Monday, January 6, 2014

Hadiah buku : Seraut Kata Selaut Rasa dari Nur Afiqah Abdullah.. =)

Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdulillah hi rabbil 'alamin.. 

Hari ini saya mendapat hadiah sebuah buku tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi . haaaa... Dari seorang sahabat saya, Nur Afiqah Abdullah, di negeri Kelantan Darul Na'im.Seronoknyaa!! =D 

Ada "313 ungkapan inspirasi cerminan kehidupan","dengan 32 halaman warna-warni perihal cinta". Erm.. begitulah yang ditulis di muka hadapan buku tersebut. 313? Signifikan apakah di sebalik angka 313 itu ? haa. korang ingat tak? Dulu, masa zaman Rasulullah s.a.w, itulah jumlah tentera Islam yang berperang di perang Badar. Di Badar itu, kita menang melawan 1000 tentera kafir Quraisy. Waktu itu bulan puasa tau. MasyaAllah.Hebat tak hebat kuasa iman kepada Allah? Herm, one day nanti , pasti kita akan menang jugak. Step 1, tambah ilmu tentang Islam, pastinya. =) 

Ok. sambung. Bukak-bukak sahaja buku ini, saya tertarik dengan suatu ungkapan, 

Katakan kepada keegoanmu... 'kau' bukan aku! - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.

Erm..Pada saya ego tu ialah suara hati yang kita selalu bergaduh dengannya. Yang selalu merasa angkuh dan mengajak kepada keangkuhan dan perkara buruk yg lain.Oleh itu mungkin kita boleh berkata kepada ego kita sebegini. =) Mudah2an ia mampu menundukkan ego kita. 

Ok.. itu sahaja.. =D untuk kali ini. 

Pesanan khas : Wahai sahabatku,Nur Afiqah Abdullah, semoga buku dan tuan2 dan puan2 di pejabat pos laju mahupun di kedai buku  itu menjadi saksi di sana nanti bahawasanya kamu mengajakku kepada jalan Allah. Jalan kebaikan. Jalan kebenaran. aamiin. 

Wassalam, 
Ain 

Saturday, January 4, 2014

Azam 2014..

Assalamualaikum wbh .. hoyeah.. 


             Selamat tahun baru 2014.Azam saya pada tahun ini adalah 'To be a better Muslimah.' insyaaALLAH..aamiiin..  Yezza... tiru Kevin Zahri sikit .. takpe kot.. hehe.. 

              Ok.. Tak nak tulis panjang-panjang,cuma tahun ni saya ingat saya nak senyum lebih banyak dari tahun-tahun yang lepas. Tak nak suram-suram dan berkeluh kesah no more ye walaupun jutaan rintangan yang melanda. InsyaALLAH akan saya usahakan lillahitaala. Lagipun ,senyum itukan sedekah. =D

 Allah juga sukakan hambanya yang menampakkan nikmat yang Allah kurniakan kepadanya. Sesungguhnya rahmat dan nikmat kesenangan  yang Allah beri lebih banyak dari ujian kesukaran. 

Ok, toward a stress-free 2014. Slogan dia ialah.... 

"Only in remembrance of Allah (swt) will your heart find peace" (ar-Ra'd: 28)


InsyaaALLAH.. ok.. Adios Amigos... Semoga sahabat2 sekalian berada dalam keadaan sejahtera dalaman dan luaran.. =D Kerana dirimu begitu berharga. 

Wassalam, 
Ain






Kematian yang menghidupkan.

Assalamualaikum wbh,
Selamat sejahtera semua..
Alhamdulillah =D sudah pun masuk tahun 2014. Apa azam tahun ini? hehe.. Apapun, aku doakan yang terbaik. Umur rasmi ku pada tahun ini ialah 26 tahun.. Semakin menginjak umurku, semakin dekat aku dengan kematian.Entah esok atau lusa ataupun sejam atau seminit dua dari sekarang. Wallahu'alam.

