Tuesday, July 8, 2014

Antara Sombong dan Yakin

Assalamualaikum wbh,

Ramadhan Kareem everyone! =D  Jawapnya “Allahuakram” ya. Yang ini saya belajar dari ustazah Norhafizah Musa di radio IKIM di segmen Usrati (setiap hari khamis jam 5.15 ptg) . Kita boleh wish kawan2 ahli keluarga.Hari2 pun takpa. Maksudnya “Ramadan yang Mulia” dan jawabnya “Allah yang lebih Mulia”.

Alhamdulillah , baru-baru ini (21-22 /6/2014)  saya dan rakan-rakan (Afiqah, Afifah,Yaya) berkesempatan untuk menghadiri seminar Divine Speech yang dianjurkan oleh Bayyinah Institute di PICC, Putrajaya bersama ribuan pengunjung yang lain. Seminar dua + satu per enam hari ini disampaikan oleh ustaz Nouman Ali Khan yang Awesome!(Whaaattt??!! This is crazy!!! ) hahaha.. Al-maklum lah sebelum ni sekadar bertemu di video youtube sahaja. MasyaALLAH.  Alhamdulillah sempat juga belajar face-to-face dan mencedok sedikit sebanyak ilmu buat penerang jiwa dan hati yang hampir mati kerana jahilnya diri. uhuk!

Topik yang dibincangkan ,tak lain tak bukan, ialah tentang al-Quran dari sudut keajaiban linguistik. “Our discussion today is on What makes al-Quran beautiful.” Lebih kurang begitu katanya. InsyaALLAH, saya akan cuba kongsikan artikel-artikel berkaitan di masa akan datang dengan harapan boleh memberi manfaat kepada orang lain dan juga untuk mencari reda Allah. =) aamiin. 

Alhamdulillah, antara pelbagai topik bermanfaat yang dibincangkan oleh ustaz Nouman ialah perbezaan antara Sombong dan Yakin. Sombong ialah bila kita 
1) kagum dengan diri sendiri dan 2) merasakan orang lain lebih rendah statusnya dari kita. 
Low class katanyee.... uhuk3.. Aduh.. terkena batang hidung ketika itu juga. Sesiapa yang mempunyai sifat sombong walau sebesar zarah pun dalam hatinya, maka  dia takkan layak masuk ke syurga ALLAH. No, you cannot. Tiada tempat untuk orang yang sombong di syurga Allah. Lihat sahaja syaitan laknatullah yang diusir dari syuga Allah nan Indah, dilucut jawatan sebagai ketua Malaikat, hilang segala darjat yang dikurniakan Allah padanya kerana dia sombong dan enggan bersujud kepada nabi Adam a.s. Dengan segala Kekuatan dan Keperkasaan serta sifatnya yang Maha Sempurna,hanya Allah s.w.t sahaja yang layak sombong. Konklusinya, sifat sombong itu tak elok untuk makhluk. Semoga Allah melindungi kita dari sifat sombong.

Sebaliknya, sifat Yakin itu elok dan baik untuk makhluk. Yakin itu ialah bersikap positif dalam melakukan sesuatu yang akan membawa manfaat kepada orang lain. Ustaz Nouman telah menjelaskan kisah yang Allah s.w.t ceritakan menerusi kisah nabi Yusuf a.s. Di dalam al-Quran, setelah dibebaskan dari penjara, Nabi Yusuf a.s telah dengan yakin dan jayanya,menawarkan dirinya sebagai bendarawan Negara atau dalam istilah hari ini mungkin bersamaan dengan Menteri Kewangan Negara Mesir. Anda bayangkan betapa yakinnya nabi Yusuf a.s. =D Dari seorang tahanan penjara menjadi bendaharawan Negara. This is awesome!! =D

"Dan raja berkata: 'Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang tepat bagiku.' Maka tatkala raja telah bercakap- cakap dengan dia, dia berkata: 'Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami.' Berkatalah Yusuf: 'Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan.' Dan demikian Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di negeri Mesir; (dia berkuasa penuh) pergi menuju ke mana saja yang ia kehendaki di bumi Mesir itu. Kami melimpahkan rahmat Kami kepada siapa saja yang Kami kehendaki dan Kami tidak menyia- nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik. Dan sesungguhnya pahala di akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan bertakwa." (QS. Yusuf: 54-57)

Juga, yang ini berdasarkan pemerhatian saya , Nabi Yusuf a.s telah menyatakan sebab kenapa baginda layak untuk diangkat menjadi bendaharawan Mesir . “Sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga , lagi berpengetahuan”.MasyaALLAH. Bila kita ada sesuatu kebolehan, sila yakin. =) 

Erm… tapi.. kadang-kadang kita takut dan 'yakin' bertukar jadi riak dan takjub dan sombong serta yang sewaktu dengannya. Saya pun mepunyai kerisauan yang sama.Tapi Allah faham kerisauan kita, cuba kita perhatikan apa yang Allah firmankan
…..Kami tidak menyia- nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik. Dan sesungguhnya pahala di akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan bertakwa."

