Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Tuesday, July 8, 2014

Pelajar Sejati

Pelajar sejati,
Dengan ilmu yang dicari,
pada ummah dia berbakti
Terpelihara dari tujuan peribadi,
Segalanya ikhlas demi Ilahi

Pelajar sejati,
Menghargai tiap titis ilmu yang diberi
Pada guru sentiasa dipandang tinggi
Disusun setiap bicara budi
Jasa murabbi sentiasa diingati.

Pelajar  sejati,
Tidak pernah merasa dengki
Pada lebihnya rezeki ,
Setiap sahabat yang menemani

Pelajar sejati,
Fikiran sejernih air di kali
Hati sebersih kain di dobi
Kelebihan diri dia syukuri
Kelemahan diri dia perbaiki.

Pelajar sejati
Semoga sentiasa dilindungi Ilahi

Dari bisikan nafsu  duniawi.

Saturday, May 3, 2014

Tak boleh takut lagi

Aku tak boleh takut lagi
Aku mesti hidup dengan senyum
Walaupun dalam hatiku ada gentar

Aku tak boleh takut lagi
Mataku mesti celik, telingaku mesti peka, mindaku mesti terbuka
Agar dapat ku pelajari dari pengalaman yang ku rasa

Aku tak boleh takut lagi
Pada mungkinnya berlaku kesakitan
Pada mungkinnya berlaku perpisahan
Kerana kesakitan akan sembuh
Kerana ukhuwah kan tetap utuh

Aku tak boleh takut lagi
Pada unsur-unsur duniawi

Aku tak boleh takut lagi
Kerana kudratku diperlukan ummah ini

Demi satu kasih Ilahi
Dan satu lafaz Nabi - "Ummati Ummati Ummati"

Aku tak boleh takut lagi.

11.12 p.m ; 8/12/13 ; Kuantan Pahang




Tuesday, November 26, 2013

Tribute untuk Saudara baruku.. =D

Mereka bukan calang2 orangnya. Mereka insan yang hebat. Sekali mereka faham kebenaranNya, mereka tidak akan menoleh lagi ke belakang. Sekali hati mereka tercelup dalam celupan yang hakiki, tiada yang akan dapat menghalangnya. Harga hidayah buat mereka ialah pengorbanan yang tinggi baik harta mahupun keluarga. Kerana itu mereka sangat kenal betapa mahal dan istimewanya hidayah. Saudara baru ku , siapa pun kamu, di mana pun kamu, aku doakan semoga terus tsabat di jalan-Nya.  fighting!

Kamu insan terpilih , 
Kamu juga insan yang memilih, 
Dari pelbagai jalan dusta terhias indah, 
Kamu pilih syahadah, 
Kamu pilih beriman kepada Allah, 

Kamu bukan calang-calang orangnya, 
Hamba yang sangat dikasihi rabb-Nya, 
Kerana hidayah itu cukup istimewa, 
Kamu sanggup berkorban keluarga dan harta, 
Semoga Allah terus redha,

Wahai saudaraku,
kamu insan yang hebat,
walau sejuta ujian menghambat,
dijalan Islam ini, semoga terus tsabat,
Moga berjaya di dunia dan di akhirat. =)

26/11/2013 -23 Muharram 1435 .




Sunday, December 16, 2012

Kuasa

Aku tidak boleh berkuasa atas setiap sesuatu
setiap semua yang terjadi dalam hidupku
Aku tidak boleh menguasai sesiapa
Sesiapa yang hadir dalam hidupku
Berkuasa atas sesuatu dan sesiapa,
bukanlah suatu keperluan
Ia cuma kehendak dari satu jiwa
Jiwa yang mempunyai nafsu
Jadi tidak ku citakan untuk berkuasa dan menguasai
Kerana hakikatnya aku juga hamba padaNya.
hamba Tuhanku yang Maha Kuasa.
Dan kiranya aku dikurniakan kuasa ,
Cukup buatku kuasa mengawal nafsuku.