Wednesday, May 12, 2010

Seratus lima puluh satu...

Assalamualaikum w.b.t. kawan2..

Lama aku tak mengupdatekan blog ku ni haa..
kenapa aku tak update?


1.aku malas nak menaip...hehe idea tu ada.. tu laaa org cakap... idea je nak buat
apa kan kalau tak dizahirkan...

2.aku sibuk baca blog orang lain... hehe... yang ni aku suke skali... sampai tak terupdate blog sendiri

3.aku ada kerja2 yang aku sebutkan dalam previous posts.. e.g viva clinical ,
presentation, presentation, thesis yang xsiap hingga ke tarikh post ni.

4. aku suka tgk post aku sampai 150..belom bersedia nak tmbah post lagi.. nanti dia
jadi 151 macam skrg ni haa..

5.Layan hindustan... ngeh3...


haa.. herm... Dah banyak2 benda yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ini.. Alhamdulillah.. semuanya dapat ditempuhi dengan berkat doa orang2 yang terdekat di hati serta yang paling utama bantuan dari ALLAH s.w.t. Clinical VIVA dah lepas... Inilah yang menentukan hidup mati sebagai seorang budak speech... kerk...sama ada kena repeat semester ke atau kena buat second VIVA ke.. Alhamdulillah lepas.. =)


Kehidupan terkini seorang Nur Ain bt Othman dan rakan2..

Sekarang ni menjadi warga tetap bilik study.. ngeh3.. makan, tido , buat thesis , borak , berFB , tgk movie dan banyak lagi aktiviti yang diadakan di sini.. memang bilik study ni kami dah conquer dah... org laen takde can..(orang lain da balik rumah daaa pun) herm.. Semua yang tertinggal kat sini adalah insan2 yang macam aku jugak..org yang tgh sibuk dengan thesis writing. Tp aku tak pasti , diorang ni betul2 buat thesis writing ke tak.. bukan apa.. aku rasa diorang ni cuma jadikan thesis writing sebagai alasan.. sebenarnya diorang ni memang sayang nak tinggalkan USM... sengaja jadikan thesis writing ni utk cover line rasa chenta tu... hek3.. jangan maraa r kawan2.. Tu je lah sebenarnya yang last skali bendanye.. aku ingat aku nak buat dengan bersungguh2.. Berusaha!!!

owh... ari ni 12 Mei..Di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari jururawat kepada semua jururawat di seluruh dunia dan buat jururawat yang paling istimewa sekali di hati aku.. JM Habsah bt Razak. Luv u mak.. =) dan jugak untuk Hari Ibu yang lepas..anakanda yang dodadidodi ini mengucapkan "selamat hari ibu" ...

erm.. rangkap lagu ini buat bondaku..KRU - Saat Daku Pejam Mataku..

Ketika ku putus harapan kau ke depan
Tika ku jatuh tersungkur kau bangunkan
Ku bersyukur kerana dikau ada
Kau buat hidup daku sempurna
Tika ramai yang membenci ku kau sayangi
Tika ramai yang memuji kau mengerti
Masa ku bukan hanya milik kita
Tetapi untuk dikongsi semua


Andainya kau tiada aku kan parah
Kehilangan arah dan hancur rebah
Kaulah segalanya makna kehidupanku
Oh tuhanku tolonglah beriku restu
Ku dalam pelukannya di saat itu
Saat daku dipejamkan mataku


lagu ni utk kekasih sebenarnya... tapi aku memang kasih gila laa kat mak aku.. dan aku rasa lirik ni paling sesuai untuk mak aku.. ye... saat aku dipejamkan mataku... semoga dalam pelukannya kalau itu yang diizinkan..dapat menatap wajah mak pada pandanganku yang terakhir.. amin.. =)