Seperti iman, hidup ini sentiasa ada turun dan naiknya. Semoga setiap pilhan kita menjadikan kita insan yang reda dan diredai Allah. =D "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" (al Mulk;2)
Thursday, May 5, 2011
Congratulation SARAH!!! and Good Luck!! HAve a fun journey ahead!! =)
FREELANCE SPEECH-LANGUAGE PATHOLOGIST/THERAPIST
Sunday, May 1, 2011
Opinion
Saturday, April 30, 2011
Redha
Tuesday, April 26, 2011
3 perkara yang membuatkan aku gembira pada hari ini #2
- Aku beli marshmallow yang sedap. Mula-mula kak Suri yang beli, kitorang makan semasa kelas untuk menghilangkan mengantuk. =) Marshmallow ini menarik kerana ia tidak terlalu manis dan di tengahnya ada coklat yang sedap. Lagipun, ia halal dan thoyiban. (Ini memang dicetak di bungkusannya, jadi aku rasa tiada lagi persoalan) Tagline dia "Al-hamdulillah, dah boleh makan". Hal ini mungkin berikutan banyak produk marshmallow yang tidak halal.
- Erm , berkenalan dengan Kak Nani , Kak Linda, Kak Sab, Kak Aimi, Kak Ati dan ramai lagi. Indahnya persaudaraan. =)
- erm...Berkursus dan menimba ilmu. Memang mengantuk pun. Tapi ilmu itu bermanfaat.Makanan turut disediakan. Alhamdulillah. =)
Saturday, April 23, 2011
3 perkara yang menggembirakan hari ini #2
- Dapat berkongsi ilmu dengan orang ramai ttg perkara berkaitan pendengaran dan pertuturan.... bes wo0! Dapat berkenalan dgn ramai kawan2 baru (ayat common macam budak darjah 6 bila diminta mengulas tentang kebaikan sesuatu program perkhemahan)
- Main quiZ yg dianjurkan oleh petrosains!!! jeng3.. kumpulan kitorang dapat no 3.. haaa... man2 cool .. aku satu group dengan kak arni (nama sebenar) dan kak rai (bukan nama sebenar) ... aku rasa group kitorang happening gak laa tadi.. haha.. =p.. dapat hadiah berupa permainan helikopter, card myk rm50 dan tiket ke petrosains untuk 2 kanak2 dan 2 org dewasa.. Pembahagian hadiah menerusi undian.
- main ngan baby... lalala... sayangg dieee....& makan granola bars oat .member aku afiqah yang mula2 makan dulu.sedap!
Thursday, April 21, 2011
bukan cinta sejati
Bukan cinta sejati
Yang ku lihat ini
Yang ku rasa ini
Hampir aku tertipu
Dengan belaian nafsu
Bukan cinta sejati
Cuma fantamorgana
Indah tika memuja
Hingga terlupa Sang Pencipta
Yang Maha Mencinta hamba-hambaNya
Bukan cinta sejati
Yang ku rasa ini
Cuba ku tepis lagi
Tiap kali ia menyusup ke hati
Lagi dan lagi
Sehingga mungkin aku kan mati
Kerna ianya benar bukan hakiki
Lelah hati menafi
Kerna kau bukan cinta sejati
Itu aku pasti
Cumalah godaan pada jiwa yang sunyi
Kerna iman tidak cukup mengisi
Aku berlindung denganMu Ya Allah, dari bisikan-bisikan nafsu yang tiada erti.