Saturday, May 3, 2014

Melanjutkan pelajaran di luar negara di peringkat Sarjana.

           
Assalamualaikum wbh. Artikel ini telah lama saya tulis , cuma terperap di bahagian draf tanpa dipedulikan. aduhai. Kepada rakan-rakan yang berminat melanjutkan pelajaran. InsyaALLAH artikel yang saya tulis ini sedikit sebanyak boleh membantu ya. =) 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


   Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada rakan2 yang masih membaca blog ini walaupun sudah lama saya tidak menulis dan mengemaskininya. Alhamdulillah seperti ramai yang dah tahu , saya kini sedang melanjutkan pelajaran di University of Sheffield di United Kingdom dalam jurusan MSc in Speech and Cleft. Program ini berjalan selama 1 tahun bermula dari September 2011 dan dijangka tamat pada September 2012. (dah nak abis.. huaaa).InsyaALLAH.

              Alhamdulillah. Ada beberapa orang rakan yang turut menyatakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di peringkat Sarjana. Jadi di sini saya akan nyatakan proses-proses asas yang perlu dilalui. =)InsyaALLAH.

1.Niat yang betul dan doa.

Setiap sesuatu usaha/amal perlu dimulakan dengan niat(Hadis 1).<-- i="">kawan2 boleh klik link ini untuk   
  dgr  nasyid ringkas dan sedap didengar.. =) 

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Khattab r.a beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW  bersabda: "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya."

Doa pun jangan dilupakan. InsyaALLAH Allah akan permudahkannya. =) Mudah-mudahan urusan menjadi lancar dan sekiranya   mengalami kesukaran , mudah-mudahan iman kita ini meningkat dan membentuk kita menjadi insan yang lebih bersedia serta tabah mengharungi pancaroba belajar di negara orang. Langkah ini super penting! 

2-Mengenalpasti Kursus - 

Orait.. Selepas berdoa dan membetulkan niat, kita ke langkah seterusnya iaitu mengenalpasti kursus dan universiti pilihan kalbu dan akal. Anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat yang anda perlukan di GOOGLE. Carian  ini mungkin akan membawa anda ke website universiti - universiti yang ada menawarkan kursus berkenaan. Antara aspek penting untuk dilihat ialah: 

  • tarikh permohonan dibuka dan ditutup - penting.. tanak terlepas.. ok.. =) 
  • format kursus - e.g  full-time  research Vs taught course with dissertation 
  • tarikh mula dan tamat pengajian- Kebanyakan universiti mengambil pelajar baru pada bulan September atau Februari. 
  • ranking university/kursus tersebut - maklumat ini penting untuk mengetahui kualiti pendidikan yang bakal kita terima dan juga permohonan biasiswa. Biasanya penaja biasiswa akan mengutamakan top-rank university.

Ok.. pada peringkat ini , mungkin anda akan merasa pening2 lalat untuk memilih universiti mana yang  terbaik untuk anda. Oleh itu , anda boleh bertanyakan pendapat bekas pensyarah , senior, atau orang-orang yang berpengalaman dalam bidang anda ataupun kenalan yang pernah menuntut di universiti tersebut. Selain itu , saya cadangkan untuk anda beristikharah. Lebih mudah untuk membuat keputusan. 


3. Membuat permohonan
Isi borang permohonan dan kepilkan segala requirement pihak universiti. Hal ini biasanya merangkumi personal statement ( justifikasi kenapa kita nak ambik course tu), result IELTS (ada certain Uni boleh ambik IELTS, after buat permohonan) , transkrip bachelor degree dan surat sokongan dari referee.

Pihak Universiti tersebut biasanya akan mengeluarkan offer letter dan offer letter tersebut boleh digunakan untuk memohon biasiswa atau pinjaman. 

(p/s :Kalau nak mohon banyak2 universiti pun boleh. )



4. Memohon Biasiswa/ Pinjaman-
Ok..dah ada tempat nak belajar.. Cantekk.. Alhamdulillah. Ok.. gunakan surat tawaran yang ada dapat tadi untuk memohon kepada pemberi pinjaman/ biasiswa. Terdapat beberapa sumber kewangan yang ada boleh pohon antaranya Kementerian Pelajaran Tinggi , JPA ,MARA , biasiswa commonwealth, biasiswa universiti yang anda mohon tersebut dan banyak lagi pilihan. Kena rajin google ye. =D 


5. Pasport & VISA : 
Ok , tempat belajar pun dah ada, dana pun dah ada. Alhamdulillah. Dah boleh mohon pasport dan VISA dah. Pasport boleh siap dalam masa sesingkat 1 jam. Osem! 


6. Be in touch dengan persatuan/ pelajar Malaysia  di universiti anda. 
Haaa.. ini kena rajin contact. Hal ini penting untuk membantu anda menguruskan penginapan anda di negara tersebut serta membantu anda menyesuaikan diri. Merekalah keluarga anda di perantauan. =) 


Diingatkan di sini , proses ini mungkin berbeza bagi setiap individu kerana setiap manusia adalah unik. Perjalanan saya dan perjalanan kawan-kawan nanti mungkin berlainan. 


Sabda Baginda Rasulullah (s.a.w) ," tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China". 

Itu sahaja. Salam satu Malaysia. Sayangi diri anda dan orang lain.  =) 


3 comments:

  1. baru ter'singgah' ke laman ini.. terima kasih atas perkongsian yg diberikan.. cuma mohon agar pemilik laman dapat membetulkan pernyataan 'tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China'.. ia sebenarnya adalah seruan ulama dan bukannya hadis nabi.. semoga yang membaca komen ini dan juga laman ini mendapat manfaat yang sebaiknya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana membetulkan

    ReplyDelete