MashaALLAH. Biiiyutiful! Allahu sami’ul Alim. Belum tanya soalan di mulut, jawapannya sudah ada dalam al-Quran. Allah ingatkan kita bahawa focus pada pahala akhirat itu lebih baik dari kita rasa riak dan takjub dan sombong serta yang sewaktu dengannya.

Kesimpulannya, kalau kita tahu yang kita ada suatu kelebihan yang Allah kurniakan, dan dengan kelebihan itu, kita akan memberi manfaat kepada orang lain, jadi jangan segan silu. Hendaklah kita yakin dan lebih fokus kepada pahala akhirat kita berbanding imbuhan dunia. Nikmat dunia itu bonus. Adanya disyukuri, kalau tak ada diredai. =) Syurga juga yang kita cari.  InsyaALLAH.Mudah-mudahan kita termasuk dari golongan orang yang beriman dan bertakwa. Amiiin.

Rabbana Takabbal minna.Inna ka antassami’ul alim” Wahai tuhan kami, Terimalah dari kami, Sesungguhnya Engkau Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Jazakillahukhair for reading. =D Segala yang baik dari Allah jua. 

Wassalam.
Ain



 (p/s: Baca kisah yang lebih terperinci  selanjutnya dalam surat Yusuf =) 

Pelajar Sejati

Pelajar sejati,
Dengan ilmu yang dicari,
pada ummah dia berbakti
Terpelihara dari tujuan peribadi,
Segalanya ikhlas demi Ilahi

Pelajar sejati,
Menghargai tiap titis ilmu yang diberi
Pada guru sentiasa dipandang tinggi
Disusun setiap bicara budi
Jasa murabbi sentiasa diingati.

Pelajar  sejati,
Tidak pernah merasa dengki
Pada lebihnya rezeki ,
Setiap sahabat yang menemani

Pelajar sejati,
Fikiran sejernih air di kali
Hati sebersih kain di dobi
Kelebihan diri dia syukuri
Kelemahan diri dia perbaiki.

Pelajar sejati
Semoga sentiasa dilindungi Ilahi

Dari bisikan nafsu  duniawi.

Thursday, May 8, 2014

Nilai dan Makna

Sekiranya kita tidak memberi nilai dan makna kepada sesuatu, bagaimana ianya akan jadi bermakna dan bernilai? Bila tiada makna dan nilai, bagaimana kita mahu mendidik hati dan jiwa kita untuk bersyukur?

Contoh: Ilmu
2 orang pelajar ada ilmu tentang cara-cara hendak membuat rumah. Dua-dua faham A sampai Z. Pelajar A rasa seronoknya ada ilmu ,rasa ilmunya bernilai dan akan membawa manfaat. Pelajar B pula rasa ilmu tu takde apa2 makna.  Kita boleh jangka yang pelajar A akan lebih bersyukur dan gembira. =)

Contoh : Pengalaman
Ada 2 orang pelajar mendapat peluang untuk belajar di luar negara. Pelajar A merasakan pengalaman itu paling bermakna manakala pelajar B merasakan pengalaman itu biasa-biasa sahaja. Kita boleh jangka pelajar A akan lebih bersyukur dan gembira. =)

Sekian.Wallahu'alam. Wassalam. =)

Saturday, May 3, 2014

Melanjutkan pelajaran di luar negara di peringkat Sarjana.

           
Assalamualaikum wbh. Artikel ini telah lama saya tulis , cuma terperap di bahagian draf tanpa dipedulikan. aduhai. Kepada rakan-rakan yang berminat melanjutkan pelajaran. InsyaALLAH artikel yang saya tulis ini sedikit sebanyak boleh membantu ya. =) 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


   Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada rakan2 yang masih membaca blog ini walaupun sudah lama saya tidak menulis dan mengemaskininya. Alhamdulillah seperti ramai yang dah tahu , saya kini sedang melanjutkan pelajaran di University of Sheffield di United Kingdom dalam jurusan MSc in Speech and Cleft. Program ini berjalan selama 1 tahun bermula dari September 2011 dan dijangka tamat pada September 2012. (dah nak abis.. huaaa).InsyaALLAH.

