Sekiranya kita tidak memberi nilai dan makna kepada sesuatu, bagaimana ianya akan jadi bermakna dan bernilai? Bila tiada makna dan nilai, bagaimana kita mahu mendidik hati dan jiwa kita untuk bersyukur?
Contoh: Ilmu
2 orang pelajar ada ilmu tentang cara-cara hendak membuat rumah. Dua-dua faham A sampai Z. Pelajar A rasa seronoknya ada ilmu ,rasa ilmunya bernilai dan akan membawa manfaat. Pelajar B pula rasa ilmu tu takde apa2 makna. Kita boleh jangka yang pelajar A akan lebih bersyukur dan gembira. =)
Contoh : Pengalaman
Ada 2 orang pelajar mendapat peluang untuk belajar di luar negara. Pelajar A merasakan pengalaman itu paling bermakna manakala pelajar B merasakan pengalaman itu biasa-biasa sahaja. Kita boleh jangka pelajar A akan lebih bersyukur dan gembira. =)
Sekian.Wallahu'alam. Wassalam. =)
No comments:
Post a Comment