Monday, January 6, 2014

Hadiah buku : Seraut Kata Selaut Rasa dari Nur Afiqah Abdullah.. =)

Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdulillah hi rabbil 'alamin.. 

Hari ini saya mendapat hadiah sebuah buku tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi . haaaa... Dari seorang sahabat saya, Nur Afiqah Abdullah, di negeri Kelantan Darul Na'im.Seronoknyaa!! =D 

Ada "313 ungkapan inspirasi cerminan kehidupan","dengan 32 halaman warna-warni perihal cinta". Erm.. begitulah yang ditulis di muka hadapan buku tersebut. 313? Signifikan apakah di sebalik angka 313 itu ? haa. korang ingat tak? Dulu, masa zaman Rasulullah s.a.w, itulah jumlah tentera Islam yang berperang di perang Badar. Di Badar itu, kita menang melawan 1000 tentera kafir Quraisy. Waktu itu bulan puasa tau. MasyaAllah.Hebat tak hebat kuasa iman kepada Allah? Herm, one day nanti , pasti kita akan menang jugak. Step 1, tambah ilmu tentang Islam, pastinya. =) 

Ok. sambung. Bukak-bukak sahaja buku ini, saya tertarik dengan suatu ungkapan, 

Katakan kepada keegoanmu... 'kau' bukan aku! - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.

Erm..Pada saya ego tu ialah suara hati yang kita selalu bergaduh dengannya. Yang selalu merasa angkuh dan mengajak kepada keangkuhan dan perkara buruk yg lain.Oleh itu mungkin kita boleh berkata kepada ego kita sebegini. =) Mudah2an ia mampu menundukkan ego kita. 

Ok.. itu sahaja.. =D untuk kali ini. 

Pesanan khas : Wahai sahabatku,Nur Afiqah Abdullah, semoga buku dan tuan2 dan puan2 di pejabat pos laju mahupun di kedai buku  itu menjadi saksi di sana nanti bahawasanya kamu mengajakku kepada jalan Allah. Jalan kebaikan. Jalan kebenaran. aamiin. 

Wassalam, 
Ain 

No comments:

Post a Comment