Assalamualaikum wbh,
Ramadhan Kareem everyone! =D Jawapnya “Allahuakram” ya. Yang ini saya belajar dari
ustazah Norhafizah Musa di radio IKIM di segmen Usrati (setiap hari khamis
jam 5.15 ptg) . Kita boleh wish kawan2 ahli keluarga.Hari2 pun takpa. Maksudnya
“Ramadan yang Mulia” dan jawabnya “Allah yang lebih Mulia”.
Alhamdulillah , baru-baru ini (21-22 /6/2014) saya dan rakan-rakan (Afiqah, Afifah,Yaya)
berkesempatan untuk menghadiri seminar Divine Speech yang dianjurkan oleh
Bayyinah Institute di PICC, Putrajaya bersama ribuan pengunjung yang lain.
Seminar dua + satu per enam hari ini disampaikan oleh ustaz Nouman Ali Khan
yang Awesome!(Whaaattt??!! This is crazy!!! ) hahaha.. Al-maklum lah sebelum ni
sekadar bertemu di video youtube sahaja. MasyaALLAH. Alhamdulillah sempat juga belajar face-to-face dan mencedok sedikit sebanyak ilmu buat penerang jiwa dan hati yang hampir
mati kerana jahilnya diri. uhuk!
Topik yang dibincangkan ,tak lain tak bukan, ialah tentang al-Quran dari sudut keajaiban linguistik. “Our discussion today is on What makes al-Quran beautiful.” Lebih kurang begitu katanya. InsyaALLAH, saya akan cuba kongsikan artikel-artikel berkaitan di masa akan datang dengan harapan boleh memberi manfaat kepada orang lain dan juga untuk mencari reda Allah. =) aamiin.
Alhamdulillah, antara pelbagai topik bermanfaat yang dibincangkan oleh ustaz Nouman ialah perbezaan antara Sombong dan Yakin. Sombong ialah bila kita
1) kagum dengan diri sendiri dan 2) merasakan orang lain lebih
rendah statusnya dari kita.
Low class katanyee.... uhuk3.. Aduh.. terkena
batang hidung ketika itu juga. Sesiapa yang mempunyai sifat sombong walau
sebesar zarah pun dalam hatinya, maka
dia takkan layak masuk ke syurga ALLAH. No, you cannot. Tiada tempat untuk orang yang
sombong di syurga Allah. Lihat sahaja syaitan laknatullah yang diusir dari
syuga Allah nan Indah, dilucut jawatan sebagai ketua Malaikat, hilang segala
darjat yang dikurniakan Allah padanya kerana dia sombong dan enggan bersujud
kepada nabi Adam a.s. Dengan segala Kekuatan dan Keperkasaan serta sifatnya
yang Maha Sempurna,hanya Allah s.w.t sahaja yang layak sombong. Konklusinya,
sifat sombong itu tak elok untuk makhluk. Semoga Allah melindungi kita dari
sifat sombong.
Sebaliknya, sifat Yakin itu elok dan baik untuk
makhluk. Yakin itu ialah bersikap positif dalam melakukan sesuatu yang akan
membawa manfaat kepada orang lain. Ustaz Nouman telah menjelaskan kisah yang
Allah s.w.t ceritakan menerusi kisah nabi Yusuf a.s. Di dalam al-Quran, setelah
dibebaskan dari penjara, Nabi Yusuf a.s telah dengan yakin dan jayanya,menawarkan
dirinya sebagai bendarawan Negara atau dalam istilah hari ini mungkin bersamaan
dengan Menteri Kewangan Negara Mesir. Anda bayangkan betapa yakinnya nabi Yusuf
a.s. =D Dari seorang tahanan penjara menjadi bendaharawan Negara. This is
awesome!! =D
"Dan raja berkata:
'Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang tepat bagiku.'
Maka tatkala raja telah bercakap- cakap dengan dia, dia berkata: 'Sesungguhnya
kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai
pada sisi kami.' Berkatalah Yusuf: 'Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir);
sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan.' Dan
demikian Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di negeri Mesir; (dia berkuasa
penuh) pergi menuju ke mana saja yang ia kehendaki di bumi Mesir itu. Kami
melimpahkan rahmat Kami kepada siapa saja yang Kami kehendaki dan Kami tidak
menyia- nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik. Dan sesungguhnya pahala
di akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan bertakwa."
(QS. Yusuf: 54-57)
Juga, yang ini berdasarkan pemerhatian saya , Nabi Yusuf a.s telah menyatakan sebab kenapa baginda layak untuk diangkat
menjadi bendaharawan Mesir . “Sesungguhnya aku adalah orang yang
pandai menjaga , lagi berpengetahuan”.MasyaALLAH. Bila kita ada sesuatu kebolehan, sila yakin. =)
Erm… tapi.. kadang-kadang kita takut dan 'yakin' bertukar jadi riak dan takjub dan sombong serta yang sewaktu dengannya. Saya pun
mepunyai kerisauan yang sama.Tapi Allah faham kerisauan kita, cuba kita
perhatikan apa yang Allah firmankan
…..Kami tidak menyia-
nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik. Dan sesungguhnya pahala di
akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan bertakwa."
MashaALLAH.
Biiiyutiful! Allahu sami’ul Alim. Belum tanya soalan di mulut, jawapannya
sudah ada dalam al-Quran. Allah ingatkan kita bahawa focus pada pahala akhirat
itu lebih baik dari kita rasa riak dan takjub dan sombong serta yang sewaktu
dengannya.
Kesimpulannya, kalau kita tahu yang kita ada suatu
kelebihan yang Allah kurniakan, dan dengan kelebihan itu, kita akan memberi
manfaat kepada orang lain, jadi jangan segan silu. Hendaklah kita yakin dan
lebih fokus kepada pahala akhirat kita berbanding imbuhan dunia. Nikmat dunia
itu bonus. Adanya disyukuri, kalau tak ada diredai. =) Syurga juga yang kita
cari. InsyaALLAH.Mudah-mudahan kita
termasuk dari golongan orang yang beriman dan bertakwa. Amiiin.
Rabbana Takabbal minna.Inna ka antassami’ul alim”
Wahai tuhan kami, Terimalah dari kami, Sesungguhnya Engkau Maha mendengar lagi
Maha Mengetahui.
Jazakillahukhair for reading. =D Segala yang baik dari Allah jua.
Wassalam.
Ain
(p/s: Baca
kisah yang lebih terperinci selanjutnya
dalam surat Yusuf =)