              Alhamdulillah. Ada beberapa orang rakan yang turut menyatakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di peringkat Sarjana. Jadi di sini saya akan nyatakan proses-proses asas yang perlu dilalui. =)InsyaALLAH.

1.Niat yang betul dan doa.

Setiap sesuatu usaha/amal perlu dimulakan dengan niat(Hadis 1).<-- i="">kawan2 boleh klik link ini untuk   
  dgr  nasyid ringkas dan sedap didengar.. =) 

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Khattab r.a beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW  bersabda: "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya."

Doa pun jangan dilupakan. InsyaALLAH Allah akan permudahkannya. =) Mudah-mudahan urusan menjadi lancar dan sekiranya   mengalami kesukaran , mudah-mudahan iman kita ini meningkat dan membentuk kita menjadi insan yang lebih bersedia serta tabah mengharungi pancaroba belajar di negara orang. Langkah ini super penting! 

2-Mengenalpasti Kursus - 

Orait.. Selepas berdoa dan membetulkan niat, kita ke langkah seterusnya iaitu mengenalpasti kursus dan universiti pilihan kalbu dan akal. Anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat yang anda perlukan di GOOGLE. Carian  ini mungkin akan membawa anda ke website universiti - universiti yang ada menawarkan kursus berkenaan. Antara aspek penting untuk dilihat ialah: 

  • tarikh permohonan dibuka dan ditutup - penting.. tanak terlepas.. ok.. =) 
  • format kursus - e.g  full-time  research Vs taught course with dissertation 
  • tarikh mula dan tamat pengajian- Kebanyakan universiti mengambil pelajar baru pada bulan September atau Februari. 
  • ranking university/kursus tersebut - maklumat ini penting untuk mengetahui kualiti pendidikan yang bakal kita terima dan juga permohonan biasiswa. Biasanya penaja biasiswa akan mengutamakan top-rank university.

Ok.. pada peringkat ini , mungkin anda akan merasa pening2 lalat untuk memilih universiti mana yang  terbaik untuk anda. Oleh itu , anda boleh bertanyakan pendapat bekas pensyarah , senior, atau orang-orang yang berpengalaman dalam bidang anda ataupun kenalan yang pernah menuntut di universiti tersebut. Selain itu , saya cadangkan untuk anda beristikharah. Lebih mudah untuk membuat keputusan. 


3. Membuat permohonan
Isi borang permohonan dan kepilkan segala requirement pihak universiti. Hal ini biasanya merangkumi personal statement ( justifikasi kenapa kita nak ambik course tu), result IELTS (ada certain Uni boleh ambik IELTS, after buat permohonan) , transkrip bachelor degree dan surat sokongan dari referee.

Pihak Universiti tersebut biasanya akan mengeluarkan offer letter dan offer letter tersebut boleh digunakan untuk memohon biasiswa atau pinjaman. 

(p/s :Kalau nak mohon banyak2 universiti pun boleh. )



4. Memohon Biasiswa/ Pinjaman-
Ok..dah ada tempat nak belajar.. Cantekk.. Alhamdulillah. Ok.. gunakan surat tawaran yang ada dapat tadi untuk memohon kepada pemberi pinjaman/ biasiswa. Terdapat beberapa sumber kewangan yang ada boleh pohon antaranya Kementerian Pelajaran Tinggi , JPA ,MARA , biasiswa commonwealth, biasiswa universiti yang anda mohon tersebut dan banyak lagi pilihan. Kena rajin google ye. =D 


5. Pasport & VISA : 
Ok , tempat belajar pun dah ada, dana pun dah ada. Alhamdulillah. Dah boleh mohon pasport dan VISA dah. Pasport boleh siap dalam masa sesingkat 1 jam. Osem! 


6. Be in touch dengan persatuan/ pelajar Malaysia  di universiti anda. 
Haaa.. ini kena rajin contact. Hal ini penting untuk membantu anda menguruskan penginapan anda di negara tersebut serta membantu anda menyesuaikan diri. Merekalah keluarga anda di perantauan. =) 


Diingatkan di sini , proses ini mungkin berbeza bagi setiap individu kerana setiap manusia adalah unik. Perjalanan saya dan perjalanan kawan-kawan nanti mungkin berlainan. 


Sabda Baginda Rasulullah (s.a.w) ," tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China". 

