Assalamualaikum wbh,
Selamat sejahtera semua..
Alhamdulillah =D sudah pun masuk tahun 2014. Apa azam tahun ini? hehe.. Apapun, aku doakan yang terbaik. Umur rasmi ku pada tahun ini ialah 26 tahun.. Semakin menginjak umurku, semakin dekat aku dengan kematian.Entah esok atau lusa ataupun sejam atau seminit dua dari sekarang. Wallahu'alam.
Erm... berkenaan dengan kematian, sejak kebelakangan ini , berlaku banyak kematian yang aku rasa sangat mengetuk pintu hatiku. Allah menjemput hamba-hambanya yang Dia sayangi dengan penuh kasih sayang. Pemergian hamba-hamba istimewa ini diketahui umum dan ada sinar inspirasi disebaliknya. Antara hamba Allah yang pemergiannya menggerakkan hati saya ialah
1) Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam- pelajar Malaysia di Turkey berusia 20 tahun (boleh tonton di youtube klip pengebumiannya. masyaALLAH).
2) Allahyarham Datuk Bukhari Che Muda- CEO/ founder tv al-hijrah yang meninggal akibat kanser selepas sehari ulangtahun ke 3 tv al-hijrah.
3) Allahyarham Ahmad Rafli Abd Malek- Penguatkuasa JAIP yang ditembak oleh pengikut ajaran sesat kepada lelaki yang mendakwa dirinya sebagai 'tuhan Harun'
4) Allahyarham Aden - Vokalis kumpulan nasyid Edcoustic yang baru2 ini meninggal dunia.
Al-fatihah.Saya tidak pernah mengenali mereka semasa hayat mereka. (Pengecualian buat arwah Aden kerana beliau merupakan vokalis kumpulan nasyid kegemaran saya). Ajaibnya, pemergian mereka sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada saya.Tentang sedikitnya amal yang saya lakukan untuk mengajak manusia ke jalan Allah berbanding dengan apa yang mereka telah kerjakan. Tentang indahnya husnul khatimah yang Allah janjikan. Tentang semangat menyampaikan kebaikan dan menegah kejahatan yang berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Tentang seruan ke jalan Allah itu boleh dilakukan mengikut pelbagai jalan. Tentang bahawasanya keberkatan bukan pada lamanya hidup , tetapi berapa banyak amal yang dilakukan dalam usia yang Allah berikan. MasyaALLAH..
Wahai Allah, Tuhanku yang Maha Agung , yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Rahmatilah hamba-hamba mukminin dan mukminat yang telah pergi mendahuluiku. Kurniakanlah mereka balasan kebaikan di alam kubur dan akhirat kelak. Dengan rahmat dah kasih sayangmu, ampunilah mereka dan masukkanlah mereka ke dalam golongan orang-orang yang beruntung. Aamiiin.
Wassalam ,
Ain
(p/s: Mudah-mudahan kematianku juga suatu inspirasi. insyaALLAH. aamiiin.. =) )
Aku ingin mencintai-Mu - Edcoustic
No comments:
Post a Comment