Monday, January 6, 2014

Hadiah buku : Seraut Kata Selaut Rasa dari Nur Afiqah Abdullah.. =)

Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdulillah hi rabbil 'alamin.. 

Hari ini saya mendapat hadiah sebuah buku tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi . haaaa... Dari seorang sahabat saya, Nur Afiqah Abdullah, di negeri Kelantan Darul Na'im.Seronoknyaa!! =D 

Ada "313 ungkapan inspirasi cerminan kehidupan","dengan 32 halaman warna-warni perihal cinta". Erm.. begitulah yang ditulis di muka hadapan buku tersebut. 313? Signifikan apakah di sebalik angka 313 itu ? haa. korang ingat tak? Dulu, masa zaman Rasulullah s.a.w, itulah jumlah tentera Islam yang berperang di perang Badar. Di Badar itu, kita menang melawan 1000 tentera kafir Quraisy. Waktu itu bulan puasa tau. MasyaAllah.Hebat tak hebat kuasa iman kepada Allah? Herm, one day nanti , pasti kita akan menang jugak. Step 1, tambah ilmu tentang Islam, pastinya. =) 

Ok. sambung. Bukak-bukak sahaja buku ini, saya tertarik dengan suatu ungkapan, 

Katakan kepada keegoanmu... 'kau' bukan aku! - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.

Erm..Pada saya ego tu ialah suara hati yang kita selalu bergaduh dengannya. Yang selalu merasa angkuh dan mengajak kepada keangkuhan dan perkara buruk yg lain.Oleh itu mungkin kita boleh berkata kepada ego kita sebegini. =) Mudah2an ia mampu menundukkan ego kita. 

Ok.. itu sahaja.. =D untuk kali ini. 

Pesanan khas : Wahai sahabatku,Nur Afiqah Abdullah, semoga buku dan tuan2 dan puan2 di pejabat pos laju mahupun di kedai buku  itu menjadi saksi di sana nanti bahawasanya kamu mengajakku kepada jalan Allah. Jalan kebaikan. Jalan kebenaran. aamiin. 

Wassalam, 
Ain 

Saturday, January 4, 2014

Azam 2014..

Assalamualaikum wbh .. hoyeah.. 


             Selamat tahun baru 2014.Azam saya pada tahun ini adalah 'To be a better Muslimah.' insyaaALLAH..aamiiin..  Yezza... tiru Kevin Zahri sikit .. takpe kot.. hehe.. 

              Ok.. Tak nak tulis panjang-panjang,cuma tahun ni saya ingat saya nak senyum lebih banyak dari tahun-tahun yang lepas. Tak nak suram-suram dan berkeluh kesah no more ye walaupun jutaan rintangan yang melanda. InsyaALLAH akan saya usahakan lillahitaala. Lagipun ,senyum itukan sedekah. =D

 Allah juga sukakan hambanya yang menampakkan nikmat yang Allah kurniakan kepadanya. Sesungguhnya rahmat dan nikmat kesenangan  yang Allah beri lebih banyak dari ujian kesukaran. 

Ok, toward a stress-free 2014. Slogan dia ialah.... 

"Only in remembrance of Allah (swt) will your heart find peace" (ar-Ra'd: 28)


InsyaaALLAH.. ok.. Adios Amigos... Semoga sahabat2 sekalian berada dalam keadaan sejahtera dalaman dan luaran.. =D Kerana dirimu begitu berharga. 

Wassalam, 
Ain






Kematian yang menghidupkan.

Assalamualaikum wbh,
Selamat sejahtera semua..
Alhamdulillah =D sudah pun masuk tahun 2014. Apa azam tahun ini? hehe.. Apapun, aku doakan yang terbaik. Umur rasmi ku pada tahun ini ialah 26 tahun.. Semakin menginjak umurku, semakin dekat aku dengan kematian.Entah esok atau lusa ataupun sejam atau seminit dua dari sekarang. Wallahu'alam.

       Erm... berkenaan dengan kematian, sejak kebelakangan ini , berlaku banyak kematian yang aku rasa sangat mengetuk pintu hatiku. Allah menjemput hamba-hambanya yang Dia sayangi dengan penuh kasih sayang. Pemergian hamba-hamba istimewa ini diketahui umum dan ada sinar inspirasi disebaliknya. Antara hamba Allah yang pemergiannya menggerakkan hati saya ialah

1) Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam- pelajar Malaysia di Turkey berusia 20 tahun (boleh tonton di youtube  klip pengebumiannya. masyaALLAH).
2) Allahyarham Datuk Bukhari Che Muda-  CEO/ founder tv al-hijrah yang meninggal akibat kanser selepas sehari ulangtahun ke 3 tv al-hijrah.
3) Allahyarham Ahmad Rafli Abd Malek- Penguatkuasa JAIP yang ditembak oleh pengikut ajaran sesat kepada lelaki yang mendakwa dirinya sebagai 'tuhan Harun'
4) Allahyarham Aden - Vokalis kumpulan nasyid Edcoustic yang baru2 ini meninggal dunia.

      Al-fatihah.Saya tidak pernah mengenali mereka semasa hayat mereka. (Pengecualian buat arwah Aden kerana beliau merupakan vokalis kumpulan nasyid kegemaran saya). Ajaibnya, pemergian mereka sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada saya.Tentang sedikitnya amal yang saya lakukan untuk mengajak manusia ke jalan Allah berbanding dengan apa yang mereka telah kerjakan. Tentang indahnya husnul khatimah yang Allah janjikan. Tentang semangat menyampaikan kebaikan dan menegah kejahatan yang berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Tentang seruan ke jalan Allah itu boleh dilakukan mengikut pelbagai jalan. Tentang bahawasanya keberkatan bukan pada lamanya hidup , tetapi berapa banyak amal yang dilakukan dalam usia yang Allah berikan. MasyaALLAH..
 
     Wahai Allah, Tuhanku yang Maha Agung , yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Rahmatilah hamba-hamba mukminin dan mukminat yang telah pergi mendahuluiku. Kurniakanlah mereka balasan kebaikan di alam kubur dan akhirat kelak. Dengan rahmat dah kasih sayangmu, ampunilah mereka dan masukkanlah mereka ke dalam golongan orang-orang yang beruntung. Aamiiin.


Wassalam ,
Ain

(p/s: Mudah-mudahan kematianku juga suatu inspirasi. insyaALLAH. aamiiin.. =) )
Aku ingin mencintai-Mu - Edcoustic