       Erm... berkenaan dengan kematian, sejak kebelakangan ini , berlaku banyak kematian yang aku rasa sangat mengetuk pintu hatiku. Allah menjemput hamba-hambanya yang Dia sayangi dengan penuh kasih sayang. Pemergian hamba-hamba istimewa ini diketahui umum dan ada sinar inspirasi disebaliknya. Antara hamba Allah yang pemergiannya menggerakkan hati saya ialah

1) Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam- pelajar Malaysia di Turkey berusia 20 tahun (boleh tonton di youtube  klip pengebumiannya. masyaALLAH).
2) Allahyarham Datuk Bukhari Che Muda-  CEO/ founder tv al-hijrah yang meninggal akibat kanser selepas sehari ulangtahun ke 3 tv al-hijrah.
3) Allahyarham Ahmad Rafli Abd Malek- Penguatkuasa JAIP yang ditembak oleh pengikut ajaran sesat kepada lelaki yang mendakwa dirinya sebagai 'tuhan Harun'
4) Allahyarham Aden - Vokalis kumpulan nasyid Edcoustic yang baru2 ini meninggal dunia.

      Al-fatihah.Saya tidak pernah mengenali mereka semasa hayat mereka. (Pengecualian buat arwah Aden kerana beliau merupakan vokalis kumpulan nasyid kegemaran saya). Ajaibnya, pemergian mereka sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada saya.Tentang sedikitnya amal yang saya lakukan untuk mengajak manusia ke jalan Allah berbanding dengan apa yang mereka telah kerjakan. Tentang indahnya husnul khatimah yang Allah janjikan. Tentang semangat menyampaikan kebaikan dan menegah kejahatan yang berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Tentang seruan ke jalan Allah itu boleh dilakukan mengikut pelbagai jalan. Tentang bahawasanya keberkatan bukan pada lamanya hidup , tetapi berapa banyak amal yang dilakukan dalam usia yang Allah berikan. MasyaALLAH..
 
     Wahai Allah, Tuhanku yang Maha Agung , yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Rahmatilah hamba-hamba mukminin dan mukminat yang telah pergi mendahuluiku. Kurniakanlah mereka balasan kebaikan di alam kubur dan akhirat kelak. Dengan rahmat dah kasih sayangmu, ampunilah mereka dan masukkanlah mereka ke dalam golongan orang-orang yang beruntung. Aamiiin.


Wassalam ,
Ain

(p/s: Mudah-mudahan kematianku juga suatu inspirasi. insyaALLAH. aamiiin.. =) )
Aku ingin mencintai-Mu - Edcoustic


Tuesday, November 26, 2013

Tribute untuk Saudara baruku.. =D

Mereka bukan calang2 orangnya. Mereka insan yang hebat. Sekali mereka faham kebenaranNya, mereka tidak akan menoleh lagi ke belakang. Sekali hati mereka tercelup dalam celupan yang hakiki, tiada yang akan dapat menghalangnya. Harga hidayah buat mereka ialah pengorbanan yang tinggi baik harta mahupun keluarga. Kerana itu mereka sangat kenal betapa mahal dan istimewanya hidayah. Saudara baru ku , siapa pun kamu, di mana pun kamu, aku doakan semoga terus tsabat di jalan-Nya.  fighting!

Kamu insan terpilih , 
Kamu juga insan yang memilih, 
Dari pelbagai jalan dusta terhias indah, 
Kamu pilih syahadah, 
Kamu pilih beriman kepada Allah, 

Kamu bukan calang-calang orangnya, 
Hamba yang sangat dikasihi rabb-Nya, 
Kerana hidayah itu cukup istimewa, 
Kamu sanggup berkorban keluarga dan harta, 
Semoga Allah terus redha,

Wahai saudaraku,
kamu insan yang hebat,
walau sejuta ujian menghambat,
dijalan Islam ini, semoga terus tsabat,
Moga berjaya di dunia dan di akhirat. =)

26/11/2013 -23 Muharram 1435 .




