Subhanallah , Alhamdulillah , Allahuakbar =D
Seperti iman, hidup ini sentiasa ada turun dan naiknya. Semoga setiap pilhan kita menjadikan kita insan yang reda dan diredai Allah. =D "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" (al Mulk;2)
Thursday, December 8, 2011
Terima Kasih
Alhamdulillah , pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH kerana telah menemukan kita. Saya tidak memilih untuk bertemu anda , dan anda juga tidak memilih untuk bertemu saya. Tetapi ALLAH lah yang memilih agar kita bertemu. Dalam ramai-ramai manusia. =)
Terima kasih kerana menjadikan saya kawan anda dan menerima kekurangan diri saya. Terima kasih juga kerana telah menambahkan makna dalam kehidupan saya , menghiasi hari-hari saya. Semoga anda gembira sentiasa. =) aamiiin.
Tuesday, November 29, 2011
Removing the fear factor ..
Everyone have their own fear , successful person acknowledge their fear and overcome it. =)
Monday, November 28, 2011
Happy new year 1433 Hijrah !!
Assalamualaikum w.b.t dear brothers and sisters.
How are you? May all of you are in the best of health Iman. It's 3rd Muharram 1433H.
What do you plan to achieve this year? Congratulation to anyone who have made your plans... Alhamdulillah.. hehe I have not decided mine in specific yet. But in general, InsyaALLAH I wish to become a better muslimah and practice Islam as my Din , using the best of what ALLAH gave me to excel in both my fardhu ain and fardhu kifayah. Aamiiin.
And my dear friends.. Good luck for our future .. in this life and hereafter.. Allahumma solli 'ala muhammad , wa 'ala alihi wa sohbihi wassallam.
Friday, October 28, 2011
Friday, September 9, 2011
Thursday, August 18, 2011
Amiin..
Ya Allah , kurniakanlah kami kekuatan untuk menjalani hidup ini . Semoga kami sentiasa tabah dan sabar dalam segala perkara yang berlaku. Ya ALLAH , semoga keimanan kami kepadamu sentiasa terpelihara dan teguh sehingga nafas kami terhenti. Jadikanlah hati kami ini sentiasa ikhlas dalam melakukan ibadah di jalan Mu. Permudahkanlah bagi kami urusan di dunia dan akhirat..
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, dengan rahmat dan kasih sayangMu , Kau kurniakanlah kehidupan di dunia dan akhirat yang baik kepada kedua-dua ibu bapa kami yang telah banyak bekorban untuk kami. Kurniakanlah kepada mereka pahala yang setimpal. Ampunkanlah segala dosa mereka ya ALLAH. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Adil .
Ya Maha Pencipta , Kau ampunkanlah guru-guru kami , adik beradik kami , kaum keluarga kami , sahabat-sahabat kami dan kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.Ampunkanlah ya ALLAH.
Ya ALLAH , jauhkanlah dari hati kami ini ya ALLAH , sifat2 mazmumah ya ALLAH,hiasilah hati kami dengan sifat-sifat mahmudah dan terangkanlah ,sucikanlah dan teguhkanlah hati kami ya ALLAH sebagaimana terangnya hati para Rasul.Segala Puji adalah hanya padaMu wahai Tuhan Kami.
Rabbana zalam na anfusana wa illam tagh firlana watarhamna lanaku nannaminal khasirin.. amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)