al-Quran. Bermula dengan Alif di atas 'a' , ba di atas 'ba' , ta di atas 'ta' Apak setia sehinggalah khatam muqaddam.Apaklah guru mengaji pertama kami. Alhamdulillah. Kalau tidak kerana Apak (dan guru-guru mengaji yang lain) serta izin ALLAH , mungkin sukar untuk saya belajar ilmu-ilmu agama serta beramal dengannya. Thank you Apak. =)
Ketika memasuki alam persekolahan juga sama. Apak selalu menemani kami membuat kerja -kerja sekolah sementelah Mak memasak makanan malam.Sabar memberi tunjuk ajar. Apak pun selalu menekankan tentang rasa tanggungjawab. Katanya kita tidak perlu disuruh untuk membuat latihan , kita harus sedar tanggungjawab kita terhadap pelajaran.Ya.. Apak saya seorang yang mementingkan pelajaran.Sama seperti Mak.Apak bukan orang yang garang dan jarang memarahi anak-anaknya. Tetapi Apak akan marah sekiranya kami membiarkan buku-buku dan beg bersepah atau buku-buku kerja yang baru dibeli dibiarkan sahaja di dalam beg plastik cap Richmount tanpa tindakan selanjutnya. Menurut Apak, buku-buku harus dibalut dan diletakkan di tempat yang sewajarnya. "Kalau tak ,aku bakar" katanya.Maka cepat-cepatlah sang empunya buku mengambil tindakan. huhuhu.. tahu takut haaa..
Apak pernah kata "Apak dan Mak tak ada harta, koranglah (anak-anak)harta kami" sob3.Setiap cita-cita dan pilihan saya , Apak selalu beri sokongan dan dorongan. Kata-kata Apak seperti yang ada dalam buku-buku motivasi. Tak pasti apa hubungan Apak dengan penulis -penulis buku tersebut.huhuhu
Apak sangat comel masa senyum dan ketawa. Saya sayang Apak. Sekarang Apak dah 57tahun. Semoga Apak sihat selalu. Saya nak bawak Apak pergi haji sama-sama dan jalan-jalan tengok alam sekitar sama-sama. Kali ni , biar saya atau Kak Tam atau Urul atau Apan yang drive.
~~~~
ok..aku sedey aku kena stop menulis karangan ni.. aku rindu ayah aku dan mak aku dan family members aku. kesimpulannya aku homesick... huhuhu.. tak boleh dah nak tulis karangan.. eeerrgh.. apa pun aku sayang ayah aku. korang pun sama kan??Semoga semua orang yang saya dan anda sayang semuanya sihat sejahtera dan disayangi ALLAH selalu.. amin...

Monday, February 21, 2011
rehat kena cukup!!!
saya nak tido... kita kena rehat cukup2.. kalau kita tak rehat .. mana kita nak dapat tenaga untuk kemudian hari.. ada orang perlu rehat sikit.. ada yang kena rehat banyak..orang yang rehat sikit.. itu kelebihan dia.. kita buat cara kita... wpun kita cepat penat dan kena rehat banyak sikit takpe.. stamina kita boleh build-up sikit2.. daaaa... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......
Subscribe to:
Posts (Atom)