Sunday, December 16, 2012

Kuasa

Aku tidak boleh berkuasa atas setiap sesuatu
setiap semua yang terjadi dalam hidupku
Aku tidak boleh menguasai sesiapa
Sesiapa yang hadir dalam hidupku
Berkuasa atas sesuatu dan sesiapa,
bukanlah suatu keperluan
Ia cuma kehendak dari satu jiwa
Jiwa yang mempunyai nafsu
Jadi tidak ku citakan untuk berkuasa dan menguasai
Kerana hakikatnya aku juga hamba padaNya.
hamba Tuhanku yang Maha Kuasa.
Dan kiranya aku dikurniakan kuasa ,
Cukup buatku kuasa mengawal nafsuku.




ntah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum kawan-kawan. apa khabar. Harap semuanya baik2 belaka.. =)

Dalam kehidupan di usia yang lebih dewasa (24 tahun) ini , semuanya aku rasakan bertambah mencabar. Hal ini menjawab persoalan-persoalan ku yang terdahulu iaitu kenapa orang yang lebih dewasa (lebih tinggi usianya) tidak mampu bersikap matang seperti sesetengah remaja. Ya , jawapannya kompleksiti hidup yang bertambah. Teringat kembali akan kata-kata seorang sahabat ketika kami masih di bangku plastik universiti (sekarang up sikit sebab ada kusyen) "orang dewasa memang banyak benda nak kena handle. bla bla bla......" (ye, aku tak fokus yang lain2 tu) .

Kadang-kadang , dalam menitinya , ada ujian-ujian yang menghambat, ada keimanan yang teruji , ada hikmah yang perlu dicari dan ada rahmat sebenarnya yang tersembunyi. Terasa sungguh. Dengan apa yang terjadi , kadang-kadang hati jadi sedih, kecewa, marah. Hampir menjadi putus asa. Akal hampir berhenti berfikir. Di jiwa, terasa sepi dan penuh depressi walaupun dunia sekeliling sangat happy. Terasa seperti end of the world .2012. Emosi tidak menentu . giteww...

Tetapi ,  kerana rahmat dan kasih sayang dari Allah , kaki masih melangkah , tangan masih bergerak , mata masih cuba melihat, telinga masih berusaha mendengar dan hati masih berikhtiar memahami. Hanya dengan beriman pada Allah dan ZatNya serta percaya akan janjiNya,, maka pengharapan biarpun sekelumit masih timbul. Bersyukur kiranya kita masih ada ada pengharapan kepada Allah kerana Allah maha Adil , dengan ujian yang diberikanNya, Dia datangkan penyelesaiannya.Allah tidak akan membiarkan hambaNya yang beriman dan yang merayu meminta-minta padaNya begitu sahaja.Tundukkan ego pada Allah dan sememangnya begitulah wajarnya sifat aku sebagai hamba.Dan setiap kalipun, aku kena patah balik kepada Allah. Dan Allah tak pernah menutup jalan untuk aku patah balik walaupun jauh macam manapun aku *ter*-salah langkah.

Wallahualam. semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan hidayah kepada kita semua.


 (*ter - imbuhan untuk menunjukkan tidak sengaja)

Saturday, November 17, 2012

Palestine2 we're with you!! Gaza2 we're with you!!

Assalamualaikum wbt , 
Apa kabar kawan semua. Harap semuanya sihat. =) 
Alhamdulillah. dipanjangkan umur kita hari ini. 

Hari ini ada demonstrasi  di pekan shepil ( bukan nama sebenar) .
Lebih kurang 100 orang individu dari pelbagai bangsa berkumpul untuk menyatakan bantahan terhadap serangan Israel di Gaza. Ada yang membawa sepanduk2 dan slogan anti Israel dan free palestine .Di akhir perkumpulan itu tadi , sempat kami melaungkan beberapa slogan kebebasan Gaza dan Palestin. (seperti tajuk entri ini)  Semua bersatu hati atas dasar Kemanusiaan. Sekian. 

p/s : sedang semua semangat yell tentang palestine tadi , terselit jugak yell "shepil2 I love you"  masa tu semua orang macam slow sikit respon dia sebab unexpected phrase.. hehe