Itu sahaja. Salam satu Malaysia. Sayangi diri anda dan orang lain.  =) 


Tak boleh takut lagi

Aku tak boleh takut lagi
Aku mesti hidup dengan senyum
Walaupun dalam hatiku ada gentar

Aku tak boleh takut lagi
Mataku mesti celik, telingaku mesti peka, mindaku mesti terbuka
Agar dapat ku pelajari dari pengalaman yang ku rasa

Aku tak boleh takut lagi
Pada mungkinnya berlaku kesakitan
Pada mungkinnya berlaku perpisahan
Kerana kesakitan akan sembuh
Kerana ukhuwah kan tetap utuh

Aku tak boleh takut lagi
Pada unsur-unsur duniawi

Aku tak boleh takut lagi
Kerana kudratku diperlukan ummah ini

Demi satu kasih Ilahi
Dan satu lafaz Nabi - "Ummati Ummati Ummati"

Aku tak boleh takut lagi.

11.12 p.m ; 8/12/13 ; Kuantan Pahang




Monday, January 6, 2014

Hadiah buku : Seraut Kata Selaut Rasa dari Nur Afiqah Abdullah.. =)

Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdulillah hi rabbil 'alamin.. 

Hari ini saya mendapat hadiah sebuah buku tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi . haaaa... Dari seorang sahabat saya, Nur Afiqah Abdullah, di negeri Kelantan Darul Na'im.Seronoknyaa!! =D 

Ada "313 ungkapan inspirasi cerminan kehidupan","dengan 32 halaman warna-warni perihal cinta". Erm.. begitulah yang ditulis di muka hadapan buku tersebut. 313? Signifikan apakah di sebalik angka 313 itu ? haa. korang ingat tak? Dulu, masa zaman Rasulullah s.a.w, itulah jumlah tentera Islam yang berperang di perang Badar. Di Badar itu, kita menang melawan 1000 tentera kafir Quraisy. Waktu itu bulan puasa tau. MasyaAllah.Hebat tak hebat kuasa iman kepada Allah? Herm, one day nanti , pasti kita akan menang jugak. Step 1, tambah ilmu tentang Islam, pastinya. =) 

Ok. sambung. Bukak-bukak sahaja buku ini, saya tertarik dengan suatu ungkapan, 

Katakan kepada keegoanmu... 'kau' bukan aku! - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.

Erm..Pada saya ego tu ialah suara hati yang kita selalu bergaduh dengannya. Yang selalu merasa angkuh dan mengajak kepada keangkuhan dan perkara buruk yg lain.Oleh itu mungkin kita boleh berkata kepada ego kita sebegini. =) Mudah2an ia mampu menundukkan ego kita. 

Ok.. itu sahaja.. =D untuk kali ini. 

Pesanan khas : Wahai sahabatku,Nur Afiqah Abdullah, semoga buku dan tuan2 dan puan2 di pejabat pos laju mahupun di kedai buku  itu menjadi saksi di sana nanti bahawasanya kamu mengajakku kepada jalan Allah. Jalan kebaikan. Jalan kebenaran. aamiin. 

Wassalam, 
Ain 

Saturday, January 4, 2014

Azam 2014..

Assalamualaikum wbh .. hoyeah.. 


             Selamat tahun baru 2014.Azam saya pada tahun ini adalah 'To be a better Muslimah.' insyaaALLAH..aamiiin..  Yezza... tiru Kevin Zahri sikit .. takpe kot.. hehe.. 

              Ok.. Tak nak tulis panjang-panjang,cuma tahun ni saya ingat saya nak senyum lebih banyak dari tahun-tahun yang lepas. Tak nak suram-suram dan berkeluh kesah no more ye walaupun jutaan rintangan yang melanda. InsyaALLAH akan saya usahakan lillahitaala. Lagipun ,senyum itukan sedekah. =D

 Allah juga sukakan hambanya yang menampakkan nikmat yang Allah kurniakan kepadanya. Sesungguhnya rahmat dan nikmat kesenangan  yang Allah beri lebih banyak dari ujian kesukaran. 

Ok, toward a stress-free 2014. Slogan dia ialah.... 

"Only in remembrance of Allah (swt) will your heart find peace" (ar-Ra'd: 28)


InsyaaALLAH.. ok.. Adios Amigos... Semoga sahabat2 sekalian berada dalam keadaan sejahtera dalaman dan luaran.. =D Kerana dirimu begitu berharga. 

Wassalam, 
Ain